Uncategorized

Terkejut harga sotong RM2 seekor, Riena Diana saran pengguna tak puas hati buat aduan… Jangan viralkan dan sekat rezeki peniaga

TERKEJUT dengan harga makanan di bazar Ramadan, pelakon Riena Diana menyarankan agar pengguna membuat lap0ran kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sekiranya berhadapan dengan situasi sama.

Riena atau nama sebenarnya Qamariana Diana Zulreal, 25, berkata, tindakan sebegitu lebih baik berbanding menjadikan ia tul4r di media sosial.

“Kita ada saluran yang betul untuk membuat lap0ran. Jika ada sebarang aduan tentang peniaga boleh sahaja laporkan di saluran yang betul.

“Tak perlu nak ambil gambar atau video kemudian jadikan ia vir4l di media sosial. Kalau buat begitu boleh sekat rezeki peniaga pula.

“Lebih baik kita vir4lkan perkara baik seperti kedai makanan yang sedap dan harga berpatutan,” katanya ketika dihubungi mStar.

riena 3

Riena terkejut harga makanan tinggi di bazar Ramadan

Riena terdahulu berkongsi situasi dia membeli juadah lauk sotong bersaiz kecil dengan harga RM2.

Simpati dengan nasib golongan tidak berkemampuan, Riena berkata, peniaga tidak patut meletakkan harga tinggi sesuka hati.

“Saya kasihan melihat orang yang mungkin kurang berkemampuan untuk membeli makanan di bazar kerana harga terlalu tinggi.

Tak perlu nak ambil gambar atau video kemudian jadikan ia vir4l di media sosial. Kalau buat begitu boleh sekat rezeki peniaga pula

RIENA DIANA

PELAKON/PENYAMPAI RADIO

“Benar kita semua teruja menyambut Ramadan tahun ini selepas dua tahun PKP, namun itu tidak bermakna boleh sesuka hati meletakkan harga terlalu tinggi.

“Bapa saya juga berniaga nasi ayam di bazar Ramadan dan dia akan cuba sebaik mungkin untuk kekalkan harga sama seperti tahun sebelum ini,”ceritanya.

Dalam pada itu, Riena berkata, dia akan terus menyokong peniaga di bazar dan berhasrat untuk pergi ke semua lokasi terdekat dengan rumahnya.

“Tahun ini sambutan puasa lebih meriah, jadi saya mahu sokong semua peniaga.

Sumber : mStar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.