Uncategorized

[VIDEO] Isteri Meninggal Dunia Lepas Bersalin, Suami Menangis Rangkul Bayi Sambil Bergambar Di Sebelah Jasad

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui lelaki dari Indonesia ini apabila isteri tercinta dijemput Ilahi dua hari selepas melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Sedih isteri meninggal dunia

Sejak beberapa hari lalu, viral beberapa foto dan video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Fadly Fachrezy mengambil gambar di sebelah jasad isteri tercinta, Megawaty Saiful sambil merangkul erat bayi yang baru lahir.

Tak dapat digambarkan betapa peritnya hati lelaki ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa isteri tercinta telah pergi buat selama-lamanya.

Allahyarham Megawaty Saiful yang bertugas sebagai seorang doktor itu disahkan meninggal dunia pada hari Isnin lalu iaitu dua hari selepas melahirkan puteri sulungnya.

I love you, Ibu. Kamu wanita sempurna buat ayah. Terima kasih kiriman hadiahnya, ayah akan jaga dan besarkan seperti yang ibu minta.

Menerusi perkongsian lain, kelihatan Fadly tidak henti menangis dan cukup lemah sepanjang majlis pengebumian berlangsung.

Tidak terhenti di situ, Fadly juga ada meluahkan rasa rindu terhadap isteri tercinta menerusi beberapa perkongsian di Instagram. Dia juga berjanji akan menjaga dan membesarkan amanah yang diberikan dengan sebaikmungkin.

Ibu, InsyaAllah ayah ikhlas atas ujian ini. Tapi jujur hati ayah masih hancur dan tidak percaya ibu pergi secepat ini, tugas ibu telah selesai. InsyaAllah ayah akan menjadi sosok seorang ayah sekaligus ibu buat anak kita ‘Aqeela Putry Megawaty Konggoasa’. Selamat jalan ibu.

Video

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :Wollipop, Insertive, Instagram, TikTok
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.