Viral

Pakar Cadang Hadkan Umur Untuk Pembonceng Kanak-kanak.

Kuala Lumpur: Pembonceng kanak-kanak tanpa topi keledar atau membonceng motosikal sambil mendukung bayi sudah menjadi pemandangan lazim di negara ini, membayangkan perbuatan itu seolah-olah diterima sebagai perkara normal dalam masyarakat dan ‘dihalalkan’ oleh undang-undang.

Ungkapan malang tidak berbau bagaikan tiada makna, walhal data Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal kekal menjadi korban nahas jalan raya paling ramai di negara ini sejak bertahun-tahun lamanya.

Rekod menunjukkan sejak 20 tahun lepas penunggang dan pembonceng motosikal mewakili 60 peratus daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya saban tahun dengan 45 peratus membabitkan mangsa berusia 16 hingga 30 tahun.

Pakar: Cadang hadkan umur minimum pembonceng bermula 5 tahun • Motoqar

Melihat pada data tersebut berserta amalan anak membonceng tanpa bertopi keledar, selain ibu bapa menaiki motosikal sambil menggendong bayi yang boleh dilihat hampir di mana-mana sahaja dan secara terbuka, menimbulkan persoalan tentang keberkesanan undang-undang sedia ada.

Antara yang dibangkitkan oleh pakar ialah ketiadaan peruntukan khusus tentang pembonceng kanak-kanak. Perlu tetapkan umur minimum untuk pembonceng kanak-kanak.

Demikian tegas pakar keselamatan jalan raya Prof Madya Dr Law Teik Hua kepada Bernama ketika diajukan persoalan itu.

Menurutnya, sekalipun Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan bilangan individu menaiki sesebuah motosikal tidak melebihi dua orang, peruntukan sedia ada tidak menyebut tentang umur minimum serta saiz fizikal pembonceng kanak-kanak.

Keadaan itu katanya menyumbang kepada permasalahan semasa, iaitu kanak-kanak berusia bawah lima tahun dibenarkan membonceng motosikal sedangkan perbuatan tersebut amat berbahaya bagi golongan berkenaan.

“Kanak-kanak umur bawah lima tahun tidak sepatutnya menjadi pembonceng kerana semasa peringkat umur itu mereka belum lagi boleh menstabilkan tubuh ketika duduk di atas motosikal selain kaki juga tidak sampai ke pemijak.

“Pembonceng motosikal perlu pandai mengikut lenggok dan rentak penunggang semasa membelok dan sebagainya, sedangkan pada usia itu tahap pemikiran kanak-kanak masih belum mampu memproses tindak balas yang bersesuaian dengan pergerakan penunggang dan motosikal, dan kerana itulah pentingya ada penetapan umur minimum,” jelasnya.

Hakikatnya, cadangan pelaksanaan umur minimum pembonceng motosikal di negara ini pernah diperkatakan namun hingga kini tiada perkembangan lanjut mengenai saranan itu.

Pakar keselamatan jalan raya - Perlu tetapkan umur minimum untuk pembonceng kanak-kanak | Careta

Mengulas lanjut, Law berkata beberapa buah negara barat bukan sahaja menetapkan umur minimum, tetapi juga beberapa kriteria lain seperti saiz tubuh termasuk ketinggian sebelum kanak-kanak dibenarkan menjadi pembonceng motosikal.

Kriteria saiz tubuh ini perlu kerana ada kanak-kanak memenuhi syarat umur minimum, tetapi tidak mempunyai ketinggian atau saiz badan yang sesuai, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan lebih parah sekiranya terjatuh atau terbabit kemalangan.

Menurut Law yang juga Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), lima negeri di Amerika Syarikat (AS) mempunyai undang-undang sedemikian yang menetapkan umur minimum pembonceng antara lima dan lapan tahun.

Arkansas misalnya, menetapkan pembonceng motosikal berumur sekurang-kurangnya lapan tahun manakala Hawaii mensyaratkan tujuh tahun dan Louisiana, Texas serta Washington masing-masing menetapkan umur lima tahun.

“Sama ada perlu digubal akta baharu atau pinda sahaja akta sedia ada, itu terpulang kerana yang penting sudah tiba masanya negara melaksanakan penetapan umur minimum memandangkan motosikal dikenal pasti kurang selamat berbanding kereta, apatah lagi apabila ada yang cuai.

Tetapkan umur minimum pembonceng kanak-kanak

“Kita bimbang tentang keselamatan kanak-kanak ini, ditambah pula tidak memakai helmet, kerana risiko kecederaan itu tinggi disebabkan ada kemungkinan pegangan mereka pada penunggang terlepas apabila (motosikal) terlanggar lubang atau (mereka) tertidur,” katanya.

Isu ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan statistik Polis Diraja Malaysia pada 2019 menunjukkan sebanyak 1,000 daripada 6,167 kematian akibat nahas jalan raya pada tahun berkenaan adalah kanak-kanak. Ditanya umur minimum yang sesuai, Law mengesyorkan lima tahun, selain kebanyakan kanak-kanak pada usia itu turut mempunyai ketinggian dan saiz badan yang membolehkan mereka menstabilkan diri ketika membonceng.

“Mungkin ada yang tidak setuju dengan cadangan penetapan umur minimum ini kerana kebanyakan penunggang motosikal adalah daripada golongan berpendapatan rendah ataupun B40 yang tiada kereta, jadi sukar membawa ahli keluarga ke satu-satu lokasi.

“Namun ini membabitkan nyawa dan undang-undang sebegini dapat mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat untuk lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan anak mereka,” katanya.

Pada masa sama beliau turut mencadangkan supaya harga jualan topi keledar kanak-kanak yang mempunyai jaminan Sirim dikaji semula memandangkan ada yang tidak mampu membelinya.

Tinjauan di beberapa kedai menjual motosikal di sekitar Lembah Klang mendapati topi keledar yang mempunyai jaminan keselamatan Sirim dijual pada harga paling rendah RM65, sedangkan topi keledar mainan yang mudah didapati di platform e-dagang hanya berharga serendah RM20.

“Mungkin isu pemakaian topi keledar mainan ini disebabkan faktor harga yang dirasakan agak membebankan bagi sesetengah ibu bapa, khususnya kumpulan B40,” katanya menambah setidak-tidaknya semakan semula harga topi keledar bercap Sirim mengupayakan ibu bapa menjamin keselamatan anak mereka semasa membonceng.

Pakar keselamatan jalan raya - Perlu tetapkan umur minimum untuk pembonceng kanak-kanak | Careta

“Langkah ini lebih baik daripada menggubal undang-undang baharu,” tambah beliau apabila diminta mengulas sama ada kerajaan perlu memperkenalkan peruntukan perundangan khusus bagi menangani isu kegagalan ibu bapa mematuhi pemakaian topi keledar pada anak mereka.

Pandangan itu turut dipersetujui oleh seorang lagi pakar keselamatan jalan raya, Prof Dr Kulanthayan KC Mani yang berkata peruntukan sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 sudah memadai.

“Undang-udang sedia ada sudah baik cuma perlu dioptimumkan lagi dengan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan memandangkan aspek itu tidak banyak dilakukan ketika ini.

“Bagaimanapun, sekiranya masih belum ada perbezaannya walaupun telah dioptimumkan, barulah ada keperluan mengkaji semula perundangan sedia ada,” kata Kulanthayan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pihaknya sentiasa peka dan mengoptimumkan advokasi serta penguatkuasaan secara menyeluruh bersama pihak sekolah dalam meningkatkan kesedaran ibu bapa serta pelajar mengenai kepentingan penggunaan topi keledar.

Selain itu, JSPT turut mengemukakan cadangan kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) untuk menggiatkan kembali kempen pemakaian topi keledar ke sekolah.

Had umur untuk pembonceng kanak-kanak?

“Pihak JSPT sentiasa melakukan pemantauan di kawasan sekolah dan mengeluarkan saman kepada ibu bapa atau pelajar yang gagal mematuhi undang-undang trafik termasuklah tidak memakai helmet.

“Menunggang motosikal dalam jarak dekat adalah alasan yang selalu diberikan oleh ibu bapa yang tidak mengenakan topi keledar apabila menghantar anak mereka ke sekolah,” kata jurucakap JSPT.

Sumber : www.buletin3.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *