Uncategorized

S4nggup kongsi akaun bank, wanita mena4ngis duit simpanan ‘licin’ dikeb4s kekasih, luluh hati bila selidik dapat tahu rupa- rupanya lelaki itu…

Sewaktu bahagia menjalani hubungan cinta, ada segelintir individu sanggup menyerahkan segalanya kepada pasangan demi kasih sayang berterusan tanpa memikirkan kesan pada masa hadapan.

Bagi seorang wanita ini, kisah percintaan dilalui hanya indah khabar daripada rupa apabila mendakwa bekas teman lelaki bertindak ‘mencuri’ wang simpanan miliknya di dalam akaun bank.

 

Kisah malang wanita itu dikongsi seorang pengguna laman Twitter, @twtbiy yang menasihati golongan wanita lain supaya tidak berkongsi hal peribadi seperti akaun bank bersama pasangan terutama ketika bercinta.

Jangan sesekali kongsi akaun dengan teman lelaki atau wanita!

 

Menerusi penceritaan dalam video TikTok, wanita tersebut tidak menyangka bekas teman lelakinya sanggup bertindak mengambil duit hasil ‘review’ dan bisnes dilakukan selama ini sebagai pempengaruh media sosial.

“Aku periksa duit dalam akaun, kosong. Tu semua duit aku kerja. Sebelum ni aku bercinta dengan seorang lelaki. Bank Islam ni ada online transfer tapi TAC ke nombor semua pakai nombor dia,” katanya sambil menangis.

 

Menurut wanita itu lagi, dia menghubungi kakak kepada lelaki terbabit sebelum mendapat tahu mengenai ‘punca’ wang miliknya habis lesap diambil tanpa rela.

Difahamkan, lelaki berkenaan bertindak demikian sebagai alasan untuk menuntut ganti rugi setelah membeli pelbagai barangan sewaktu mereka bercinta dahulu.

 

“Kakak dia cakap dia ambil duit tu sebab sebagai balasan aku tinggalkan dia. Barang-barang yang dia belikan sebelum ni, aku kena bayar balik. Dia cakap dia ada hak kat duit tu sebab dah habiskan banyak duit kat aku,” ujarnya.

Rata- rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan ‘kejam’ lelaki tersebut namun dalam masa sama, mereka bersimpati terhadap wanita itu yang kehilangan duit simpanan akibat terlalu meletakkan kepercayaan sebelum ini.

 

Sampai licin dia ambil

Buat la laporan polis

Dah kahwin pun curi duit bagi anak bini makan?

 

 

Kesian, nasib baik tak kahwin dengan dia…

Belum ada ikatan lagi, tolong la jangan kongsi

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.