Viral

“Kalau Korang Kena Sepak Trajang…. “Status IG ibu Ainul Mardhiah Cetus Tanda Tanya Netizen.

Sebuah posting dimuat naik ibu kepada kanak-kanak yang menghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani Zaidi di laman Instagram menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Posting tersebut memaparkan foto Nurul Erwani bersama anaknya yang berusia empat tahun itu berserta kapsyen menitipkan kata-kata nasihat apabila dewasa kelak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

 

“Will always love you Ainul Mardhiah, Mama bukan yang terbaik untuk Ainul. Tapi mama yakin, bila Ainul dah besar nanti Ainul akan jadi seorang yang sangat lemah lembut…
“…baik pada semua orang dan paling penting Ainul akan disayangi ramai orang. Jaga diri baik-baik Ainul Mardhiah kesayangan mama!,” tulis wanita berusia 27 tahun itu.

Lebih mengundang perhatian pengikut apabila terdapat dua InstaStory dimuat naik Nurul Erwani seolah-olah menggambarkan seperti terjadi sesuatu yang tidak dinyatakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

InstaStory berkenaan memperlihatkan ibu kepada dua cahaya mata itu bertanya apa tindakan perlu dilakukan seorang isteri sekiranya dikasari oleh suami.
Kalau korang kena sepak terajang, tinggal atau ‘stay’ dan reda?

Emoji ‘patah hati’

Menerusi ruangan komen, ramai menunjukkan rasa prihatin dengan bertanya sama ada Nurul Erwani berada dalam keadaan baik selain mempersoalkan jika kapsyen foto itu mempunyai kaitan dengan InstaStory dikongsi.

Apa yang terjadi? Moga baik2 saja

Macam ada masalah, harap bersabar

Bincang elok2, anak2 masih kecil lagi

Untuk info pada 2019, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri sekali gus membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Selepas 3 tahun buang tumor, Ainul Mardhiah bersua lagi dengan Dr Amalina
Selepas tiga tahun ‘berpisah’, kanak-kanak yang pernah menderita kanser ‘germ cell tumor’ di bahagian mulut Ainul Mardhiah kembali bertemu dengan pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri.

Menerusi satu posting di Instagram, ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi dilihat bergambar bersama anak sulungnya itu serta Dr Amalina di sebuah restoran di ibu negara sehingga mengundang perhatian netizen.
Ainul Mardhiah dengan Dr Amalina!
Difahamkan, kali terakhir mereka bertemu adalah pada 2019 ketika kanak-kanak tersebut selamat menjalani pembedahan oleh sepasukan doktor pakar di London, United Kingdom (UK).

Dr Amalina yang turut berkhidmat di UK menjadi antara orang terpenting dalam kisah kehidupan Ainul kerana bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan pembedahan berkenaan.

Menerusi satu posting di Instagram, ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi dilihat bergambar bersama anak sulungnya itu serta Dr Amalina di sebuah restoran di ibu negara sehingga mengundang perhatian netizen.
Ainul Mardhiah dengan Dr Amalina!
Difahamkan, kali terakhir mereka bertemu adalah pada 2019 ketika kanak-kanak tersebut selamat menjalani pembedahan oleh sepasukan doktor pakar di London, United Kingdom (UK).

Dr Amalina yang turut berkhidmat di UK menjadi antara orang terpenting dalam kisah kehidupan Ainul kerana bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan pembedahan berkenaan.

Posting tersebut menerima lebih 12,000 tanda suka selain ratusan komen netizen yang gembira melihat pertemuan itu apatah lagi Ainul dilihat semakin membesar dengan sihat.


Sebak pula tengok!

Akhirnya Dr Amalina kat Malaysia

Untungnya dia, doktor sayang…

Moga2 Ainul pun jadi doktor

Dr Amalina dan suaminya, Alexander Charles kini berada di tanah air sekali gus pulang ke kampung halaman yang terletak di Johor Bahru selepas menjalani kuarantin menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB).

Sumber: Instagram Nurul Erwani Zaidi, ohmymedia.cc

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.