Viral

“Selagi Tak Buat Benda Di Luar T4bii, Saya Rasa Takde Masalah,” – Aliff Syukri

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan ramai yang sebelum ini mendakwa bapa kepada lima cahaya mata itu tidak lagi mahu mencipta sensasi di media sosial.

Bagaimanapun, pelancaran muzik video raya terbarunya, Kelepok Raya yang dilancarkan baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi.

Menjelaskan mengenai isu ‘cakap tak serupa bikin’, Aliff mendedahkan ia bergantung pada pemahaman orang yang menonton, selain bersifat universal.

“Bagi saya, selagi tak buat benda yang di luar tabii, saya rasa tak ada masalah. Dalam hal tarian misalnya kalau kalian tengok, kecaman lebih kepada kenapa macam belut, kenapa macam ada bulu ketiak.

“Jadi bagi saya benda ni universal. Kalau kalian tengok video klip orang lain, bukan nak mengungkit… rasanya ada yang lebih teruk. Tapi tak dijadikan bahan mulut.

“Saya memang nak jadi baik. Jujur saya tak nak ada sebarang publisiti yang tak bagus. Cuma bagi saya orang Malaysia ni suka tengok benda yang ‘eksotik’,” katanya.

 

 

Ditanya mengenai tajuk lagu berkenaan, Aliff mahukan sesuatu yang ringkas dan mudah diingati.

“Banyak talent yang keluarkan lagu dan saya perlukan satu tajuk yang orang akan ingat. Saya tak boleh letak ‘Kelepak Kelepok Raya’, saya ambil hujungnya saja, ‘Kelepok Raya.’

“Bermaksud, macam kita ‘tepok orang’. Dalam lagu pun saya dan isteri menyanyi ‘fighting-fighting’. Tapi sesetengah orang salah tafsir,” katanya lagi.

Sehingga kini, lagu berkenaan sudah pun menerima lebih 800,000 tontonan menerusi saluran YouTube Rusa Music sekaligus menjadi trending nombor 1 setakat ini.

“Tarik Balik Video Atau..”- Menteri Agama ‘Tegur’ Alif Syukri, Kali Ni Sampai Ajak Jumpa, Ini Tindakan Bakal Diambil

Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkaitan video muzik sempena Aidilfitri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Idris berkata, sekiranya berpeluang beliau mahu bertemu mata dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ukhwah sesama Islam bagi berbincang pelbagai perkara.

Menteri nasihat Aliff Syukri tarik balik video kontroversi

Katanya, beliau terpanggil untuk mengulas isu itu kerana ketika ini umat Islam sedang mengejar 10 malam terakhir Ramadan.

Katanya, terdapat perdebatan agak panas dalam kalangan rakyat terhadap klip video berkenaan yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

“Pastinya ia kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal selepas kita menempuh ujian dan tarbiyah di bulan Ramadan,” katanya dalam kenyataan di Facebook (FB) hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Aliff Syukri menerima kecaman ramai apabila klip video lagu Kelepok Raya yang tidak bersesuaian dengan sambutan Syawal.

Idris berkata, beliau turut mengambil peluang mengajak semua umat Islam menjaga sensitiviti perkara berkaitan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat.

Menurutnya, negara baru saja pulih daripada bala Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Katanya, peluang dan rezeki yang Allah berikan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengajak umat Islam kepada perkara lebih takutkan Allah serta menjaga tingkah laku.

“Saya menasihatkan dengan penuh kasih sayang dan cinta kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah agar klip video seumpama ini dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau ditetapkan hanya untuk tatapan peribadi,” katanya.

Idris berkata, beliau yakin hati lebih lapang jika patuh pada ajaran dan nilai agama malah Allah akan melapangkan lagi rezeki.

Katanya, beliau menyeru seru semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama.

“Dengan penuh rendah diri dan kasih sayang saya kepada semua saudara seIslam, semoga nasihat ini adalah kerana Allah dan biarlah Allah sahaja yang menentukan segala aturan kebaikan kepada hamba-Nya,” katanya.

Aliff Syukri Didakwa Hina Islam Dan Bulan Ramadan Dalam Muzik Video Terbaharu

Jutawan dan pengasas barangan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi tampil dengan kontroversi terbaharu di bulan Ramadan tahun ini. Kontroversi ini terjadi selepas video klip lagu raya terbaharu beliau yang bertajuk ‘Kelepok Raya’ mendapat kritikan meluas daripada warganet.

Tema video itu tertumpu di antara Aliff dan isterinya yang sedang sibuk menyambut Raya. Ia menjadi kontroversi apabila terdapat 3 lelaki yang menari di sawah padi memakai songkok bersama beberapa pakaian yang kelihatan sangat di luar kebiasan berserta hiasan barang kemas.

Sementara dalam adegan lain, Aliff boleh dilihat berbaring di samping ramai lelaki lain memakai baju melayu sambil menari secara seksi.

Sejak ditayangkan kepada umum, video klip tersebut mendapat lebih 20,000 tontonan hanya dalam tempoh 2 jam. Netizen turun ke ruangan komen untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap video klip tersebut.

Netizen menyerang Aliff Syukri dengan menyatakan bahawa dia tidak menghormati Islam, Bulan Suci Ramadan dan juga baju melayu tradisional.

“Sejujurnya saya boleh terima lagu itu. Tetapi konsep muzik video itu begitu tersasar untuk Raya. Tidak perlu penari seperti itu. Saya boleh katakan bahawa ia adalah pencemaran budaya yang tidak sepatutnya wujud,” komen seorang pengguna.

“Memakai songkok dengan rantai dan singlet. Tidak menghormati baju melayu tradisional kita,” kata seorang lagi.

“Lelaki lembut di Malaysia semua selamat, tak kena serang dengan jabatan agama. Yang tak selamat sajat seorang sahaja,” kata netizen lain dalam nada menyindir.

Manakala seorang netizen di Facebook menyatakan bahawa ini adalah cara halus Aliff untuk mempromosikan budaya ‘sotong’ di Malaysia dengan menyiarkan konsep muzik video yang negatif.

“Budaya negatif mempromosi puak ‘sotong melampau’ dalam kandungan media tempatan. Memualkan! Elok kerajaan atau KKMM ambil tindakan sekat siaran YouTube puak ini. Tak sesuai dengan budaya islamik dan timur. lebih2 lagi lagu2 dan content berkaitan hari mulia yg disambut umat Islam,” katanya.

Sumber: metro, mediahiburan.my

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE,

KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah
👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.