Uncategorized

Netizen Kritik Isteri Tindik Hidung, Fazley Yaakob Balas Balik

Geram dengan tindakan segelintir netizen yang ‘lebih sudu dari kuah’, Chef Selebriti Datuk Fazley Yaakob bertindak membalas komen sinis seorang netizen mengenai penampilan isterinya, Datin Azrene yang menindik subang hidung.

“Ko apahal, bini aku kot”

Membuka mulut mengenai isu tersebut, Fazley membalas komen sinis itu dan menegur individu tersebut supaya tiduk menyibuk hal orang lain.

Suka hati dialah, kau apa hal? Bini aku kot?, dah pergi jauh-jauh, jangan sibuk hal orang dekat sini. Pergi sambut raya, diam-diam okay?

Mengulas lanjut mengenai kecaman tersebut, Fazley sempat memuat naik satu hantaran di laman IG miliknya.

Geram dengan tindakan segelintir netizen yang ‘lebih sudu dari kuah’, Chef Selebriti Datuk Fazley Yaakob bertindak membalas komen sinis seorang netizen mengenai penampilan isterinya, Datin Azrene yang menindik subang hidung.

 

Fazley meluahkan rasa kurang senangnya terhadap golongan sedemikian yang gemar mencari kesilapan orang lain terutama selebriti. Jelas Fazley, golongan ini berlagak ‘maksum’ atau bebas dari melakukan dosa sehingga tergamak mencela orang lain.

Bukan saya sahaja, tapi ramai di kalangan rakan selebriti yang terkena komen-komen; Pakailah tudung, tutuplah leher, jangan peluk pasangan, jangan senyum macam tu, awak islam ke, Eh mengandung terus lepas baru nikah, kenapa pegang anak macam tu, pakailah baju longgar sikit, makan pakai chopstik haram, dan ada juga saya ternampak komen, awak gemuk sangat dah sekarang?!

Hahaha, hebat betul orang-orang yang komen ni. Seolah-olah mereka manusia paling sempurna dan selebriti penuh dengan kesilapan yang langsung tak boleh dimaafkan.

Buat mereka yang terkena komen-komen begini, terus delete dan block.. tak luak pun. Kalau share je terus macam saya share ni pun lagi bagus. Supaya mereka ini mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat mereka dahagakan.

Fazley juga menyarankan rakan-rakan selebriti supaya delete dan block komen sebegini. Fazley berpendapat golongan ini sebenarnya dahagakan kasih sayang dan memerlukan perhatian.

Sumber: fazleyyaakob Dan Ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

&

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *