Viral

Dikatakan Potong Line Semata Kerana Mengandung, Wanita Ini Tampil Jelaskan Apa Sebenar Terjadi Di Gerai Chef Ammar

Sedia maklum, ketika ini ramai orang mula menyerbu kedai nasi Arab Chef Ammar dan boleh dikatakan ramai sanggup beratur panjang untuk mencuba keenakan makanan dijualnya.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan kedainya didatangi oleh beberapa orang anggota polis dan Chef Ammar dilihat memberikan kenyataan kepada pegawai polis tersebut.

Difahamkan, pihak polis menerima aduan daripada pelanggan kerana bengang wanita mengandung diberi keutamaan untuk membeli makanannya.

Menurut Chef Ammar, wanita mengandung perlu diberikan keutamaan kerana keadaan fizikal mereka lebih memerlukan perhatian.

Tambahnya, dia tidak memaksa pelanggan untuk menunggu berjam-jam untuk membeli nasi Arabnya.

Dapat dilihat juga, wanita mengandung itu menangis sambil ditenangkan oleh suaminya di belakang kedai Chef Ammar.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan pengadu kerana tidak bertimbang rasa.

Malah, para netizen turut memuji tindakan Chef Ammar dan pekerjanya yang memberikan keutamaan kepada wanita mengandung.

 Wanita Mengandung Ini Tampil Jelaskan Apa Berlaku

Dulu netizen kecam harga 'Tel Aviv', sekarang nasi Arab Chef Ammar laku teruk sampai terpaksa buat peraturan ini pada pelanggan

Selepas tular video dimana anggota polis datang berjumpa dengan Chef Ammar. Seorang pengguna Tiktok @alliahnn telah memuat naik 1 video menjelaskan apa yang terjadi.

Wanita ini mengandung dan dia beritahu apa yang terjadi pada waktu itu. Memang dia dapat menggunakan priority lane untuk cepat dapat makanan tetapi dia beritahu bahawa dia dari Melaka dan dia tiba awal.

Dia masih perlu beratur dan bila dia dapat lane keutamaan kerana mengandung dia masih lagi perlu menunggu selama 30 minit.

VIDEO PENJELASAN WANITA TERSEBUT:

KOMEN NETIZEN:

Buat Sistem Bernombor

Sumber : Tiktok @alliahnn, AwatttSyeikhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE,

KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.