Viral

Mimi Fly Kecewa Teman Lelaki Digelar ‘Negro’ – “Kalau Di Amerika, Dikira Biadab..”

Baru-baru ini, penyanyi Mimi Fly mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki berkulit hitam yang bertugas sebagai doktor pakar tulang belakang di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, pemilik nama Shamimi Amalina Norhisham itu kecewa apabila terdapat segelintir pihak menggelarkan kekasihnya sebagai ‘Negro’ disebabkan lelaki tersebut berasal dari Afrika.

Menurut laporan mStar Online, Mimi menganggap gelaran berkenaan seolah-olah tidak menghormati kaum African-American sekali gus boleh mengundang perbalahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

“Buka matamu dan belajar memahami, sekarang sudah 2022. Perkataan Negro itu jika digunakan di Amerika Syarikat dianggap tidak menghormati.
“Perkataan itu dicipta oleh kaum kulit putih pada zaman African-American dijadikan hamba.
“Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat African-American rasa kerdil dan lemah,” katanya menerusi satu InstaStory hari ini.

Penyanyi berusia 36 tahun itu berkata, dia bersyukur ahli keluarga serta kenalan kekasihnya menerima kehadirannya di sana seperti keluarga sendiri dan berharap masyarakat juga bersikap sama seperti mereka.

“Saya juga berharap mereka disambut baik jika dapat datang ke Malaysia suatu hari nanti supaya mereka tahu kebaikan orang kita dan tidak dianggap biadab,” ujarnya.

Terdahulu, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu kesal apabila sebuah portal tempatan meletakkan perkataan ‘Negro’ pada tajuk laporan berhubung kisah percintaannya.

Sumber: mStar Online , Instagram Mimifly

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.