Viral

Pelakon Mak Wan Latah diceraikan dengan talak satu… Ini reaksi dia bila wartawan call

HARAPKAN panas sehingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Begitulah perumpaan yang dapat disimpulakan terhadap nasib yang menimpa pelakon veteran Mak Wan Latah selepas suaminya, Husain Dolah melafazkan talak satu selepas tiga bulan berkahwin.

Lafaz cerai dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plantif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

Gambar perkahwinan Mak Wan dengan Husain Dolah.

Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.

Menurut Husna pihak mereka memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.

Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

“Kes perceraian di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama.

“Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

“Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya kepada mStar.
Peguam Husna Hamdan mewakili Husain Dolah.

Sementara itu, Mak Wan yang dihubungi mStar pada awalnya mematikan panggilan dibuat, bagaimanapun seorang wanita dipercayai pembantunya kurang senang dengan pertanyaan berhubung isu itu.

Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Majlis resepsi mereka diadakan seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Ikuti laporan penuh mStar yang turut hadir membuat liputan kes berkenaan.

kredit:mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *