Viral

“Sukar Untuk ‘Berbintikan’ Nama Ayah Kerana..” – Anak Halim Othman Tampil Jelaskan Kenapa Namanya Berbintikan Abdullah

” Saya ikhlas dan sudah lama terima perkara ini. Perasaan malu, semuanya tidak ada. Hakikatnya, kita tidak boleh mengubah takdir Tuhan.”

Begitulah luahan pengacara dan pelakon, Myra Natasya Abdullah, 27, anak tunggal kepada pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, mengenai status dirinya berbintikan Abdullah, bukannya Halim.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Myra juga berkata, dia pertama kali bertemu dengan bapanya ketika berusia 10 tahun.

Semasa di sekolah rendah, bahagian maklumat bapa pada borang ditulis tidak berkenaan termasuk sijil kelahiran membuatkan dia tertanya-tanya.

” Apapun, pada masa itu saya sangat teruja ketika kali pertama dipertemukan dengan ayah. Keterujaannya seperti bertemu artis dan dia adalah bapa kandung saya.

” Malah, saya mempunyai banyak keinginan agar kami dapat hidup bersama sebagai sebuah keluarga.

” Apapun, saya faham ibu bapa sudah ada cara hidup masing-masing.

” Hubungan kami baik sejak berjumpa ayah dan dia juga tidak mengabaikan saya.

” Ayah sangat bertanggungjawab terhadap segala keperluan dan pendidikan saya,” katanya.

Menurut Myra, dia tidak pernah menyalahkan ibu bapanya atas semua yang terjadi.

Katanya, tidak ada orang yang mahu situasi seperti ini terjadi kepada mereka kerana tiada siapa yang mahukan penceraian.

” Sekarang ini saya rasa bebas jadi diri sendiri, tidak perlu berselindung lagi.

” Saya pun bersyukur dan gembira kerana selepas identiti saya didedahkan, begitu banyak sokongan positif diterima daripada ramai orang,” katanya.

Untuk makluman, Myra merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2019 dan pernah menjadi pengacara untuk Didik TV serta pelakon drama Republic of Gombak di TV3.

 

– Sumber & video dipetik dari Xtra, Harian Metro, TikTok@nass_man

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih.

 

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

 

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

 

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

 

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.