Uncategorized

Lama Tak Dapat Job, Shuk Sahar Pelik Adakah Nama Kena Gam Oleh Stesen TV..

TERPALIT dengan beberapa kontroversi melibatkan masalah rumah tangga, pelawak Shuk Sahar mengakui namanya kini ditolak stesen televisyen.

Biarpun menyedari hal itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berharap stesen TV mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan perkara itu secara rasmi kepadanya.

Pelawak dan pengacara berusia 36 tahun ini juga berkata, dia ingin tahu berapa lama namanya akan disenarai hitam pihak berkenaan.

“Sebenarnya ada beberapa kali saya dah ‘lock job’ tapi bila nak mula shooting saja, tiba-tiba stesen TV tak lulus. Saya sendiri tak faham, adakah saya betul-betul kena ‘banned’?

“Sebab tak ada kenyataan atau surat. Kalau betul-betul saya kena ‘banned’, tolonglah bagi surat atau beritahu tempoh masa. Supaya saya dapat atur kehidupan.

“Katakan saya kena banned enam bulan, jadi saya ada masa itu untuk aturkan kehidupan saya macam mana. Saya ada tanya produksi tapi mereka pun tak beri jawapan,” katanya kepada mStar.

Selain isu curang, Shuk juga pernah terkait kontroversi melibatkan pelakon Fauzi Nawawi yang berkongsi mengenai babak r0gol dalam sebuah program temu buat pada Oktober tahun lalu.

Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak r0gol tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang tidak mahu lagi menyokong karier pelakon itu.

Sejak timbulnya kontroversi itu, bekas pengacara program Mic On dan I Can See You Voice itu tidak lagi kelihatan dalam mana-mana program TV.

Gara-gara kehilangan sumber pendapatan utama dalam bidang seni, Shuk juga terpaksa menjual rumah miliknya dengan harga RM1.2 juta.

Berkongsi mengenai perkara itu, Shuk melahirkan rasa syukur apabila akhirnya rumahnya dibeli oleh seorang usahawan muda.

“Alhamdulillah, rumah saya dah ada orang beli. Dia seorang usahawan yang muda daripada saya. Kebetulan dia menyewa di kawasan itu dan mencari rumah di kawasan itu.

“Dah jual pun rumah itu… memang sedih sebab rumah pertama saya. Masa itu juga saya masih bekerja di Hot FM, saya guna semua duit untuk ubah suai rumah itu.

“Tapi tak sangka macam-macam jadi sehingga saya terpaksa jual rumah. Sebab saya tak dapat nak tanggung kehidupan. Shooting pun dah tak ada, daripada kena lelong baik jual.

“Dapat duit sikit, dapat guna untuk teruskan kehidupan saya sekarang. Sebab setakat ini perniagaan dan buat review menjadi punca pendapatan saya,” ujarnya.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

 

Selepas tvlar Syuk sakan layan skndal diluar, Sera bawa diri balik Sabah dengan anak

Kisah kemelut rumah tangga yang melibatkan pelawak terkenal ShvkSahar dan juga isteri Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih belum lagi sepenuhnya selesai.

Malah wanita tersebut kini lebih senang mengambil pendekatan untuk berdiam diri sahaja sambil menguruskan anak-anak serta perniagannya.

Buat wanita itu, selamat berbahagia atas derita orang lain.

Semalam kecoh pula di TlkTok, seorang individu sempat merakam kelibat bekas pengacara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ itu sakan keluar bergandingan dengan seorang wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini.

Video yang sudah ditonton lebih sejuta orang tersebut itu turut mendapat komen daripada Rossa dengan ucapan selamat berbahagia.

Aimi Ain masih ada mama…Mama akan berusaha cari nafkah buat kamu berdua.

Terbaru menerusi update lain di TlkTok, Rossa dilihat seperti telah membawa diri pulang ke Sabah dengan hanya membawa anak-anak bersama.

Dengan kapsyen yang cukup sayu, wanita meluahkan rasa tekad akan berusaha sebaik mungkin mencari nafkah sendiri supaya dapat teruskan kehidupan bersama 2 orang cahaya mata kesayangannya itu.

Kesiannya tengok muka anak-anak…ScandaI dilayan, isteri dibiar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netlzen cukup sedih melihat nasib keluarga itu kini.

 

Disaat anak-anak masih sedang dalam fasa membesar, namun tiada kehadiran seorang ayah di sisi bersama-sama seperti dulu. Dalam pada itu, ramai juga berkesempatan memberikan semangat untuk Serra meneruskan kehidupannya.

“Balik sabah dah kesian depa..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.