Berkongsi makanan bagi suami dan isteri merupakan kebiasaan maahan boleh mengeratkan hubungan antara mereka.
Walaubagaimanapun, tular di media sosial menunjukkan seorang isteri yang meludah ke pinggan suaminya, buat ramai emosi!
“Ada ke laki yang jenis makan bekas perempuan dia…”
Perkongsian MALAYSIA MOST VIRAL yang tular di Twitter mengundang kecaman dan kemarahan warganet yang menyifatkan apa yang dilakukan waniat berkenaan sangat tidak patut malahan pengotor!.
Dalam video, dapat dilihat pasangan tersebut sedang makan, lalu si isteri meludah ke pinggan suaminya.
Apa yang megejutkan adalah, suami tersebut relaks makan bekas ludahan buat ramai loya tekak.
Tak baiknya buat suami macam tu. Kot nya pun content agak agak la. betul la org kata, cantik x semestinya cerdik. Laki pun dah serupa makan nasi kangkang pic.twitter.com/g079ZBqSkL
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 14, 2022
Ramai netizen geli, kecam wanita…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat bengang malahan tidak dapat menerima kenyataan perbuatan wanita tersebut yang selamba meludah dan dimakan oleh lelaki berkenaan.
Malahan, mereka juga berpendapat, jika benar hal tersebut berlaku di kehidupan sebenar, sebaiknya ubahlah sikap tersebut kerana ianya sesuatu yang sangat menggelikan dan tidak menghormati orang lain.
SUMBER: Twitter – MALAYSIAMOSTVIRAL