Uncategorized

Anak2 yg lain semua hlna Amee sbb dia kerja kampung, tapi saya sebagai ibu yang tahu kelebihan dia

Anak ketiga saya kena buang kerja dan agak susah, jadi saya sebagai ibu ajak dia duduk kampung dengan saya bersama anak2 dan isteri.

Ketika itulah anak2 yang lain mula tak puas hati, mengh1na Amee.

Malah mereka kurangkan duit bulanan saya.

Mereka takut saya bagi dekat Amee, sedangkan sejak ada Amee, saya gembira..

#Foto sekadar hiasan.

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan sebagai ibu.

Kerana hanya ibu saja yang layak memberikan pandangan apabila ada perbaIahan kurang enak timbul di kalangan anak – anak.

Kerana kesannya melibatkan hilangnya kemesraan dan rasa hormat kepada ibu bapa.

Anak – anak ada pandangan mereka sendiri.

Sebagai ibu kegagalan hubungan baik antara anak – anak boleh mengerohkan keadaan dalam dan luar keluarga, yang melibatkan para menantu, besan – besan dan cucu – cucu.

 

Akibat kesannya amat mendalam hingga boleh timbul rasa saling benci – membenci. Untuk tidak membuang masa, elok saya berterus terang supaya anak – anak faham perasaan ibu mereka, jangan asyik memikirkan masalah mereka sahaja.

 

Saya ada 4 anak, sulung lelaki, kedua perempuan, ketiga lelaki, keempat perempuan. Selang bunga kata orang tua. murah rezeki.

Memang ada kebenarannya, murah rezeki saya dan anak – anak, mereka bekerja dan tiga orang sudah pun berkahwin, kecuali yang keempat masih sambung belajar.

Memang mulanya semua baik tetapi keadaan berubah bila anak ketiga saya Emee berhenti kerja kerana syarik4t melakukan buang pekerja. Ketika itu dia ada dua orang anak sementara pendapatan isterinya tidaklah banyak.

 

Kerana kekangan kewangan Emee mula meminjam duit saya. Saya bantu, tetapi saya nasihatkan dia carilah kerja.

Nak cari kerja bukan senang. Selepas enam bulan menganggur dia mengadu kereta nak kena tarik. Emee minta bantuan, supaya kereta tak ditarik.

Sebab kalau kena tarik, macam mana isterinya nak pergi kerja dan macam nak hantar anak – anaknya ke rumah penjaga? Sebagai ibu saya bersimpati dengan keadaan hidup Emee.

Akhirnya saya suruh dia pindah duduk rumah saya boleh saya bantu jaga anak – anaknya dan dia boleh jimat tak perlu bayar penjaga anaknya.

Tetapi kakak dan abangnya mula rasa tak senang hati. Mereka mempersoalkan kenapa saya kena jaga cucu.

Mereka mahu Emee belajar hidup susah, jangan susahkan emak. Mereka juga mempersoalkan sejak kecil Emee suka menyusahkan hidup saya suka berbelanja besar dan sentiasa menagih duit saya dan ayahnya.

Mereka sependapat mendakwa Emee malas bekerja, kerana malas belajar dia tak pandai akhirnya tak dapat kerja yang elok – elok untuk tampung kehidupannya.

Mereka lupa rezeki dari Allah. Saya tak nafikan dakwaan mereka, tapi saya tak setuju seratus peratus.

Sebab setandan pisang tak semuanya elok, dan ada yang kecil ada besar, sama seperti manusia.

Ada antara anak kita pandai sekolah, ada juga yang bijak dalam bidang kemahiran lain. Memang Emee tak pandai sekolah seperti kakak dan abangnya.

Tetapi Emee tempat saya minta bantuan betulkan pagar rumah yang nak r0boh, tolong cat rumah, mesen rumput, betulkan reban ayam boleh dik4takan semua kerja – kerja kasar dalam dan luar rumah, saya tak perlu upah orang.

Bila Emee tinggal dengan saya bertambah senang hidup saya. Tetapi mereka kata tak payah suruh Emee, upahkan saja orang lain. Emee buat kerja semua nak minta duit saya.

Itu tuduhan mereka. Saya serba salah. Cakap memang senang, satu mentol lampu rosak nak panggil orang betulkan ke?

Mau ke orang datang betulkan dengan upah sedikit. Pernah berlaku dua minggu ruang tamu rumah saya bergelap kerana orang tak datang betulkan lampu.

Tapi lepas saya beritahu Emee, besok dia datang betulkan. Dia serba tahu, bukan seperti abangnya harap orang membantu.

Bukan sekarang saja, sejak kecil lagi Emee mahir dengan kerja – kerja kemahiran ini.

Jadi salahkah kalau saya beri dia sedikit upah? Seperti tuduhan kakaknya mendakwa saya memanjakan Emee sebab sering baik duit. Kalau tidak saya kena keluar duit juga nak upahkan orang.

Cuma bila dah dewasa sekarang saya tak upah dia, tetapi saya bantu meringankan masalahnya. Sebagai emak kita tahu di mana kekurangan dan kelebihan anak – anak kita.

Jadi kalau emak sayangkan anaknya bukan bermakna dia hanya pilih anak yang pandai sekolah dan bagi banyak duit sahaja, sebaliknya emak ambil kira cara anak melayan kehendak dan menawan hati kita yang anak – anak lain tak boleh lakukan seperti apa yang Emee buat.

 

Sebagai contoh, kalau saya nak suruh abangnya mesin rumput, memang tak akan jadi, dia cuma tahu panggil dan upah orang mesin rumput.

Atau bagi duit suruh saya upahkan orang. Sebaliknya Emee dia memang tak ada duit tapi dia ada tenaga dan tahu bagaimana nak mesen rumput.

Bermakna kedua – dua mereka ada kelebihan tersendiri, hanya ibu tahu kelebihan anaknya.

Jadi salahkah kalau saya beri upah kepada Emee, jika tidak saya pasti akan beri upah kepada orang lain juga untuk melakukan kerja memesin rumah keliling rumah, sebagai contoh.

 

Tapi abangnya tak setuju, kalau suruh Emee tak perlu bagi upah sebab sebagai anak dia wajib tolong emaknya. Itu kata mereka.

Memang betul, tapi salahkah kalau saya upahkan Emee? Lebih penting, sejak Emee sekeluarga duduk dengan saya, saya rasa lebih selamat.

 

Tak ada lagi rasa takut sendirian waktu malam atau ketika anak bongsu pergi belajar. Rumah saya jadi meriah dan harmoni.

Tapi kakak Emee kata kalau saya sunyi duduk di rumahnya, di bandar yang tak pernah sunyi.

Masalahnya takkan saya nak tinggalkan rumah saya? Sebab saya lebih selesa duduk di rumah sendiri, berbanding di rumah anak. Lainlah kalau saya tak berdaya untuk uruskan diri sendiri atau s4kit terlentang yang memerIukan orang lain jaga saya sepenuh masa.

 

Ketika itu mungkin saya boleh duduk di rumah mereka. Kata kakaknya lagi, kalau saya asyik melayan kerenah Emee dan anak – anaknya, maka saya akan cepat jatuh s4kit sebab kena buat banyak kerja, memasak, berkemas rumah dan uruskan anak – anak Emee.

 

Sebenarnya anak – anak Emee dah bersekolah mereka tau urus diri sendiri, tak perlu dibelai. Masak?!

Kalau Emee tak duduk rumah saya pun saya tetap kena masak biar pun sedikit. Jadi tak banyak bezanya, saya tetap perlu ke dapur. Samada Emee tinggal dengan saya tau tidak.

 

Saya pernah beritahu kakak Emee sebenarnya hati saya gembira bila Emee sekeluarga duduk di rumah saya. Saya terhibur, kerana ada tempat kalau nak berbual, nak berbincang, nak bercerita dan nak bergurau senda dengan cucu – cucu.

 

Berbeza sangat keadaannya kalau saya tinggal sendirian. Hidup saya sunyi sepi dan diselubungi kebimbangan terutama ketika negara dalam keadaan seperti sekarang, tak aman, ada penyamun per0mpak tak kira waktu siang atau malam.

 

Bab inilah yang mereka tak faham kenapa saya gembira tinggal ramai – ramai berbanding tinggal sendirian. Lagi pun bukan Emee tak bekerja langsung, ada kalanya dia bekerja juga, cuma tak tetap sepanjang masa, ada kala bekerja bila kontrak habis dia berhenti.

 

Sebaliknya mereka sindir Emee mereka kata Emee macam pokok api – api, berkembang biak dan hidup subur di pokok tumpang, bila pokok api – api merebak besar ia akan m4tikan pokok tumpang itu.

Demikian anggapan buruk mereka terhadap Emee.

Sedihnya bila Emee terus tinggal dengan saya sudah lebih dua tahun sekarang kedua kakak dan abang Emee mula kurangkan sumbangan mereka kepada saya setiap bulan.

Kata mereka kalau saya terus dibantu maka seronoklah Emee mungkin dia tak perlu bekerja sebab makan minum Emee anak beranak sudah saya siapkan.

Sampai hati!

Mereka langsung tidak memikirkan keselamatan saya tinggal sendirian, semata – mata kerana bencikan Emee menumpang di rumah saya.

Namun saya bersyukur saya masih ada sedikit pencen kerajaan dari arw4h suami saya.

 

Bagaimana pun saya nasihatkan Emee supaya bekerja, tak kira kerja apa sekalipun asalkan halal.

Kepada anak – anak di luar sana nasihat saya, emak tidak pernah membezakan kasih sayang kepada anak – anaknya kerana ibu tahu menilai kebolehan, kemampuan setiap anaknya, dan setiap ibu mereka ingin membantu semua anak – anaknya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : FACEBOOK media cite heboh
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.