Setiap perkembangan berhubung kes remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, sentiasa menjadi perhatian netizen di laman sosial.
Perbicaraan kes yang kini berlangsung memaparkan pelbagai berita dilaporkan antara Siti Bainun dan remaja berusia 13 tahun itu bagi menuntut keadilan sewajarnya.
Tidak terkecuali, salah seorang peguam yang mewakili Siti Bainun, Hafidzah Hassan, berkongsi ‘cross examination’ (transkrip soal balas) ke atas saksi pendakwaan kelima melalui satu ciapan di media sosial Twitter.
Sebahagian cross examination oleh peguam siti bainun kepada Saksi pendakwaan kelima.
THREAD pic.twitter.com/BZyxAEEuGn
— HafidzahHassan (@hafidzahhassan1) April 14, 2022
Walaubagaimanapun, orang ramai lebih tertumpu kepada sekeping gambar yang dimuat naik Hafidzah menunjukkan Siti Bainun bergambar bersama barisan peguamnya.
Jika dilihat di ruangan komen, ciapan yang diulang kicau lebih 8,000 kali itu telah dihujani dengan hampir semua komen negatif daripada netizen yang tidak senang hati melihat barisan peguam itu ‘mempertahankan’ kes Siti Bainun.
Malah, netizen berpendapat wajah mereka kelihatan ceria, sekali gus mengenang kesakitan dan penderitaan yang dialami Bella akibat didera.
Nak tahu identiti 9 peguam lain
Boleh posing buat ‘peace’, padahal Bella bernanah…
Bangga dapat bela si pendera?
Betul la kata Fynn Jamal, susah kes ni nak menang
Motif buat ciapan ni? Bella dah cukup azab
Tak belajar etika perundangan, kurang sensitiviti?
Bahana peguam muslim yang tidak pernah belajar tentang Adabūl Qadha' (Etika Perundangan) menurut perspektif Shariah, kurang nya sensitiviti terhadap konsep ;
1. من مشى مع خصمه وهو له ظالم فهو آثم حتى يرجع إلى الحق.
2. أنّ حكم الحاكم لا يحلّ له الحرام.#keadilanbuatadikbella https://t.co/AUbJ3T5rjO
— عِزّ الأزهري (Izz) (@izzalazhary) April 14, 2022
Berfoto dengan pendera, buat simbol mini ‘love and peace’
Saya faham tugas peguam. Wakili klien, abaikan pendirian peribadi. Tapi kalau sampai pose bergambar dengan alleged abuser siap simbol mini love & peace, tak tau nak cakap apa. https://t.co/P061zwKJhX pic.twitter.com/gFUVhQBqOp
— KNB 🏴 (@nizambakeri) April 14, 2022
Apapun, sama ada salah atau tidak, peguam hanya menjalankan tanggungjawab mereka dan membantu mahkamah bagi membuat keputusan yang adil.
Sumber: Twitter @hafidzahhassan1
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.
Terima Kasih.
PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti