Uncategorized

Rahsia Najmi hidup harmoni dengan tiga isteri

Kuala Terengganu: “Sejak tular beristeri tiga, ramai yang bertanya mengenai rahsianya,” kata Hafizatul Najmi Pizat.

Najmi, 33, dari Kampung Gomuk, Tepoh, mengahwini Roslina Mohd Jam Marti, 32; Wan Nur Khairul Nazrah, 30; dan Nur Atikah Mohd Nazri, 26.

Katanya, dia sentiasa diajukan mengenai rahsia berkahwin lebih daripada satu dan boleh hidup harmoni.

“Rahsianya tidak susah iaitu hanya berpegang kepada ajaran Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian selain memperbanyakkan amalan bersedekah.

“Sedekah paling penting kerana ia memberi keberkatan dalam keluarga selain berlaku adil dalam setiap keputusan. Layanan baik kepada ahli keluarga terutama ibu bapa isteri-isteri paling penting.

“Sebagai contoh, memperuntukkan sedikit wang dan hadiah untuk mereka pada hari lahir dan membeli keperluan semua ahli keluarga untuk menyambut hari raya,” katanya.

Menurutnya, dia membahagikan giliran beraya dengan sebaik mungkin dan seadilnya supaya semua isteri seronok menyambut hari raya.

“Raya pertama kami akan berkumpul sekejap sebelum tiga isteri pulang beraya ke kampung masing-masing.

“Hari raya pertama hingga ke tiga saya akan beraya di rumah keluarga isteri pertama, Roslina di Marang.

“Raya keempat hingga enam beraya di rumah keluarga isteri kedua, Wan Nur di Besut dan raya ketujuh hingga sembilan beraya di rumah isteri ke tiga, Nur Atikah di Pulau Pinang,” katanya yang mempunyai lapan anak berusia 6 tahun hingga 13 tahun bersama tiga isteri.

Menurutnya, dia berasa lega kerana membuat persiapan awal untuk beraya sekali gus tidak mengalami mas4lah apabila hari raya diumumkan awal sehari daripada jangkaan.

“Cuma tarikh giliran yang perlu diubah dan bernasib baik kerana berkerja sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.

“Saya menggalakkan sesiapa saja yang nak berpoligami kerana ia sangat membahagiakan cuma perlu membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal terlebih dulu.

“Hidup berp0ligami memang indah namun perlu ingat cabaran dan dugaannya juga lebih besar daripada biasa,” katanya.

Katanya, dia tidak bercadang untuk menambah isteri bagi memenuhi kuota yang ada dalam tempoh terdekat namun tidak menolak takdir dan jodoh sekiranya ada rezeki berkahwin lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *