Uncategorized

Video:Siap tuding jari marah pelanggan, selepas di siasat Rupa-Rupanya ini punca pegawai tu mar4h…

Tak dinafikan, bahawa petugas yang ditempatkan menjaga kaunter pertanyaan sememangnya mencabar.

Mana tidaknya, mereka perlu berdepan dengan ratusan pelanggan yang datang dengan pelbagai perangai berbeza hampir setiap hari.

Video staf mengamuk di kaunter tular
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna staf boleh bertindak sesuka hati seperti mengamuk atau memarahi pelanggan seperti yang dilakukan oleh lelaki ini.

Menerusi video yang dimuat naik @mynewshub, memaparkan detik kekecohan yang berlaku di kaunter Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membabitkan seorang stafnya dengan pelanggan.

Pertelingkahan berjaya dileraikan
Gara-gara gagal mengawal emosinya, staf lelaki itu lantas bangun dan meminta pelanggan duduk dengan nada suaranya yang agak tinggi.

Malah, konflik makin memuncak selepas staf berkenaan keluar dari ruangnya dan menghampiri lelaki berbangsa Cina itu, mujur berjaya dihalang oleh seorang wanita di situ.

 

 

 

“Jangan terlalu emosi”

 

Meskipun puncaa kejadian masih belum dikenal pasti, namun warganet menitip pesan secara terbuka, terutamanya kepada kakitangan yang bertugas di bahagian kaunter hadapan agar lebih mengawal emosi.

“Jaga kaunter memang mencabar”

“Benda boleh selesai cara baik”

Menurut mereka, walau sesukar apapun situasi ketika itu, sepatutnya mereka perlu lebih bertenang agar situasi kekal terkawal selain akui bahawa bertugas di bahagian itu sememangnya sangat mencabar emosi.

 

 

Tengking sebab salah faham nombor giliran,

Shah Alam: Salah faham mengenai nombor giliran menyebabkan berlaku kejadian kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meninggikan suara terhadap pelanggan, hingga video mengenainya tular di media sosial.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, insiden berlaku pada 26 April lalu di kaunter Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning.

“MBSA mengadakan siasatan dalaman dan untuk makluman, kejadian itu berlaku akibat salah faham antara seorang pelanggan dan seorang daripada petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

“Salah faham itu dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, MBSA juga memohon maaf atas insiden yang berlaku dan akan berusaha memastikan perkara sedemikian tidak berulang.

“MBSA berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang ditularkan di media sosial. MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan kami,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 1.38 saat tular yang memperlihatkan seorang kakitangan MBSA meninggikan suara terhadap pelanggan yang berurusan di kaunter.

Sumber :Redaksi.com

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.