Viral

Lepas keluar lagu raya ‘gedik’, Ini tind4kan t3gas Menteri kepada Alif Shukri

Putrajaya: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkaitan video muzik sempena Aidilfitri yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Idris berkata, sekiranya berpeluang beliau mahu bertemu mata dengan pemilik video berkenaan sebagai tanda ukhwah sesama Islam bagi berbincang

pelbagai perkara.

 

Katanya, beliau terpanggil untuk mengulas isu itu kerana ketika ini umat Islam sedang mengejar 10 malam terakhir Ramadan.

Katanya, terdapat perdebatan agak panas dalam kalangan rakyat terhadap klip video berkenaan yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

“Pastinya ia kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal selepas kita menempuh ujian dan tarbiyah di bulan Ramadan,” katanya dalam kenyataan di Facebook (FB) hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Aliff Syukri menerima kecaman ramai apabila klip video lagu Kelepok Raya yang tidak bersesuaian dengan sambutan Syawal.

Idris berkata, beliau turut mengambil peluang mengajak semua umat Islam menjaga sensitiviti perkara berkaitan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat.

 

sumber : metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.