Viral

Selepas Netizen Kecam Barisan Peguam Siti Bainun Kerana Bergambar Siap Mini Love, Ini Yg Terjadi Kepada Akaun Media Sosial Salah Seorang Peguam

Nama Siti Bainun sedang ‘meletup’ dan sohor kini di media sosial manakala peguamnya pula dikecam warganet ekoran kes de ra dialami remaja perempuan Sind rom Down yang dikenali sebagai Bella.

Hampir 14,000 ciapan di Twitter dan kira-kira 42,000 orang di Facebook memperkatakan tentang pengasas Rumah Bonda itu setakat jam 4.15 petang tadi.

Orang ramai rata-ratanya mengkritik Siti Bainun Ahd Razali, 30, susulan pendedahan demi pendedahan di mahkamah berhubung nasib dialami Bella termasuk dicili, dijirus dengan air panas dan diikat.

Orang ramai lebih tertumpu kepada sekeping foto dimuat naik Hafidzah yang memaparkan Siti Bainun bergambar bersama barisan peguamnya.

Meninjau ke ruangan komen, ciapan diulang kicau lebih 8,000 kali itu dihujani hampir semua komen negatif netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati melihat barisan peguam tersebut ‘membela’ kes Siti Bainun.

Malah, netizen berpendapat bahawa wajah masing-masing dilihat gembira sekali gus mengenang kesakitan dan penderitaan dialami Bella akibat didera.

Akaun FB Peguam Hafidzah Hassan Penuh Kecaman Netizen

Ceritera Hafidzah Hassan luar mahkamah | Sinar Harian

Selepas peguam Hafidzah Hassan yang mewakili Siti Bainun memuat naik gambar tersebut ianya terus menjadi tempat kecaman netizen.

Dalam masa satu hari, beribu komen masuk dan hampir 900 perkongsian telah dibuat netizen.

Berikut adalah beberapa komen netizen di posting peguam tersebut.

“Hebat,jaga NGO tapi dapat bayar peguam ramai-ramai. Semoga Allah uji puan setimpal dengan apa yang Bella terima. Amin”

“Saya rasa, puan lawyer salah pilih side kali ni. Menang atau kalah kes Adik Bella, rakyat Malaysia tetap teguh bersama dia. Dan sesiapa dengan sengaja cuba menutup keadilan buat adik Bella, tunggulah kemarahan netizen”

“Semoga Allah laknat si pelaku & semua yg bersubahat dgn kes penderaan ni. Sama2 kita lakukan solat hajat ,semoga kemenangan di pihak Bella. Ingat ye,Allah tak pernah tidur. Sekali Allah tak izinkan,lidah pun boleh kelu”

Sumber : K! Online / OMM / FB Hafidzah Hassan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE,

KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.