Uncategorized

Gerai Mee Tonggek dibenarkan beroperasi semula, pemilik pertimbang ambil tindakan undang-undang terhadap pengadu

“Kepada pelanggan-pelanggan kami, Mee Tonggek, boleh datang semula ke tapak Bazar Ramadan Putrajaya untuk support Mee Tonggek Udang Galah dan Sotong double XL,” demikian kata pengusaha gerai Mee Tonggek yang dibenarkan beroperasi semula.

Terdahulu, gerai Mee Tonggek diberi notis amaran dan ditutup sementara susulan aduan seorang pengguna TikTok yang mendakwa menemui ulat dalam menu Mee Tonggek Sotong Double XL.

Bagaimanapun, pemilik gerai berkenaan yang dikenali sebagai Mahathir berkata, dia dibenarkan berniaga semula setelah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

 “Saya mendapat kelulusan dari KKM untuk beroperasi semula di tapak Bazar Ramadan Putrajaya kerana siasatan semua sudah selesai.

Kami juga telah menunjukkan kepada pegawai KKM bagaimana proses perniagaan kami dari segi proses, masakan di tapak bazar.”Jadi, jualan yang kami sediakan di sini semuanya di masak di tapak bazar.

Kami tidak masak di kedai, semua masakan jualan di kedai ini dimasak di bazar.

Semuanya dimasak panas-panas, bukannya masak di kedai. Cuma penyediaan bahan masakan dilakukan di kedai.

Ketika ditemubual oleh Channel MyMakanTV, Mahathir memaklumkan bekalan sotong double XL berkenaan diperoleh dari Pasar Borong Selangor, manakala Udang double XL diperolehi dari Sabah.

Turut ditunjukkan, cara-cara penyediaan dua menu utamanya itu yang mana kesemuanya dimasak panas-panas di tapak niaganya.

Ketika rakaman temubual itu dibuat, kedengaran seorang wanita bertanya kepada Mahathir apakah dia akan mengambil tindakan undang-undang (saman) terhadap pengadu yang mendakwa menemui ulat dalam masakannya.

Mahathir menjelaskan dia dalam proses untuk berbuat demikian.

“Apa cerita orang tu (pengadu), dah kena saman dah?” soal wanita berkenaan.

“Dalam progres, inshaAllah saya akan buat (ambil tindakan undang-undang),” jawab Mahathir.

“Padan muka dia,” ujar wanita berkenaan.

“Kita teruk berniaga, setahun sekali saja pun. Dia seorang pula tu (yang buat dakwaan menemui ulat), naya betul. Sedih pun ada, tak semangat dah (berniaga) sebenarnya.

Pelanggan nak datang pun takut.”(Kalau dakwaan itu benar sekalipun) datanglah berjumpa dengan saya,” katanya menjawab soalan wanita terbabit.

Sebelum ini, pengadu, Meximus, memuat naik video dirinya membeli mee tonggek dari gerai tersebut dan sebaik saja pulang ke rumah untuk berbuka puasa, dia mendapat mee tersebut dicemari ulat, lalu membuat aduan kepada Perbadanan Putrajaya.

Meximus juga berterima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana mengambil tindakan pantas terhadap aduannya yang viral di media sosial.

 

Sumber video: MyMakanTV

Dr Noor Hisham dedah apa yang mereka jumpa lepas ada wanita beritahu beli mee goreng ulat

Terdahulu  Bahagian Kes.elamatan dan Kualiti Makanan BKKM Kementerian Kesihatan KKM sudah mengeluarkan notis penutupan terhadap peniaga mee tonggek yang tular kerana terdapat ulat dalam makanan dijual.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ti.ndakan itu dibuat mengikut Seksyen 11, A.kta Makanan 1983 kerana didapati tidak bersih.

Katanya, pemilik gerai perlu mempertingkatkan tahap kebersihan dan kes.elamatan makanan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

“BKKM sudah menjalankan siasatan dan mengambil t.indakan penguatkuasaan terhadap gerai yang menjual mee tonggek berkenaan.

“Selain ti.ndakan penutupan, k.ompaun turut dikeluarkan terhadap seorang pekerja yang didapati tidak mengambil suntikan antit.ifiod. Tiga sampel turut diambil di gerai terbabit bagi tujuan analisis mikr.oorganisma dan bendasing.

“Siasatan oleh pihak KKM juga mendapati peniaga berkenaan mempunyai sebuah premis makanan yang beroperasi di Cyberjaya di mana bahan mentah dimasak dan disimpan sebelum dipasarkan di bazar itu.

“KKM akan menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengendalian kes.elamatan makanan di premis itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kredit artikel:thereporters

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.