Uncategorized

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5

Anak mana yang tak kecewa kalau orang tuanya diperlakukan sebegini?

Sanggup Berkhidmat Lewat Malam, Keluarga Tukang Urut Ini Terkilan Orang Tuanya Hanya Dibayar RM 5.

Semalam, terdapat seorang pengguna Facebook telah berkongsi pesanan kepada pelanggan kedua orang tuanya yang bekerja sebagai tukang urut untuk bersifat lebih bertimbang rasa ketika menghulur wang bayaran khidmat urutan ibu bapanya.

Di dalam perkongsian yang telah mendapat lebih dari 300 share itu, wanita tersebut berpesan, bagi pelanggan kedua ibu bapanya, terutama di kawasan Sematan, Terusan Jaya, Siruk, Sungei Kilong dan Sebat agar bertanggungjawab untuk mengambil dan menghantar orang tuanya jika mereka menggunakan servis urut yang memerlukan kedua ibu bapanya itu ke rumah pelanggan.

Wanita itu berkata dirinya risau dengan faktor usia kedua orang tuanya yang hanya menunggang motosikal terpaksa pergi ke rumah pelanggan yang jauh waktu malam di mana ianya gelap dan bahaya lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai penglihatan jelas.

 

Katanya lagi, walaupun kedua ibu bapanya itu cuma tukang urut kampung, tetapi mereka memberi perkhidmatan urut kadangkala lebih dari satu jam untuk seorang pelanggan.

Sekarang, cuba bayangkan kalau 2 hingga 3 pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka, pastilah mereka berasa penat kan?

Jadi wanita tersebut meminta agar pelanggan untuk bertimbang rasa mengambil dan menghantar mereka kerana setelah penat bekerja, kedua orang tuanya itu terpaksa lagi balik ke rumah yang jauh menggunakan motosikal pula.

Menghulur wang bayaran RM 3 hingga RM 5 sahaja

Kalau ikut common sense, kita nak guna perkhidmatan orang, kita lah kena pergi ke orang tu kan? Kalau tak boleh pergi ke orang tu, bertanggungjawablah dengan perkhidmatan servis orang tersebut! Jangan bagi banyak alasan, Grab dan Maxim kan ada!

Selain itu, dia juga berkata bahawa terdapat beberapa pelanggan ibu bapanya yang hanya menghulurkan wang RM 3 hingga RM 5 sahaja setelah selesai diurut.

Menurutnya, bayaran untuk perkhidmatan urut orang tuanya itu memang kalau nak bagi, bagilah seikhlas hati, tetapi bayaran yang sebegitu rupanya memang tidak berbaloi.

Sudahlah guna perkhidmatan urut macam tak ingatkan dunia, lepastu ada hati pula nak bayar RM 5! Anak mana yang tak risau dan kecewa apabila orang tuanya diperlakukan sebegitu rupa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Facebook
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.