Viral

Demam nasi Arab Cef Ammar, sampai ada sanggup ambil tempahan ke Johor

BIARPUN dihimpit dengan kontroversi membabitkan harga yang kononnya ‘cekik darah’, namun nasi masakan Cef Ammar terus laris.

Nasi Mandy tersebut masih menjadi pilihan orang ramai untuk dibeli sehinggakan ada yang sanggup beratur lama semata-mata ingin membeli juadah viral ini.

Malah, terdapat juga individu yang sanggup membeli nasi arab tersebut daripada ‘reseller’ meskipun ia dibeli dengan harga yang lebih mahal berbanding harga yang dijual Cef Ammar.

Bayangkan harga yang dijual ‘reseller’ tersebut adalah sebanyak RM65 berbanding RM50 yang dijual Cef Ammar.

Tidak cukup dengan itu, jualan nasi Arab itu bukan saja berlegar di kawasan lembah Klang semata-mata, malah telah memasuki negeri jauh termasuk Johor.

 

 

“Lebih 10 Tak Boleh” – Terpaksa Beratur Panjang, Ada Yg Tegur Cef Ammar Hadkan Jualan? Bimbang Kalau…

Selepas kecoh dengan dakwaan menjual makanan dengan harga mahal, Cef Ammar sekali lagu mencuri tumpuan.

Berbezanya kali ini, isu yang dibangkitkan adalah kuantiti makanan yang perlu dijual buat pelanggan.

Isu tersebut muncul apabila seorang lelaki menegur Cef Ammar supaya tidak menjual makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

Ini kerana, dikhuatiri orang ramai yang beratur lama di belakang tidak dapat merasai nasi arab premium berkenaan.

“Lebih 10 tak boleh, you kena bagi peluang dekat yang lain-lain juga,” kata individu tersebut menerusi sebuah video yang tular.

Pun begitu, menerusi ruang komen, kebanyakan netizen dilihat tidak bersetuju dengan teguran berkenaan.

Dakwa mereka, Cef Ammar berniaga dan bukannya mengagihkan bantuan makanan.

Oleh itu, setiap pelanggan mempunyai hak untuk membeli berapa saja kuantiti dikehendaki.

“Cef bagi je lah senduk tu, suruh diorang masak sendiri, banyak eh complain itu ini”.

“Kedai dia suka hati dia lah”.

“Jual banyak pun jadi isu, siapa cepat dia dapat la bang,” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, Cef Ammar menerusi satu sesi live di TikTok menerangkan mengapa juadah jualannya mungkin mahal berbanding peniaga yang lain.

Menurut Cef Ammar, setiap bahan yang digunakan untuk memasak nasi arab adalah bahan yang premium dan berkualiti tinggi.

Saiz lamb shank juga menjadi keutamaan buat Cef Ammar supaya pembeli puas untuk makan. Jadi setiap lamb shank perlu lulus piawaian yang ditetapkan oleh Cef Ammar.

Cef Ammar turut berkata, kebersihan dan keikhlasan adalah keutamaan ketika menyediakan juadah.

Sumber: gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.