Uncategorized

“Senssitif la sikit” – Wanita Kongsi Gambar Sahur T20 Lobster Dikecam Netizen

Selalunya pada bulan Ramadan, banyak netizen yang akan berkongsi tentang tips-tips berpuasa, menu yang boleh dicuba untuk berbuka puasa, perkara larangan ketika berpuasa, bazar wajib singgah dan banyak lagilah.

Ramai juga netizen yang aktif memuatnaik gambar makanan mereka ketika bersahur dan berbuka di sosial media. Ada yang memilih untuk berkongsi tentang menu makanan sihat serta menu yang dapat menahan lapar sepanjang berpuasa.

Baru-baru ini, mengikut thereporter, seorang wanita telah berkongsi gambar menu sahurnya yang padanya dianggap hanya menu biasa, tetapi tidak bagi netizen yang menganggap menu tersebut sebagai luar biasa atau lebih tepat lagi, mahal.

Lobster

Menurut the reporter lagi, wanita tersebut yang lebih dikenali dengan Cikgu Suraya, wanita ini berkata yang menu sahur pada pagi tersebut adalah simple sahaja dan turut menambah yang dia sunyi kerana sahur bersendirian.

 

Perkongsian dari wanita ini di Twitter yang telah mendapat 1,242 retweets dan lebih 4,000 likes ternyata mengundang perhatian netizen yang melabelkan wanita tersebut sebagai berlagak  dan dari golongan T20 sengaja menunjuk kemampuannya di media sosial.

Ramai yang bengang dengan wanita ini kerana pada pendapat mereka sepatutnya di bulan yang mulia ini umat Islam digalakkan bersederhana dalam semua perkara dan bukan menunjuk-nunjuk di sosial media.

 

Namun ada juga netizen yang menyatakan bahawa Cikgu Suraya memuatnaik gambar berkenaan hanya dengan tujuan bergurau tapi tak kena tempat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :lobakmerah
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.