Uncategorized

video: Tak Balas Mesej Sampai Malam, Rupanya Sempat Pesan Sesuatu Sebelum Dia Pergi

Hasrat seorang daripada lima penuntut yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi untuk mengikut jejak ibunya dalam bidang perniagaan tidak kesampaian.

 

 

Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang beralamat di Batu Caves, Selangor adalah penuntut semester dua Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Ibunya Siti Norazah Bahari, 42, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan sejak dahulu dan bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan berjaya.

“Arwah ambil jurusan perniagaan sebab dia memang minat berniaga macam saya tetapi kami keluarga terima atas apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini.

Siti Norazah berkata, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya itu adalah petang semalam, namun Muhammad Nabil Haikal tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Arwah ada bertanya mengenai kucing tetapi apabila dibalas sampai malam mesej menerusi aplikasi WhatsApp tidak berjawab.

“Dia juga tidak ada memaklumkan hendak pergi ke mana-mana dan kami dapat tahu mengenai kejadian apabila rakan arwah menghubungi kami memaklumkan anak saya terbabit kemalangan,” katanya sebak.

Katanya, dia baru sahaja menghantar Muhammad Nabil Haikal untuk pulang ke kuliah dengan menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pada Isnin lalu bagi menjalani pembelajaran secara bersemuka buat pertama kali kerana hanya menghadiri kelas secara dalam talian sebelum ini.

Siti Norazah berkata, pemergian anak kesayangannya itu tidak disangka dan kehilangannya amat sukar dipercayai oleh mereka sekeluarga kerana amat manja dengan adik-beradiknya yang lain.

Katanya, jenazah Muhammad Nabil Haikal akan dibawa untuk dikebumikan di Nilai, Negeri Sembilan selepas proses bedah siasat selesai di Hospital Kuala Kangsar.

Dalam kejadian tengah malam tadi, Muhammad Nabil Haikal yang duduk di bahagian penumpang belakang rentung bersama empat rakan apabila kereta jenis Honda City dinaiki terbakar selepas kemalangan bersama dua treler KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kuala Kangsar.

Empat rakannya yang turut terkorban adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, (pemandu), Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 (penumpang hadapan), Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang.

Sementara itu, Halimi Ali Yahad, 50, bapa kepada Iqbal Hasnun berkata, dia menghantar anaknya pulang ke kampus bagi meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada Ahad lalu selepas menyambut Hari Raya di Johor.

“Saya tidak melihat perubahan pada anak saya semasa pulang beraya. Walaupun sedih tetapi Allah lebih menyayanginya apabila meninggal dalam keadaan muda dan kami reda,” katanya.

Mengulas mengenai perwatakan Iqbal Hasnun, dia berkata, anaknya itu seorang yang penyayang dan selalu berpesan kepada adik-adiknya supaya menjaga kesihatan.

“Ini kerana Iqbal Hasnun menghidap penyakit pneumonia (radang paru-paru) sejak kecil lagi,” katanya.

Jaga kesihatan, pesan arwah Iqbal kepada adik sepupu

Arwah Iqbal Hasnun Halimi, seorang daripada lima mangsa rentung di Kilometer 246, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, tengah malam tadi, sempat menasihati adik saudaranya ketika meraikan Aidilfitri, baru-baru ini, supaya sentiasa menjaga kesihatan.

Pesanan itu diluahkan Iqbal Hasnun, 23, kepada adik sepupunya ketika beraya di Johor minggu lalu kerana arwah sebelum ini sering dirujuk ke hospital atas faktor penyakit yang dialaminya sejak lahir.

Bapa arwah, Halimi Aliyahad, 50, berkata, dia mendengar anaknya itu berpesan kepada adik sepupunya untuk tidak menjadi seperti dirinya yang sering kali sakit.

“Sebaliknya cukuplah dia (arwah) seorang sahaja yang sakit dan bukan adik-adik (saudara) lain.

“Itulah antara kata terakhir sewaktu dia berjumpa dengan adik sepupunya sebelum dia kembali ke kampus Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) Ahad lalu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Halimi berkata, arwah anaknya itu sememangnya mudah didekati dan sangat rapat dengan adik sepupunya, terutama yang masih kecil, tambahan pula arwah cucu paling sulung.

Menceritakan detik menerima maklumat mengenai nahas menimpa anaknya, Halimi berkata, perkara itu diketahui sekitar 3 pagi tadi apabila adik iparnya menelefon isterinya bagi mendapat kepastian mengenai nahas yang ketika itu sudah mula ditularkan di media sosial.

“Adik isteri (adik ipar) saya itu juga mendapat maklumat menerusi media sosial maka sejurus itu juga kami cuba menghubungi telefon Iqbal (Iqbal Hasnun) namun ia gagal untuk dihubungi.

“Ketika itu juga kami meneliti media sosial termasuk melalui akaun rakan Iqbal dan kemudian ia ternyata benar.

“Hilang kekuatan saya untuk bertolak dari Johor ke sini apabila menyedari hal itu sehingga memaksa saya meminta bantuan adik untuk memandu ke sini,” katanya.

Selain Iqbal, empat lagi pelajar Usas yang maut dalam kejadian 12.52 tengah malam tadi itu dikenal pasti sebagai Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Iqbal adalah pelajar semester tiga Sarjana Muda Pengajian Islam Usas; manakala empat mangsa lain adalah Muhammad Nasrun (Sarjana Muda Pengajian Islam); Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbiran Perniagaan); dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami) Usas.

 

Sumber: metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.