Uncategorized

Heboh DS Najib Punyai Isteri Kedua, Ramai Ternyata2 Status Terkini Datin Rosmah

Malu Apa Bossku adalah satu tagline yang menjadi fenomena sehingga ke hari ini. Ianya disebut oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak.

 

Hari ini bukan kerana tagline Malu Apa Bossku tetapi berkenaan dengan sekeping gambar yang telah tular di media sosial.

Tular di media sosial Twitter hari ini apabila seorang individu mendedahkan mengenai bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang didakwa mempunyai isteri baru.

Dalam hantaran tersebut, individu itu turut memuat naik foto DS Najib sedang berpegangan tangan bersama beberapa orang yang dipercayai ahli keluarga wanita itu.

ISTERI KEDUA NAJIB RAZAK?

Selain itu, wanita bersebelahan DS Najib itu menurut individu tersebut bernama Shimah dan merupakan bekas pramugari.

Wanita itu juga didakwa saudara kepada CEO Malaysian Tourism Exchance (MATEX).

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak menyangka bekas Perdana Menteri penuh kontroversi dan terkenal dengan ayat ‘malu apa

bosku’ itu kini mempunyai isteri baru selain Datin Sri Hajah Rosmah Mansor.

Individu bernama Salim Iskandar turut dedahkan siapa wanita tersebut.

Takut ini semua berita palsu, seorang individu tanya

soalan terus kepada lelaki yang tularkan gambar tersebut menanyakan adakah benar itu ialah isteri kedua Najib Razak.

Jawapan yang diberikan adalah benar, itu ialah isteri kedua Najib Razak.

Ada juga yang tertanya-tanya mengenai Rosmah Mansor dan statusnya kini sama ada sudah mempunyai ‘madu’ ataupun sudah bercerai.

Walaubagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi daripada Najib Razak berikutan penularan foto itu di media sosial.

Sekiranya apa yang dikatakan itu semua fitnah dan sekadar untuk menjatuhkan Najib Razak. Mohon pihak berkuasa segera ambil tindakan

Dan sekiranya ianya adalah benar, pasti ramai nak ucapkan selamat pengantin baru walaupun sudah terlambat.

FB Najib Razak dihujani ucapan tahniah

Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak dihujani ucapan tahniah daripada netizen susulan satu gambar beliau yang tersenyum bersama dua lelaki dan tiga perempuan yang kini sedang tular.

Gambar yang mula tular malam tadi menunjukkan Najib berada di tengah-tengah manakala di kanan beliau seorang wanita sedang memaut tangan Najib dalam satu majlis sambutan hari jadi.

Wanita terbabit menjadi tanda tanya netizen di mana beliau kelihatan tersenyum dan mesra berada di sebelah Najib.

Najib yang membuat posting malam tadi dengan memuat naik gambar makan malam bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon tetapi lain pula komen-komen yang

ditinggalkan oleh netizen.

Antara adalah Wan Ahmad Fayhsal yang meninggalkan komen selamat pengantin baru Datuk Seri.

“Tahniah datuk seri. Bila nak buat majlis marhaen nak makan nasi minyak,” komen Muhamad Harris Nasril.

“Lawa family photo terbaru Dato.. serba hijauu.. Tahniah dato sri,” tulis Ammar Asyraf.

“Tahniah dato sri… Dah beristeri lagi… Semoga dipermudahkan urusan,” kata Kamal Johan.

“till jannah tok…datin ok ka,”komen Azizul Hafifi.

Melalui posting ini, hampir 10 ribu yang menyukainya dan mendapat lebih 650 komen rata-rata mengucapkan tahniah kepada beliau.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan netizen menyifatkan gambar tersebut diedit untuk memburukkan imej bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun, sehingga pagi ini Najib yang digelar Bossku belum membuat apa-apa respons terhadap gambar beliau yang sedang tular itu.

Sumber: BeautifulNara / Twitter Salim_Iskandar, http://www.awatttsyeikhh.com/, malaysiadateline.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *