Viral

“Saya rasa ini yang terbaik yang pernah dilihat sebelum jen4zah masuk alam kvbur. ” – Ucapan Ayah arw4h Nasrun undang seb4k

Beberapa hari lalu, kita semua dikejutakan akan berita meny4yat hati pemergian lima orang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terlibat dalam k3malangan Kilometer 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara.

Ucapan sebak ayah arwah 5 sekawan.
Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Nad Hanif memaparkan bapa salah seorang arwah lima sekawan memberi ucapan terima kasih pada mereka yang membantu menguruskan jenazah anaknya.

Mewakili waris-waris mangsa yang lain, bapa arwah juga turut terharu melihat kehadiran ramai rakan-rakan kampus yang sama-sama berada di solat jenazah berkenaan.

“Saya rasa ini yang terbaik yang pernah dilihat sebelum jenazah masuk alam kubur. Kalau banyak ini, ramai yang menghantarnya. Begitulah yang menyambutnya,” luahnya sebak.

Dalam pada itu, bapa arwah juga memohon maaf bagi pihak anaknya sekaligus berharap mereka yang masih ada urusan dengan arwah dan masih belum selesai boleh bertemu dengannya.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak mendengar ucapan bapa arwah. Malah, mereka juga mendoakan agar urusan keluarga serta arwah dipermudahkan.

Ibu bapa cerminan anak-anak

Berat kehilangan anak

Cara ayah macam imam masjid

Bergetar suara ayahnya,

Sumber :Redaksi.com

 

“Tak fikir perasaan keluarga mangsa ke? ” ” – Buat video acah ‘kehilangan’, ‘”Rindu Baby, baliklah…”‘ treler punca nah4s r3ntung dik3cam netizen

Nahas kemalangan rentung yang meragut 5 nyawa pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Terowong Menora masih menjadi bualan ramai.

 

Difahamkan berlaku selepas mengekori treler mozek, kenderaan 5 sekawan itu dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan berat yang membawa besi itu.

Buat video rindu treler…

Ketika orang ramai meluahkan kesedihan dan simpati pada keluarga mangsa yang terlibat, muncul satu video pemandu treler yang sangat menghiris hati para netizen!

Dari video, @kishok3535kumar menunjukkan situasi kebakaran namun meluahkan kerinduan terhadap lori treler kesayangan melalui kapsyen yang ditulis, mengndang kecaman ramai.

“Lori boleh beli baru, nyawa kawan saya tak boleh…”

“5 nyawa hilang, tapi kau risau pasal lori?..”

“Orang meninggal dunia, tolong ada belas kasihan…”

“Sian orang tak bersalah…”

“hilang 5 nyawa kot, ibu bapak adik beradik duk meraung…”

Sumber :Redaksi.com

 

 

 

Nahas 5 rentung: Iqbal tak sempat bercuti bersama rakan

IPOH: Iqbal Hasnun Halimi, 23, seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam nahas di Kilometer (Km) 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini tengah malam tadi, merancang mengadakan program percutian bersama rakan-rakan sekampus tidak lama lagi.

 

Rakannya, Muhammad Alif Haiqal Jamal Amidy,22, berkata dia memang mengenali arwah Iqbal dan seorang lagi mangsa, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, kerana mereka aktif dalam aktiviti Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA).

“Kali terakhir saya jumpa arwah Iqbal semasa bulan puasa sebelum balik kampung beraya. Dia ada merancang untuk membuat program percutian bersama kami rakan-rakan, tetapi tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di luar Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini, hari ini.

 

Selain Iqbal dan Muhammad Nasrun, tiga lagi yang rentung adalah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Kata Muhammad Alif Haiqal, dia terkejut dan seakan tidak percaya selepas mendapat maklumat mengenai kemalangan itu dalam kumpulan WhatsApp pengajian pada kira-kira jam 1.49 pagi tadi.

 

“Selepas melihat mesej itu, saya tak dapat pastikan betul atau tidak (kejadian). Selepas itu, saya cuba menghubungi Iqbal dan Nasrun, tetapi tidak dapat. Kemudian, saya hubungi rakan yang memberi maklumat dan disahkan yang berada di lokasi bahawa memang mereka kemalangan,” katanya.

Seorang lagi rakan, Ainur A’fifah Zakaria, 21, berkata Iqbal yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam memegang jawatan dalam Kor SISPA dan sangat gigih dalam segala hal serta berjiwa kepemimpinan tinggi di kampus.

 

“Arwah Iqbal pengerusi dalam Kor SISPA, saya pula timbalan dan membantu dia. Dia sangat baik, apabila hendak membuat sesuatu perancangan, memang dia paling gigih dan giat berusaha, semua benda dia sediakan,” katanya.

Ainur A’fifah berkata, kali terakhir dia berkomunikasi dengan Iqbal pada Sabtu lalu dan mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara.

 

“Kali terakhir kami bersembang macam biasa, Sabtu baru-baru ini saya ada mesej dan dia baru balik dari Johor menaiki bas. Tiada apa perubahan, tetapi dia memang selalu mesej dengan kami semua, baru-baru ini dia mengucapkan Selamat Hari Raya,” katanya.

 

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati treler membawa muatan mozek dari arah selatan menghala utara sedang memandu di lorong kanan disebabkan lorong kiri dari Km 246 hingga Km 244.4 ditutup disebabkan penyelenggaraan jalan.

Sumber :Bh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.