Viral

“Tak Payah Menunggang Agama!”- Dr Rafidah Tvduh Mawi?

Kenyataan yang dimuat naik oleh Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah telah menarik perhatian warganet di laman twitter.

Rafidah berkongsi sebuah iklan produk minuman kesihatan yang membantu mengurangkan masalah buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Iklan itu turut memaparkan penyanyi dan pelakon Mawi atau nama sebenarnya Asmawi bin Ani menjadi duta produk.Mawi turut diihat mempromosikan produk tersebut dan mendakwa keluarganya telah mencuba dan sudah merasai perubahan.

Bagaimanapun, Dr. Rafidah membidas penjelasan yang dibuat penyanyi berkenaan dan meminta agar semua selebriti perlu memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan terlebih dahulu.

Salam Mawi, Kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya? Perbuatan ini sudah salah dari segi akta Iklan dan Ubat 1956. Tak payah nak cerita tentang kenyataan yg menipu dan menunggang agama!”- tulisnya di laman twitter.

Sementara itu, Rafidah turut menasihati golongan selebriti supaya beretika dan membaca panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mengeluarkan kenyataan dalam mempromosikan produk kesihatan.

“Adakah semua artis / selebriti tidak beretika? Kan ada panduan utk selebriti yg KKM keluarkan. Sila lah baca betul-betul . Cukup-cukup menipu orang-orang tua.
Enough is enough.”

Terdahulu, sebuah video memaparkan Mawi menceritakan pengalaman keluarganya sendiri yang juga merupakan pengamal jus minuman tersebut dan berjaya kembali sihat dari pelbagai penyakit dalaman.

[VIDEO] Mawi Kesal Kerana Dikaitkan Dengan Rosmah Mansor

Sejak bermulanya pemeritahan baru di Malaysia, pelbagai isu hangat telah cuba dibangkitkan oleh orang ramai. Cerita lama pun disensasikan semula! Muzik video lagu Lara Jiwa nyanyian bersama Datin Seri Rosmah Mansor dan Mawi kembali tular dalam beberapa hari ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, hal ini turut disedari oleh Mawi dan dia akui sangat terkejut. Memandangkan Rosmah adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri, namun dia tidak mahu perkara itu dipolitikkan kerana lagu itu dirakam sudah lama iaitu pada tahun 2005.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

“Saya faham negara kita baru selesai Pilihan Raya Umum ke-14. Jadi apa saja yang membabitkan artis terutama bersangkut paut dengan pemimpin terdahulu, netizen akan cari semula termasuklah lagu ini.

“Saya tidak ada masalah lagu ini ditularkan semula, cuma janganlah dipolitikkan atau disalah anggap. Kalau boleh jangan timbulkan cerita buruk. Bagi saya, kita patut lebih bersederhana.”

Mawi memberitahu lagu yang dirakam itu bagi menjayakan Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah dan tidak seharusnya orang ramai mempolitikkan video itu.

“Menerusi lagu ini, kali pertama saya bekerjasama dengan orang kenamaan selepas habis AF3. Mungkin ramai tidak tahu, lagu ini dirakam bagi menjayakan Tabung Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah. Lagu ini dijadikan lagu tema kempen berkenaan.

Ia sesuatu yang bagus. Namun, apabila ada pihak menuduh dan mempolitikkan perkara ini, bagi saya ia tidak patut. Dalam masa sama, mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.”

Walaubagaimanapun, Mawi menegaskan kepada semua peminatnya agar tidak lupa pada kebaikan seseorang kepada kita.

“Apa ingin dikatakan, jangan sekali pernah lupakan kebaikan seseorang kepada kita,” katanya.

Hormati Pemerintah Lama

Nasiha dari kami di murai.my, walaupun rakyat telah memilih untuk memberikan mandat baru kepada gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Harapan, namun kita perlu mengenang apa yang telah dibangunkan oleh pemerintah sebelum ini.

Bermula dengan gabungan parti politik menerusi Perikatan sehinggalah jatuhnya Barisan Nasional, mereka telah berjaya membangunkan negara sehingga kita dapat menikmati apa yang kita miliki sekarang.

Sumber : murai

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *