Viral

“Sy Sertai Tabligh, Jgn Sangka Burvk Dgn Org”

Kuala Lumpur: “Tahun 2018 semasa saya dilanda musibah, jemaah tabligh diketuai Maulana Helmi dan DR Sam ada datang pejabat saya mengajak saya menyertai jemaah dakwah.

“Ketika itu Maulana Helmi baru mula nak bina empayar bergerak secara aktif. Dia ajak ke Yala tapi saya tak pergi atas sebab tertentu,” kata pelakon Noruliman A Rahman atau Boy Iman, 42.

Menurutnya, dia terus memasang azam dan niat untuk menyertai jemaah dakwah selepas itu namun belum berkesempatan.

“Syukur… baru sekarang saya berpeluang melakukannya apabila ‘keluar’ tiga hari pada 8 hingga 10 April lalu di madrasah milik Maulana Helmi di Jerantut, Pahang.

“Ia bukan asing buat artis hijrah dan antara yang turut serta ketika itu ialah DR Sam, Zack Kool, Aris Ariwatan dan YouTuber terkenal Zukee.

“Sebenarnya nak pergi sana pun kena ada hidayah dan seruan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Boy Iman, antara dugaan dilaluinya ialah kereta rosak, telefon jatuh dan pecah, namun dia tetap bertekad untuk pergi juga.

“Saya akui tiga hari program sangat menggembirakan. Jemaah tabligh dididik untuk tidak menghukum atau pandang status seseorang itu sama ada baik atau buruk.

“Menerusi sesi penerangan atau Bayan Hidayat kita diajar semua yang hadir jangan fikir soal status dan jangan bersangka buruk dengan orang.

“Semua tetamu perlu dimuliakan. Saya belajar semua perkara mengenai keindahan Islam. Perbaiki kelemahan diri dari segi solat dan sebagainya,” katanya.

Boy Iman berkata, dia dapat merasai sendiri keajaiban yang berlaku sebaik program selesai apabila pemuda yang tidak dikenali sanggup membelanjanya ketika berbuka puasa di sebuah restoran.

“Inilah nikmat yang saya dapat. Masa di sana, saya dapati ramai orang berjaya dan kaya datang. Mereka sumbang wang untuk program berbuka dan lain-lain.

“Jadi selepas ini, saya sebagai pemilik Pertubuhan Kebajikan Dan Sosial Iman (Periman) nak ajak orang, menyumbang untuk bantu kerja-kerja dakwah.

“Selepas ini saya dapat sertai sebulan sekali pun okey. Saya sukakan sifat-sifat Maulana Helmi yang sangat terpuji. Dia bergaul dengan semua orang tanpa kira status,” katanya yang akan ke Pulau Perhentian pula selepas Aidilfitri.

Bercerita perkembangan terbarunya dalam industri, dia gembira kerana baru sahaja memperolehi lesen pengarah dari Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).

“Saya sekarang sedang shooting beberapa video viral untuk syarikat. Selain itu, saya juga tengah tunggu untuk berlakon filem Kak Yong sambungan filem Bini-Bini Ku Gangster.

“Saya juga baru selesai berlakon drama Rehal untuk TV AlHijrah, manakala drama episod Laluna sedang ditayangkan di TV2 jam 8 malam setiap Jumaat dan Sabtu,” katanya.

Sumber: Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

“Sy Pun Pelik Knp Kahwln Tokram, Sejujurnya Sy Mmg Tk Suka Dia”- Peng4kuan Datin Alyah Buat Ramai Terkejvt

PETALING JAYA – Selepas hampir 10 tahun melayari bahtera perkahwinan dengan maestro muzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS, penyanyi Alyah membuat pendedahan tidak pernah menyukai setiap inci yang ada pada diri figura tersebut, terutama pada awal perkenalan.

Pemilik nama lengkap, Noor Hasliah Abu Hasan itu memaklumkan, sehingga kini dia berasa pelik berjodoh dengan lelaki itu namun percaya bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik buat dirinya.

“Pertama jumpa, secara jujurnya saya memang tak menggemari Datuk Ramli. Saya tak menggemari setiap inci pun.

“Memang sampai hari ini saya jadi macam pelik tapi saya percaya Allah itu ada perancangan-Nya yang terbaik yang saya sendiri tak tahu. Jadi, saya just go with the flow (ikut sahaja),” kata Alyah, 41, dalam sesi bual bicara santai, Begitu Begini bersama Dj Nazz.

Ditanya bagaimana boleh jatuh cinta dan berkahwin jika tiada seinci pun rasa suka sewaktu mula berkenalan, Alyah berpegangkan kepercayaan bahawa perkahwinan bukan satu pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan.

Selepas berkahwin, barulah pelantun lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu mula belajar menyukai dan mencintai lelaki asal Singapura itu.

“Ramai orang kata ‘kahwin adalah satu pengakhiran’. Pilih pasangan kita dan itu adalah pengakhiran seseorang.

Tetapi, pengalaman saya lalui, perkahwinan adalah permulaan yang merupakan fasa kita baru dapat mengenali pasangan sebenar-benarnya selepas berkahwin.

 

“Proses mengenali ada naik turunnya. Saya masih lagi dalam proses mengenali. Jadi bila orang dengar ada cerita-cerita itu, itulah naik turun rumah tangga,” kata anak seni kelahiran Gelang Patah, Johor itu.

Sekadar info, Ramli dan Alyah berkahwin pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia. Hampir sedekad perkongsian hidup, pasangan tersebut masih belum ditemukan rezeki cahaya mata sehingga kini.

Perbezaan jurang usia 20 tahun antara mereka membuatkan ramai dalam kalangan peminat yang ingin tahu bagaimana pasangan tersebut mengekalkan keharmonian rumah tangga meskipun jarang berbicara soal peribadi, terutama perihal perkahwinan kepada umum.

Sumber: Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.