Uncategorized

“Saksi Nafi Dia Dan Ayahnya Terima Bayaran Utk Beri Keterangan Palsu”

Susulan kes pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella, saksi kelima yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood menafikan dirinya dibayar untuk memberi keterangan palsu di mahkamah.

Memetik laporan BH Online, dalam prosiding perbicaraan hari ini, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali mencadangkan kepada Yasmin, 19, bahawa saksi itu dan bapanya dibayar di luar mahkamah oleh kumpulan yang mendesak keadilan untuk Bella dikenali ‘Justice For Bella’.

Bagaimanapun saksi itu menjawab, ‘tidak setuju’ dengan cadangan itu, bagaimanapun Yasmin bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Bella perlu berdiri setiap hari atas arahan Siti Bainun.

Menerusi satu klip video ditayangkan di mana peguam bertanyakan soalan apakah yang dilakukan oleh Bella dan dijawab oleh saksi bahawa Bella sedang mengutip nasi serta tidak berdiri dan tidak duduk.

Dalam pada itu, Nur A’minahtul Mardiah seterusnya mencadangkan bahawa ia boleh menyebabkan Bella mengalami ‘inflammation’ atau keradangan di lutut serta kaki tidak boleh bergerak.

Bagaimanapun, saksi yang tidak berpuas hati dengan soalan peguam itu, hanya menjawab ‘tidak pasti’.

Dalam prosiding hari ini juga, mahkamah menayangkan satu klip video memaparkan ketika mula-mula Bella ditemui oleh pengadu kes iaitu saksi pertama pendakwaan, Zurianty Sudin, di mana wartawan dan orang awam tidak dibenarkan berada dalam mahkamah.

Nur A’minahtul Mardiah memohon mahkamah hanya hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan dibenarkan menontonnya kerana Bella adalah remaja bawah umur dan dilindungi, dan permohonan itu dibenarkan oleh Hakim Izralizam Sanusi.

Selepas tayangan video itu, peguam bertanyakan kepada saksi sama ada Bella ada menyebut nama Siti Bainun, dalam klip video berkenaan, yang dijawab saksi, ‘tidak’.

Yasmin kemudian bersetuju dengan cadangan peguam bela bahawa dalam rakaman itu wanita yang dipanggil ‘mommy’ (saksi pendakwaan pertama) ada bertanyakan kepada Bella siapa mengikatnya (mangsa), yang dijawab remaja itu, ‘Shomin’.

Ketika menjawab soalan peguam bela sebelum ini, Yasmin mengesahkan bahawa Bella memanggilnya dengan gelaran ‘Shomin’.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SUMBER : BH (Faris Fuad), Redaksi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Allahu…. Video Klip Bella Ditemui Dalam Keadaan Luka Ditujukkan.

KUALA LUMPUR – Video tular kanak-kanak Sindrom Down Bella ditemui di sebuah kondominium pada 24 Jun tahun lalu yang dirakam oleh saksi pendakwaan pertama ditayangkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Bagaimanapun peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor memohon galeri awam dikosongkan dan hanya hakim, pendakwaan dan pembelaan dibenarkan memandangkan Bella merupakan kanak-kanak bawah umur dan dilindungi.

Hakim Izralizam Sanusi kemudian membenarkan permohonan peguam yang kemudian galeri awam itu dikosongkan.

Sejurus selepas prosiding bermula, melalui rakaman video, peguam itu bertanya kepada saksi itu Yasmin Nahar Mahmood, adakah di dalam video tersebut Bella ada menyebut nama Siti Bainun, saksi itu berkata ‘tidak’.

“Dalam video itu, Mommy (saksi pendakwaan pertama Zurianty Sudin) ada bertanya kepada Bella siapa ikat dan Bella mengatakan ‘Shomin’.(Yasmin) Betul? ” tanya peguam itu, Saksi itu mengatakan ‘betul’.

Dalam prosiding sebelum ini Yasmin mengesahkan panggilan Bella kepadanya adalah Shomin.

Dalam prosiding lalu, Zurianty yang juga rakan baik Siti Bainun, menafikan rakaman video yang diambil itu untuk ‘leak’ (bocor) atau disebarkan dalam media sosial selain untuk mendapatkan perhatian umum.

Zurianty turut mengakui bahawa dua laporan polis dibuat masing-masing pada 24 Jun dan 1 Julai 2021 bertujuan supaya Siti Bainun ditangkap selain bersetuju dengan cadangan peguam, dia menulis ‘hari -hari’ di laman sosial Facebook ‘counting days’ (menghitung hari berhubung kes Bella).

Siasat kes penderaan Bella secara menyeluruh

Terdahulu dalam prosiding sama saksi pendakwaan kelima itu menafikan bahawa segala keterangan yang diberikan kepada mahkamah adalah untuk ‘mengenakan’ Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali supaya dimasukkan dalam penjara.

Yasmin Nahar Mahmood, 19, turut menafikan bahawa semua keterangannya adalah palsu selain dia dan ayahnya telah dibayar.

Ketika ditanya soalan cadangan peguam Nur A’minahtul Mardiah Md. Nor bahawa saksi itu menipu sejak hari pertama memberi keterangan, saksi itu tidak bersetuju.

“Saya cadangkan Yasmin menipu dari hari pertama, supaya Bainun dimasukkan penjara? Yasmin setuju?, soal peguam, saksi itu berkata ‘tidak setuju’.

1,280 biji cili disumbat dalam mulut Bella

Dalam pada itu, semasa prosiding peguam turut menyanggah keterangan saksi tersebut yang mengatakan lutut Bella telah dipijak oleh Siti Bainun.

“Dalam laporan perubatan doktor mengesahkan lutut Bella tidak patah, berat Siti Bainun 150 kilogram (kg), saya cadangkan ini penipuan ke – 26 Yasmin,” kata peguam itu lagi dan saksi mengatakan ‘tidak setuju’.

Perbicaraan bersambung lagi petang ini – KOSMO! ONLINE

Saksi akui rakam video Bella cedera

KUALA LUMPUR – Saksi dalam kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down mengakui bahawa dia merupakan individu yang merakam video kecederaan Bella di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini pada Jun tahun lalu.

Saya senyap bukan bermakna tak buat apa-apa” – Aktivis Syed Azmi tuntut keadilan untuk Bella - Viral | mStar

Bagaimanapun, saksi pendakwaan pertama itu Zurianty Sudin, 39, yang juga rakan baik Siti Bainun, menafikan rakaman video yang diambil itu untuk ‘leak’ (bocor) atau disebarkan dalam media sosial selain untuk mendapatkan perhatian umum.

Ketika pemeriksaan balas cadangan peguam Asiah Abd. Jalil adakah hanya saksi itu yang merakam video tersebut, saksi itu bersetuju dengan cadangan soalan itu.

Dalam prosiding sama, Zurianty turut mengakui bahawa dua laporan polis dibuat masing-masing pada 24 Jun dan 1 Julai 2021 bertujuan supaya Siti Bainun ditangkap selain bersetuju dengan cadangan peguam, dia menulis ‘hari -hari’ di laman sosial Facebook ‘counting days’ (menghitung hari berhubung kes Bella).

Dalam pada itu, saksi turut mengatakan bahawa dia tidak berasa ‘apa-apa’ selepas mengetahui reman Siti Bainun ditolak selepas wanita itu ditangkap pada 15 Julai tahun lalu (2021).

“Saya tidak berasa apa-apa kerana anggap itu adalah prosedur biasa,” katanya ketika menjawab soalan peguam berhubung perasaanya selepas mengetahui reman Siti Bainun ditolak.

Siti Bainun ordered me to bite Bella's tummy.”: Witness

Dalam prosiding sama, saksi itu tidak bersetuju terhadap dua soalan balas peguam terbabit yang mencadangkan bahawa dia mewujudkan cerita terdapat kes dera dan mengajar penghuni di Rumah Bonda membuat laporan polis sebagai ‘Plan B’ supaya Siti Bainun ditangkap.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria.

Perbicaraan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung lagi Isnin ini.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun, 30, didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari sehingga Jun tahun 2021, yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum dibawah seksyen sama.

Sumber : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *