Viral

Himpunan Cerita Viral Netizen Di Bazar Ramadhan Sepanjang Minggu…

“Siakap bakar size sederhana dijual rm40”- Peniaga bazar Ramadan jangan ani4y4 pembeli

 

TAHUN ini, Merak Jalanan tidak ketinggalan membeli juadah di bazar Ramadan. Maklum saja, sudah dua tahun tidak berkesempatan menikmati suasana tersebut disebabkan pandemik Covid-19.

Jika dua tahun lalu iaitu sebelum pandemik melanda, menu wajib Merak Jalanan beli di bazar Ramadan ialah ikan atau ayam bakar, kuih-muih, roti john, air kelapa, manakala satu lauk untuk hidangan pada waktu sahur nanti.

Bawa RM50 sudah cukup untuk hidangan sekeluarga.

 

Tapi Ramadan kali ini agak berbeza apabila dengan wang RM50, Merak Jalanan tidak lagi dapat beli hidangan semewah itu.

Merak Jalanan terkejut mendapati penjual ikan bakar menjual ikan siakap bersaiz sederhana dengan harga RM40. Jika saiz besar sikit, boleh cecah RM50. Ikan saiz kecil tidak pula dijualnya.

Merak Jalanan tahu, harga bahan mentah yang melambung menyebabkan peniaga menaikkan harga makanan yang dijual. Tapi ada pihak mendakwa, punca kenaikan harga mentah disebabkan pengeluar atau pemborong mengenakan caj tambahan seperti pengangkutan kepada peniaga dan akhirnya kos tersebut terpaksa ditanggung pembeli.

Sebab itu, ada peniaga terpaksa menjual ayam sehingga RM10 iaitu melebihi harga maksima RM8.90 yang ditetapkan kerajaan. Peniaga tidak ada cara lain selain menaikkan harga.

Tidak pasti sampai bila masalah rantaian ekonomi yang sudah lama berlarutan, akan selesai. Isu sama masih kedengaran, namun masih tiada penyelesaian efektif dapat dilakukan kerajaan.

Bila berkunjung ke bazar Ramadan, barulah Merak Jalanan sedar wang kita ketika ini tidak sama lagi nilainya berbanding dua tahun lepas. Bawa RM50 belum tentu cukup untuk membawa pulang hidangan untuk keluarga.

sumber : sinar harian

artikel selanjutnya

 

Peniaga bazar Ramadan jangan aniaya pembeli

JEJAKKAN kaki ke bazar Ramadan dalam fasa peralihan ke endemik merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan.

Mana tidaknya, sudah dua tahun rakyat melalui pandemik Covid-19 hingga mengorbankan lebih 35,280 nyawa dan kini tiba masanya rakyat perlu ‘bergembira’ untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Melihat suasana di bazar Ramadan, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli juadah berbuka puasa termasuklah penulis.

Hidangan pelbagai jenis juadah, aroma ayam golek bukan main menusuk hidung, kuih muih beraneka rasa, deretan balang air bermacam-macam jenis dan warna, membuatkan penulis telan air liur.

Ikutkan nafsu mahu beli semua tapi fikirkan akan berlaku pembaziran, hasrat terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, ada terdengar cerita kurang enak sampai di telinga penulis apabila beberapa pembeli mengeluh juadah yang dibeli di bazar Ramadan terlalu mahal selain kurang enak tatkala dijamah.

Ada juga ayam masak merah yang dibeli untuk juadah berbuka itu telah basi dan didakwa peniaga ‘recycle’ ayam goreng untuk dijual semula pada keesokan harinya hingga pembeli mengalami keracunan makanan.

Perkara sama juga berlaku di Kuala Terengganu, di mana dua adik beradik telah cirit-birit selepas dikatakan makan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan.

Akibatnya, mereka dihantar ke zon merah Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) namun keadaannya dikatakan telah stabil.

Terdapat pelbagai bahaya menanti sekiranya seseorang itu termakan makanan yang sudah basi dan tercemar dengan bakteria seperti salmonella.

Pengalaman penulis membeli kuih di bazar Ramadan juga menghampakan apabila peniaga telah ‘scam’ penulis dengan menjual popia berintikan taugeh yang sudah rosak.

Harga pula RM5, dalam bekas terdapat lima biji kuih popia dengan saiz kecil. Kalau beginilah sikap peniaga, ibarat kata netizen, boleh pergi umrah balik hari.

Tetapi penulis tekankan, tak semua peniaga berbuat demikian, hanya segelintir sahaja.
Bila menyentuh soal harga barang, kerajaan mengakui agak sukar untuk mengawal harga makanan yang telah dimasak berbanding barangan mentah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan menyatakan tiada garis panduan berhubung perkara itu setakat ini.

Beliau berkata, kerajaan menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan.

SHAH ALAM 17 MEI 2018. Peniaga Nasi Lauk Negeri Sembilan, Sharif Abdullah Sanik 38 (kiri) melayan pengunjung yang hadir untuk mendapatkan juadah berbuka puasa pada hari pertama puasa ketika berniaga di Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

Walaupun begitu, peniaga tidak boleh mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati dan jangan ambil peluang mengaut keuntungan yang tidak berpatutan hingga merugikan pembeli terutama apabila menerima makanan sudah basi dan rosak.

Peniaga atau penjual perlu mengambil kira keberkatan Ramadan, di mana penjual wajib berlaku jujur dalam urusan jual beli.

Bila menyentuh isu kebersihan juadah di bazar, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dikatakan akan membuat pensampelan makanan terutama ke atas makanan berisiko tinggi menyebabkan keracunan bagi menjamin keselamatan makanan kepada pembeli.

Perkara ini sebenarnya ditekankan oleh JKNS, namun peniaga tidak mengambil cakna sebaliknya lebih mencari keuntungan semata-mata.

Tindakan itu sudah tentu tidak wajar dan ia amalan tidak sihat dalam perniagaan sekali gus menjejaskan peniaga lain.

Dalam usaha melariskan jualan dan mengejar keuntungan, peniaga tidak harus menipu atau menganiaya orang ramai.

Sememangnya, kebenaran membuka bazar Ramadan di seluruh negara sedikit sebanyak dapat membantu peniaga yang terjejas pendapatan sebelum ini bangkit semula tetapi biar berpada.

Nasihat kepada pembeli, lebih berhati-hati ketika membeli juadah yang dijual sepanjang Ramadan bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan dan kena scam.

Penulis ingatkan kepada peniaga, berlaku jujurlah dalam jual beli agar keuntungan itu bukan sahaja dinikmati di dunia ini tetapi dirasai juga di akhirat nanti kerana tiada siapa tahu, mungkin tahun ini Ramadan terakhir buat diri kita.

sumber : sinar harian

Wanita Ini Tertarik Dengan Nasi Briyani Daging Dekat Bazar Ramadan Apabila Nampak Daging Dia Besar, Apabila Dia Buka Nak Makan Dia Terdiam Sekejap Sampai Beribu Orang Masuk Komen

Kepelbagaian menu yang dijual di bazar Ramadan membuat kan ramai pembeli rambang mata dan kadang kala berlakunya pembaziran yang melampau. Bagaimanapun timbul skeptikal dalam kalangan pembeli berikutan beberapa kali menjadi mangsa kepada penjual yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi luahan seorang wanita dikenali sebagai Ctea ZHafiz, menceritakan suaminya membeli nasi briyani daging dengan harga RM12. Bagai mana pun, daging yang diberikan menerusi set nasi tersebut lain daripada kebiasaan.

Allahu…smlm hb bli nasi briyani daging Rm12.. xtaulah ada menu baru ke atau kna scam… bg daging 3 ketul bulat2 besar, tgk mcm pelik, skali mkn..jengg itu adalah daging kisar yg dikepal2…ko rase….

xpe lg mkn la jg..Allah…sedih sungguh dgg n kuah tu dh masam….dgg pn mcm xmasak btul…rse nk pg blk bazar n lumur kt muka pnjual…sabar2…

Yg peliknya mcmna dia blh niaga hari2…xkn xde org komplen…kt mna ye nk report kes mcmni…geram sgguh…

Mengulas lebih lanjut, wanita ini mendakwa rasa daging dan kuah ter sebut adalah masam dan dia ketika itu seolah olah mahu memulangkan semula menu ter sebut kepada peniaga berkenaan.

Tak apa lagi makan la juga. Allah sedih sungguh daging dengan kuah tu masam. Daging pun macam tak masak betul. Rasa nak pergi balik bazar dan lumur dekat muka penjual. Sabar-sabar.

Yang pelik nya macam mana dia boleh berniaga hari hari. Tak ada orang complain, dekat mana ye nak rep0rt kes macam ini? Geram sungguh.

Resp0n netizen

 

Pergi La Balik GERAI DIA.. Bgtahu.. Makanan Dia Tak Elok.. Jangan Kerana GERAI Satu NI.. Boleh Menutup Semua Rezeki Peniaga Bazar Ramadhan.. Macam Taufufa Yg Basi Tu.. Beli Kat Kebudayaan.. Tapi Yang Kena Tempias Nya.. Kemuliaan.. Kesian Peniaga2..

Daging Kisar Yg Dikepal Lagi Mahal Tuan,Sbb Dagingnya Padat,Xcaya Cuba Buat..Tp Bagus Idea Peniaga Tu,Dia Cipta Menu Baru..

Beli Nasi Beriani Kg Melayu Kat Bazar Majidee.. Tepi Jalan Tebrau.. Rm15 Daging.. Daging Dpt Seketul.. Mula Tgok Sikit Nya.. Bila Mkn Ngam Plk Abis Nasi.. Sedap Mmg Sedap

Niaga Nk Cpt Naik Haji Tu…Xpikir Halal Haram…Klo Dh Niaga Tp Dah Rosak Dlm Islam Dah Jatuh Haram Tidak Menepati Shariah Islam…Dalam Perniagaan Islam Jual Beli Mstilah Yg Baik Xrosak…Kkdg Org Selalu Pandang Perbankkan Islam Ni Bunga Dan Riba’ Tp Org Xperasan Dalam Perniagaan Dlm Makanan Pun Blh Jgk Dtg Nye Haram Kalo Salah Konsep….

Pergi Je Sis Lumur Kt Muka Penjual Tu Biar Semua Org Tengok Dan Biar Semua Org Tahu Betapa Peniaga Mcm Ni Layak Nya Mcm Tu Je.. Keracunan Boleh Bawa Maut .Jgn Sembang Pasal Aib Ke Apa Perbuatan Tu Membahayakan Org Lain.

Rasa nak lumur di muka penjual', lagi luahan kecewa pembeli bazar Ramadan

Pada Pendapat Sy…Sblm Membeli…Cubalah Tanya Peniaga Tersebut…Sudah Lama Berniaga…Dimana?, Klu Tanya Pun Dalam Sebulan Tu Sekali Jer. Yang Paling Senang Belilah Pada Peniaga Yang Kita Sudah Kenal

Xsenonoh..Sy Pun Dah Kena Ramadan Ke5 Aritu,Bazar Yg Sama Tt Kena Beli Ayam Goreng Cheese Ayam Dh Busuk,Baru Segigit Tak Telan Lidah Terus Gatal2,Nasib Baik Bukan Anak Yg Mkn Dulu,Budak Mana Tau Ayam Tu Elok Ke Tak..Nak Niaga Niaga La Betul2,Nyusahkan Org..

Daging Tu Daging Kisar Buat Bulat2 Tu Tak Ada Masalah.. Maybe Dia Nak Buat Lain Dari Lain.. Tpi Pastikan La Masak Betul & Lauk Masih Elok Untuk Dimakan Sampai Berbuka..Pergi Aja Kedai Tu Tegur..Lepas Tu Jangan Beli Dah.. Kalau Nak Beli Tunggu Lagi Seminggu Kot Dia Nak Berubah.. Kalau X Berubah Juga Memang Jenis Tak Makan Teguran

Minced Beef (Daging Kisar) (500gram) – HalalMart SG

Aku Pon Terkena Ptg Td..Ank Nk Mkn Beriani Sahab Yg Sbelah Mama Chop Papa Grill Tu..Aym Merah2 Sketul Dlm Tu Rencah Lain X De Tp Harge 12 Hengget Jgk..Ape Lah Dorang Ni..

Sy Memng X Selera Klau Makan Daging Warna Camtu… Rasa Cam Makan Daging Mentah… Pngalaman Mak Sy.. Mak Sy Pulangkn Balk Makanan Tu & Minta Pulangkn Duit

Menerusi ruangan k0men. rata-rata netizen turut geram dengan nasib yang menimpa wanita ini dan mereka turut mencadang kan supaya masak sendiri di rumah bagi mengelakkan daripada ditipu oleh peniaga yang tidak ber tanggungjawab.

Sumber: Ctea ZHafiz via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official via OB

 

Kakak Ini Beli MeeDan S0tong Untuk Brbuka, Trkejut Ada Benda Brgerak BuatDia Trkilan

Putrajaya – Bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan sudah tentu menjadi tarikan utama orang ramai untuk membeli juadah berbuka sepanjang bulan mulia ini.

Namun di sebalik kemeriahan itu, timbul beberapa i.su seperti puding berbuih yang menjadi punca kerac.unan makanan serta pertikaian harga nasi Arab hasil air tangan Cef Ammar Ali.

Pada Khamis, muncul pula satu video tular melibatkan penemuan ulat dalam makanan yang dibeli di Bazar Ramadan Putrajaya.

Ada Benda Bergerak Masa Nak Berbuka

Menurut pemilik akaun TikTok M.exsimustakasima33, dia mend.akwa membeli sebungkus mi goreng ketika berkunjung ke gerai Mee Tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya.

Namun apa yang mengejutkan, dia menemui beberapa ekor ulat di dalam hidangan itu ketika hendak berbuka puasa pada hari keja.dian.

“Assalamualaikum, tadi aku dah call Perbadanan Putrajaya PPj dan aku dah masuk w.ebsite dia. Sebab semalam ada satu keja.dian selepas aku pergi kedai paling v.iral iaitu Mee Tonggek.

“So kau tengok Mee Tonggek ni, v.iral tau, sebab kau tengok, dia orang ramai pekerja dan ramai pembeli. P.ortion dia besar-besar tapi disebabkan ramai pekerja, dia sm.ooth la, line tu sm.ooth.

“Po.rtion dia banyak, dan aku beli satu juadah, aku tak nak membazir. Aku minta cili lebih lagi. Kau tengok sotong dia sebesar alam, panas-panas weh tak tipu.

“Pukul 5.20 aku kat sana. Harga RM 30. Ada ulat. Kalau RM 30 tak sedap aku boleh terima. RM 30 kau dapat ulat, nak berbuka puasa.

“Kepada Perbadanan Putrajaya, tolong check kedai, kesian pengguna yang lain kesian kat budak-budak kalau makan. Nasib baik aku pasang lampu terang. Tengok-tengok ada ulat,” ujar pemilik video itu.

Video itu yang dikongsi ke aplikasi TikTok pada Khamis meraih lebih 3.6 j.uta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Ekoran tular k.es berkenaan, PPj turut mengeluarkan satu kenyataan dan memaklumkan pihaknya sudah mengambil t.indakan ke atas gerai tersebut.

“Susulan daripada tular video berhubung keadaan kebersihan makanan di gerai bazar Ramadan Putrajaya, Bahagian Kesihatan Persekitaran Perbadanan Putrajaya telah membuat pemantauan dan pemeriksaan rapi di keseluruhan kawasan dan gerai Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3.

“Ia termasuk gerai yang terlibat dengan i.su kebersihan seperti yang v.iral di laman sosial media. PPj mengeluarkan notis amaran dibawah UUK 30, U.ndang-U.ndang Kecil Pelesenan Penjaja WP Putrajaya 2016 bers.abit dengan kes.alahan di mana pemegang lesen gagal memastikan kawasan tapak menjaja dalam keadaan bersih,” ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, netizen turut memberikan pandangan masing-masing berkaitan k.es tular berkenaan.

Selain menggesa peniaga bazar Ramadan menjaga kebersihan serta mutu makanan, ada yang turut membuat spekulasi kononnya k.es tersebut ada kaitan dengan unsur m.istik.

“Kadang-kadang masa beli kau tengok semua okey. Lepas balik ada ulat. S.ihir kedai pun boleh jadi.

“Kalau dia dah lama berniaga dan tiada m.asalah, tiba-tiba berulat kali ni macam pelik pula.

“Macam mana makanan panas-panas boleh ada ulat ek?. Saya rasa ulat tu dalam sotong. Mungkin ulat tu daripada cili jeruk,” tulis beberapa netizen.

Kredit : Mstar/FB

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

SHAH ALAM – “Saya tidak paksa sesiapa untuk beli. Berbelanjalah ikut kemampuan, tapi apa yang buat saya sedih dan sakit hati ialah bila mereka cakap orang Palestin jual makanan harga Tel Aviv (mahal).”

Demikian luahan hati Chef Ammar Al-Ali atau dikenali sebagai Chef Ammar yang tersinggung dengan kata-kata warganet yang melabel warga Palestin tersebut menjual makanan Tel Aviv atau dimaksudkan sebagai terlampau mahal di Malaysia.

Beliau ketika ditemui oleh Sinar Harian di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini berkata, walaupun terjejas dengan kenaikan harga barang mentah, pihaknya cuba menawarkan harga kompetitif.

Ammar berkata, harga salah satu hidangan popularnya iaitu Nasi Arab lauk betis kambing (lamb shank) naik sebanyak seringgit menjadi RM50 berbanding harga RM49 pada tahun lalu.

“Kita nak jual makanan, cuma lebihkan seringgit sahaja selepas ia dikurangkan daripada harga asal iaitu RM53. Selebihnya saya terpaksa tanggung (kos) kerana semua barang naik harga sebab saya nak beri semua orang merasa.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerai jualannya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, Ammar memaklumkan banyak pihak menyebelahinya berbanding kecaman yang diterima oleh setelah videonya memarahi warganet rentetan dilabel menjual juadah pada harga mahal.

Ammar ketika ditemui di gerainya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini pada Ahad.

Beliau turut meminta agar rakyat Malaysia berhenti menggunakan frasa ‘harga Yahudi’ untuk menggambarkan harga sesebuah barangan dan menggantikannya dengan perkataan yang lebih sesuai.

“Saya harap kita boleh boikot frasa ‘harga Yahudi’, ini bukan budaya kita, bukan budaya orang Malaysia. Mungkin boleh gunakan frasa ‘harga mahal gila’ atau ‘terlalu mahal’, tak perlu sebut harga Yahudi kerana saya orang Palestin.

“Jadi bila mereka cakap begitu, hati saya kecewa. Saya manusia juga, ada hati dan perasaan. Kalau mereka cakap begitu, adakah saya tidak terasa?

“Orang Malaysia sayang orang Palestin, tapi ada yang suka gunakan provokasi untuk burukkan keadaan. Saya sudah tinggal di Malaysia sejak tahun 1985. Saya sayang Malaysia kerana rakyat di sini pun sayangkan kami (warga Palestin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sinar Harian turut membuat tinjauan di hadapan gerai Ammar dan mendapati pengunjung masih beratur panjang untuk mendapatkan juadahnya walaupun harga makanan tersebut dikatakan mahal.

Hasil tinjauan turut mendapati orang ramai sanggup berbaris selama satu jam 30 minit untuk membeli juadah di gerai tersebut.

Sumber: Sinarharian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.