Uncategorized

Padah kongsi video nak ‘ngorat’ anak buah, pemuda tervk dikec4m… Akui pendosa, tak minta semua ini jadi

KECOH di media sosial susulan perkongsian video seorang pemuda yang ‘meluahkan minat’ terhadap anak buah sendiri.

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, pemuda tersebut membuat rakaman memaparkan seorang gadis di belakangnya dengan kapsyen ‘nak ngorat tapi anak buah pula, pening kepala’.

Pelbagai reaksi netizen susulan perkongsian yang tular, dengan rata-ratanya mengec4m pemuda berkenaan kerana seolah-olah tidak memahami hukum membabitkan hubungan sesama mahram.

Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menghuraikan bahawa mahram adalah orang yang haram dikahwini dan diharamkan melakukan hubungan persetubuhan badan dengannya.

Tambahnya, para ulama menjelaskan perkahwinan adalah akad yang menghalalkan persetvbuhan, sekiranya individu yang mempunyai hubungan mahram dengan orang lain maka diharamkan berkahwin dengannya.

dr

Ulasan oleh Dr Khairul Hafidz mengenai perkahwinan membabitkan saudara terdekat.

Bukan sahaja dilarang oleh agama Islam, perkahwinan membabitkan saudara terdekat turut dibuktikan daripada sudut perubatan di mana ia berisiko mendapat penyakit genetik.

Seorang doktor, Dr Khairul Hafidz turut membuat huraian mengenai implikasi perkahwinan membabitkan saudara terdekat menerusi satu bebenang di Twitter.

“Perkahwinan antara lelaki atau perempuan dengan anak saudara adalah dilarang dalam Islam. Akan tetapi dalam Islam, perkahwinan antara sepupu dibenarkan.

“Walau bagaimanapun, dalam perubatan, kami tidak menggalakkan perkahwinan dengan saudara terdekat (consanguineous marriage).

kahwin

Dari segi perubatan, perkahwinan membabitkan saudara terdekat adalah tidak digalakkan kerana berisiko untuk mendapatkan penyakit genetik.

“Mengapa kami tak galakkan? Kerana perkahwinan antara saudara terdekat berisiko untuk mendapat penyakit genetik (genetic diseases),” tulisnya di laman Twitter, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Khairul Hafidz berkata, dalam kajian disebut frekuensi penyakit genetik, yang akan diperoleh oleh anak hasil perkahwinan antara saudara terdekat adalah dua kali ganda daripada perkahwinan tiada pertalian saudara.

“Jadi, adalah sangat digalakkan untuk berkahwin dengan mereka yang tiada pertalian saudara,” tulis Dr Khairul Hafidz.

Bagaimanapun, doktor tersebut membuat huraian tanpa mengaitkan dengan mana-mana kes atau isu secara spesifik.

Menerusi ruangan komen, segelintir netizen berkongsi kisah membabitkan keluarga masing-masing yang berkahwin dengan individu yang mempunyai pertalian darah.

Mengapa kami tak galakkan? Kerana perkahwinan antara saudara terdekat berisiko untuk mendapat peny4kit genetik.

DR KHAIRUL HAFIDZ

“Anak lelaki saya ada G6PD. Soalan pertama daripada doktor adalah ‘husband you saudara atau sepupu you ke? Atau tiada kena mengena’. Ingat dah kenapa. Sebab inilah kot kan,” tulis seorang netizen.

“Sekarang saya tahu kenapa ibu saya bagi kahwin dengan saudara mara sepupu sepapat,” komen netizen lain pula.

NGORAT 1

Penjelasan pemuda tersebut yang dimuat naik di TikTok bagi menjelaskan kontroversi yang tercetus.

Sementara itu, hasil semakan mStar mendapati video asal yang dimuat naik di akaun TikTok pemuda berkenaan telah dipadamkan.

Namun, dalam video yang dimuat naik secara berasingan, pemuda berkenaan tampil membuat penjelasan berhubung kontroversi yang berlaku.

Pemuda tersebut mendakwa video berkenaan mempunyai maksud yang sebaliknya, namun ia disalah tafsir oleh netizen.

komen ngorat

Sebahagian komen netizen yang mengecam pemuda berkenaan.

“Kepada korang yang f1tnah dan buat andaian buruk tentang video aku tu sampai post dekat Twitter.

“Tak apalah nak marah pun tak ada guna sebab sekarang dah memang akhir zaman, zaman fitnah. Aku pun bukan dididik untuk berdendam. Aku cuma boleh berserah kepada Allah.

“Aku tahu aku pendosa tapi aku tak minta pun semua ini jadi. Dan kepada yang faham pasal video tu terima kasih sangat-sangat. Aku hargai korang,” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.