Viral

“Dah Pencen Pun Kena Sidai…” Netlzen Keslan Veteran ATM Jemur Tengah Panas, Pegawai Duduk Bawah Kemah

Tular satu rakaman video memaparkan sekumpulan warga emas dipercayai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdiri di tengah panas dalam sebuah acara majlis di Putrajaya, baru-baru ini.

Seorang pengguna laman Twltter, @apanakdikato meluahkan rasa kesal apabila melihat pesara-pesara tentera itu ‘berjemur’ di tengah cuaca terik sambil mendengar ucapan seorang pegawai di bawah khemah.

Tergamak ya korang buat veteran macam ini, mereka hanya mintak kebajikan yang adil, tapi nak dapat terpaksa pula berjemur tengah panas dan pegawai-pegawai pulak duduk dalam khemah.

“Apa perasaan korang kalau nampak mak ayah korang diperlakukan macam ni?,” dakwanya menerusi muat naik satu ciapan.

Menerusi rakaman berdurasi 32 saat tersebut, kelihatan segelintir pesara tentera yang lengkap memakai pakaian seragam itu ‘tidak duduk diam’ seolah-olah kurang selesa mungkin kerana dalam keadan kepanasan.

Ciapan berkenaan diulang kicau hampir 5,000 kali dan mendapat 4,726 tanda suka selain pelbagai reaksi netizen yang berkongsi rasa kasihan apabila melihat pesara-pesara tentera terbabit.

Netizen berpendapat bahawa golongan tersebut sudah banyak berjasa terhadap negara, berikutan itu pihak penganjur perlu melayani mereka dengan sebaiknya dan bukan seperti perhimpunan di sekolah.

Lagi perkongsian foto oleh pengguna @ShazwanZdainal

Malah, segelintir netizen juga menganggap kejadian itu seperti mendiskriminasi kerana terdapat golongan ‘bawah khemah’ dan ‘luar khemah’ yang selayaknya dimansuhkan.

Sama dengan isu murid duduk lantai, guru atas kerusi.

Masa berkhidmat kena sidai, dah pencen pun kena sidai

Dewan punya la banyak kat Putrajaya tu?

Boleh jatuh saklt macam ni

Keslan pakcik2 ni

Terdahulu, media melaporkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan akan mengumumkan berita baik buat veteran ATM dalam masa terdekat.

Hishammuddin berkata demikian dalam majlis beramah mesra dengan warga veteran ATM pada Sambutan 100 Tahun Persatuan Veteran ATM (PVATM) di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada Ahad lalu.

Sumber : OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *