Viral

Padah pertikai kebersihan telekung yang dipinjam dari tuan rumah, gadis ini teruk dikecam netizen.

Pernah dengar mutiara kata dari orang hebat tentang adab menziarah, apabila berkunjung ke rumah seseorang, masuklah kamu sebagai orang yang buta dan apabila keluar daripadanya maka jadilah kamu seorang yang bisu.

Ia jelas memberitahu kepada kita agar tidak menceritakan segala perihal yang berada di dalam rumah kepada orang luar, cukup kita saja yang tahu.

Gadis tayang keadaan telekung dipinjamnya.

Namun, sebaliknya pula yang dilakukan oleh gadis ini sewaktu berkunjung ke rumah kawannya.

“Nak terus solat ke tangguh?”

Dalam hantarannya, dia ada berkongsi akan keadaan telekung yang dipinjam dari rakannya yang kelihatannya kotor dipenuhi bintik hitam.

Malah, dia juga ada meminta pendapat dari warganet sekiranya berada di posisinya, mereka akan meneruskan untuk menunaikan solat atau menangguh dan solat di rumah.

“Sihat tak dia ni”

Walau bagaimanapun, tindakannya mengundang kecaman pula dari netizen, bilamana rata-ratanya meminta agar dia  menjadi tetamu yang lebih beradab.

Demikian adalah kerana ia terkait dengan aib tuan rumah itu sendiri yang juga merupakan kenalannya.

“Urusan ibadah pun buat video”

 

“Jauhkan aku dari tetamu macam ni”

Disebabkan kejadian itu, mereka juga berharap agar tidak dipertemukan dengan tetamu sepertinya yang langsung tidak menjaga perasaan tuan rumah.

Sumber: Rdaksi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.