Uncategorized

Yusof hadir hantar Sarah ke Tanah, tapi ada perkara lain yg netizan perasan

Sepang: Kelibat pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tidak kelihatan dalam beberapa hantaran gambar yang dimuat naik isterinya, Puteri Sarah Liyana yang berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua anaknya, hari ini.

Menerusi perkongsian itu, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Melihat di ruangan Instagram Story miliknya, Sarah juga dilihat hanya mengambil foto bersama ibu mentuanya ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang.

Yusof dan isteri turut hadir menghantar Sarah ke Tanah

Sarah yang mengenakan jubah serba putih berharap pemergiannya ke Tanah Suci mendapat umrah yang mabrur.

“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka. Sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah ampunkan mereka.

“Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur,” katanya.

Ke Mekkah Tanpa Syamsul Yusoff? 

Melalui perhatian netizan, tidak nampak sebarang kelibat suami Puteri Sarah

“Syamsul x dpt hadir sbb tgh busy shooting KL Gangster 3..Korang jgn terkejut la kalau Kazar berlakon KL Gangster lepas ni..” komen seorang netizan

Sementara itu, Sarah berkata dia melantik dua peguam bagi menyelesaikan konflik yang berlaku dalam rumah tanggannya itu.
Semoga balik nanti ada keputusan gembira, InsyaAllah, tak kisahlah apa keputusan yang Allah bagi petunjuk, saya akan ikut

“Saya telah lantik dua peguam untuk selesaikan kes ini. Saya mahu menunaikan umrah dengan tenang” katanya.
Pada Ahad lalu, Sarah mendedahkan anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar menjadi punca kemelut dalam perkahwinan dia dan pengarah filem Syamsul Yusof.

Sarah berharap diberi jalan penyelesaian terbaik dalam kemelut rumah tangga.
Selain itu, Sarah juga berkata, anak-anak menjadi kekuatan untuk dia terus bertahan. Dia juga bersyukur dikelilingi orang-orang yang sentiasa memberi sokongan.

“Anak-anak sentiasa ada di sini dan mereka membuatkan saya jadi lebih kuat. Saya juga bersyukur kerana ramai yang menyokong dan mendoakan kebaikan untuk saya,” jelasnya.

Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

kredit: mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.