Uncategorized

Terjual 2,400 Bekas Sehari, Individu Ini Kira Berapa Untung Kasar Dalam Sebulan Chef Ammar Dapat

Sepanjang ramadan 2022, selain daripada ucapan selamat berpuasa, netizen di Malaysia sering kali berzikir nama Chef Ammar. Tukang masak yang berasal dari Palestin ini tidak lari dari pelbagai kontroversi dan cerita yang menarik sepanjang bulan puasa.

Jika anda mengikuti rapat cerita-cerita Chef Ammar, anda pasti tahu bagaimana masakan beliau telah menghasilkan barisan yang panjang seawal jam 2.30 petang. Semua ini disebabkan orang ramai berpusu-pusu mahu menjadikan masakan Chef Ammar sebagai juada berbuka puasa.

Disebabkan barisan panjang yang tidak pernah berkurang, timpul pula satu persoalan, agaknya berapakah yang dihasilkan oleh Chef Ammar dalam masa sehari? Kerana melalui laporan media tempatan, masakan Chef Ammar seringkali laris terjual sehingga habis.

Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok Arif Aiman, beliau berkongsi keuntungan yang dihasilkan oleh Chef Ammar dalam masa sehari.

VIDEO

 

Difahamkan Arif telah pun bertanya pekerja Chef Ammar dan beliau mengesahkan bahawa setiap hari mereka menjual 1,200 bekas untuk ayam dan 1,200 untuk kambing.

Ayam yang dijual pada harga RM25.00 dengan jualan 1,200 bekeas setiap hari telah memberi keuntungan sebanyak RM30,000.

Manakala kambing yang dijual pada harga RM50.00 dengan jualan 1,200 bekas pula telah berjaya memberi keuntungan sebanyak RM60,000.

Keuntungan Chef Ammar dalam masa sehari pula, jika ditambah kedua-dua jualan tadi adalah sebanyak RM90,000 – tanpa menolak apa-apa kos yang tersembunyi. Arif turut berkongsi kiraan sebulan keuntungan Chef Ammar yang mencecah sehingga RM2 juta.

Tidak hairan sebenarnya jika itulah harga yang berjaya diperoleh oleh Chef Ammar dalam masa sehari. Mengikut perkongsian Chef Ammar sendiri, masakan yang dihasilkan telah menggunakan rempah ratus yang berkualiti tinggi selain penjagaan rapi dari Chef Ammar sendiri.

Untuk rekod, Chef Ammar telah lama menetap di Malaysia selama lebih dari 25 tahun dan sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Beliau menjadi tumpuan masyarakat pada bulan ramadan kali ini selepas terpalit dengan beberapa kontroversi antaranya dituduh menjual makanan pada harga yang tinggi serta pernah dimarah pelanggan yang gagal mendapatkan makanan setelah beratur lama.

Chef Ammar tunai solat di tepi van.

Selagi namanya menjadi perhatian ramai apabila seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Iwan Channel merakam Chef Ammar sedang menunaikan solat di celah-celah kenderaan meskipun dalam sibuk melayan pelanggan yang ramai.

Perkara tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata percaya bahawa ini adalah rahsia kejayaan Chef Ammar.

Mereka turut meninggalkan pelbagai komen yang mengakui bahawa rezeki itu datang dari Allah S.W.T dan sebagai hamba kita perlu menjaga hubungan dengannya walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Patut la kedai sentiasa ramai

Rahsia kejayaan dunia akhirat Tahun ni rezeki digandakan

“Saya Susah, Sedih, Senang, Kaya, Isterilah Bersama Saya.” Isteri Magnet Rezeki, Rahsia Chef Ammar Berjaya

Nasi Arab hasil air tangannya dikatakan mahal terutamanya dalam bulan Ramadan mengundang pelbagai reaksi, begitupun tetap ramai yang beratur panjang demi membeli dan nasinya sentiasa habis.

Itulah yang dikatakan kalau dah rezeki takkan ke mana. Biarpun dikecam tetapi rezekinya setiap hari bertambah. itulah kalau kita ikhlas berniaga kerana Allah.

Menerusi satu perkongsian oleh puan Syahirah Omar menerusi facebooknya, di mana Chef Ammar bercerita mengenai sokongan isteri yang sentiasa ada di belakangnya.

Saya sempat menonton live Chef Ammar,

Antara yang buatkan mata saya berkaca bila dia cerita tentang isteri dia.

” Isteri saya orang melayu juga. I sayang dia.Saya turun saya naik dia bersama saya. Saya susah dia ada. Saya ada duit, dia ada. Bukan saya ada duit saya lupa dia, Tidak.

“Saya sayang dia. She’s my everything you know? Itu perempuan melayu I kahwin, hidup sayalah. Saya susah dia bersama saya. Saya senang dia bersama saya. Saya sedih dia bersama saya. Saya kaya dia bersama saya. Malam-malam dia comfort I,”

“Chef Ammar cerita Allah bagi dia rezeki, kerja, TV Show. Banyak rezeki mencurah-curah.

Jelas Syahirah lagi, berbuat baik kepada isteri antara faktor kejayaan seseorang suami.

“Sungguh Isteri ni magnet rezeki.Disebalik kejayaan seorang suami, pasti ada isteri solehah yang sentiasa berdiri teguh dibelakangnya. Jika suami baik terhadap isteri, maka mudahlah urusan suami InsyaAllah.

“Seorang isteri takkan pernah lupa mendoakan suami.Seawal pagi isteri sudah siapkan keperluan suami. Itu belum cerita lagi keperluan anak-anak, urusan rumah tangga.

Biarpun ada isteri yang tidak bekerja, namun pengorbanan mereka menjaga anak-anak dan menguruskan segala keperluan di dalam rumah memudahkan suami untuk menumpukan perhatian kepada urusan mencari rezeki.

Besar pengorbanan isteri.Banyak urusan yang isteri bantu selesaikan supaya suami tenang keluar mencari rezeki. Tak perlu lagi fikirkan hal anak-anak, makan pakai. Semua sudah tersedia.

Ada isteri yang terpaksa keluar bekerja untuk ringankan beban suami. Boleh bayangkan kepenatan seorang isteri?

Bila suami susah, isteri sentiasa disisi. Tak pernah jemu menyokong dan beri semangat saat jatuh bangun suami. Serumah sebantal, selalunya isterilah yang paling tahu segalanya tentang suami.

Justeru, usah merasa isteri dan anak-anak itu sebagai bebanan dalam hidup.

Selayaknya isterilah yang perlu dilayan dengan ikhlas dan baik sekali.Jangan sesekali rasa hidup terbeban dengan isteri dan anak-anak.

Jika hidup kita rasa sempit,

Lihatlah bagaimana kita layani isteri kita.Bila kita jaga hubungan dengan isteri dan anak-anak, buatkan mereka gembira, InsyaAllah rezeki pasti datang dengan tak disangka-sangka.

kredit: https://www.thevocket.com/, https://www.keluarga.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *