Uncategorized

“Gara2 Hantar Mesej Ugvt Bekas Suami..”- Ini Tindakan Anak Tiri Sebagai Pengajaran Kpda Mak Wan

HARAPKAN panas sehingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Begitulah perumpaan yang dapat disimpulkan terhadap nasib yang menimpa pelakon veteran Mak Wan Latah selepas suaminya, Husain Dolah melafazkan talak satu selepas tiga bulan berkahwin.

Lafaz cerai dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin BiUndin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plaintif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Menurut Husna pihak mereka memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.

“Kes perceraian di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama.

“Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

“Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Mak Wan yang dihubungi mStar pada awalnya mematikan panggilan dibuat, bagaimanapun seorang wanita dipercayai pembantunya kurang senang dengan pertanyaan berhubung isu itu.

Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Majlis resepsi mereka diadakan seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Ia merupakah perkahwinan ketiga buat Mak Wan selepas tujuh tahun hidup bersendirian.

Ikuti laporan penuh mStar yang turut hadir membuat liputan kes berkenaan.

Bekas suami kongsi perasaan, ibarat episod hitam beristerikan pelakon Mak Wan

TIGA bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pelakon veteran Mak Wan merupakan suatu episod hitam buat diri Husain Dolah.

Husain, 74, mendakwa dia berada dalam tekanan disebabkan sikap Mak Wan yang disifatkan keterlaluan sehingga tidak menghormatinya sebagai suami.

“Saya dah banyak bersabar, Alhamdulillah perkara ini akhirnya selesai. Saya dah rasa lega dan tiada lagi tekanan.

“Selama tiga bulan berkahwin, saya sangat tertekan daripada awal (perkahwinan) sampailah ia berakhir di mahkamah.

“Apa yang dia cakap dia tidak berfikir secara rasional, saya sebagai suami yang mendengar terasa hati,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, mStar melaporkan Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimatussa’adiah Mohd Daud, 61, diceraikan suaminya, Husain Dolah dengan talak satu.

Lafaz cerai dilakukan Husain terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

Dalam pada itu, Husain juga mendakwa pelakon tersebut tidak mempunyai personaliti dan akhlak yang baik.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung tindakan yang dilakukan aktres berkenaan sehingga hubungan rumah tangga yang menggores hatinya.

“Saya terkejut dengan perilaku dia sebab bila tengok dengan personaliti dia yang manis. Orang suka tengok dengan telatah dia tapi dia punya akhlak kurang baik.

“Tapi kita sebagai orang Islam kalau kita tiada akhlak, tiada prinsip hidup, tak jaga status kita akan rosakkan diri kita sendiri selama-lamanya,” ujarnya.

Sementara itu, anak tunggal Husian iaitu Zaiton sedih dengan perkara yang berlaku dan menganggap perpisahan yang berlaku adalah jalan yang terbaik untuk bapanya.

Zaiton yang kesal dengan kelakuan Mak Wan mendakwa pelakon itu tidak menghormati bapanya sepanjang perkahwinan terbabit.

“Saya rasa lebih bagus ayah berpisah dengan cara yang betul. Saya mohon maaf kepada keluarga Mak Wan kerana kami terpaksa buat macam ni sebab tak boleh terima apa yang berlaku.

“Pada usia bapa saya yang 70 tahun ini sepatutnya dapat pengganti yang bagus untuk jaga dia. Tapi tak sangka Allah nak bagi dugaan macam ini.

“Pada awalnya saya ingat dia baik sama macam berlakon dalam TV, tapi belum sampai tiga bulan dah nampak perangai sebenar dia,” ujarnya.

sebagi pengajaran kepada makwan:

Tindakan Anak Tiri Mak Wan telah membuat laporan polis gara2 ftnah dan ugut bekas suami

Tambah Zaiton, dia juga sudah membuat laporan polis terhadap dramatis itu yang didakwa memfitnah mereka.

“Mak Wan hantar mesej tidak sepatutnya kepada ayah saya yang berbaur ugutan, dia fitnah saya dan ayah.

“Sekarang sudah jadi kes polis biarlah polis tentukan,” ujarnya.

Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.