Viral

“Cuba Habiskan Tapi…” – Ulas Nasi Arab Chef Ammar Tak Sedap, Ramai Netizen Beri Pendapat Mengenai Nasi Arab Chef Ammar

Luahan hati seorang pengguna Facebook mengenai rasa masakan nasi arab cef terkenal iaitu Chef Ammar mendapat perhatian netizen.

Coretan panjang yang tular di media sosial semalam menceritakan tentang pengalamannya menikmati nasi arab itu ternyata mengundang rasa kurang selesa netizen.

Menurut pengguna Facebook tersebut, makanan yang dibelinya itu tidak menepati jangkaan dan dilabel sebagai kurang enak.

“Aku yakin kalau ampa p makan dekat 10 kedai nasi arab/briyani mamak ka briyani gam Johor ka, 9-9 kedai tu mesti lagi sedap dari ni. Aku bukan nak hina rezeki, aku cuba sedaya upaya untuk habiskan tapi tak berdaya. Setiap suapan aku jadi semakin marah.

“Aku bagi review semua tak berbayar so aku akan cerita apa yang aku rasa. In fact kedai nasi briyani gam kat Bangi aku dok makan pon jauh lagi sedap dari ini.

“Nak kata nasi sedap pun tak, kambing sedap pun tak, lepas tu yang tu kuah ka sup ka ayaq kambing ka minyak ka aku pun tak tahu,” kongsinya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-ratanya kurang bersetuju dengan kenyataan itu dan menganggap pemuda itu keliru dengan perbezaan rasa antara nasi arab dan briyani.

“Nak bandingkan nasi arab dan nasi briyani memang tak adil lah. Sebab rempah dan ramuan tidak sama. Melainkan nak bezakan nasi Arab A dengan nasi Arab B. Baru Adil dalam perbandingan. Ibarat banding kereta kancil dan kereta BMW. Memang tak sama,” tulis Mohamad Shahrul F

“Pertama kali makan nasik arab ke ni. Nasik arab pun ada banyak jenis. Nak penuh rempah ambik la Maqlubah tu,” cadang Najmi Zabidi.

Disclaimer: Status tular ini ditulis oleh seorang pemuda yang menyatakan pandangannya terhadap nasi arab Chef Ammar. Selain itu, pemuda itu juga merasakan harga yang dibayar juga tidak setimpal dengan rasa masakan yang dinikmatinya.

Terdahulu, Chef Ammar sememangnya terkenal dengan masakan Timur Tengah yang sangat lazat. Antara hidangan popularnya adalah Nasi Mandi Ayam dan Nasi Mandi Lamb Shank.

Pendapat netizen ada yang sokong ada yang tidak,

Nasi Arab Ori Mmg Tak Sdp. Plain Je Xde Rasa.. Xde Cili.. Xde Minyak Sapi. Ala2 Rebus Ngan Air Je. Yg Tambah Sambal Minyak Sapi Apa Semua Tu Nasik Arab Melayu Dah. Hat Tu Sedap Lah Utk Tekak Melayu.

Klu Resepi Pak Arab. Rasanye Mmg Bnyk Tekak Melayu Yg Tak Boleh Terima.

Rm50 Harga Sebiji Telur Safron Tu Mungkin Org Yg G Bazar Tu Boleh Singgah Banyak Kedai Lagi,,, Tapi Kalau Semua Dah Q Kt Kedai Cheff Harga Dengan Telur Dah Sampai Rm50,, Sape Lagi Nak Singgah Gerai2 Lain.. Xpe Lah Rezeki Cheff Utk Golongan Bangsawan. Utk Gerai Lain Mungkin Utk Golongan Bukan Bangsawan.. Rezeki Allah Yg Aturkan Utk Semua Umat.. Bulan Baik Ni Berbelanja Lah Dengan Baik..

Orang Melayu Tekak Dia Nak Ada Rasa Belacan..Bila Dah Suap Selera Arab Nak Komplen Tak Sedap! Pelik Laa..Dah Tahu Taste Melayu Beli Jer La Yg Ada Ciri Melayu..Nama Pun Makanan Arab Dah Tentu Tastenya Tak Sama Dgn Lidah Melainkan Dah Terbiasa.Tak Payah Pergi Jauh Pun..Tengok Jer Dalam Negara Sendiri..Citarasa Masakan Pantai Timur Tak Akan Sama Dgn Orang Pantai Barat..Melainkan Mereka Dah Terbiasa..Sama Juga Dgn Masakan Timur Tengah…Jangan Pulak Expect Nak Ada Lengkuas Kantan Bagai..

Takleh La Nak Banding2kan. Chef Ammar Ni Resepi Authentic Arab Memang Tak Berapa Kena Dengan Selera Orang Kita. Yang Biasa Makan Makanan Pure Mid East, Memang Rasa Sedap La.

Kebanyakan Restoran Arab Kat Malaysia Ni, Owner Dan Chef2 Nya Dah Adjust2 Sikit Resepi Dan Kandungan Rempah, Untuk Sesuaikan Dengan Citarasa Orang Kita.

Tu Nasi Arab Ramuan Pun Pelbagai.. Lain Negara Lain Masakan….Yg Kite Ni Org Melayu.. Tekak Melayu Dh Biasa Mkn Pedas.. Jgn Nk Samakan Nasi Arab Dgn Nasi Goreng Kampung Plak.. Adoiii Aiii.. Nk Murah Mkn Nasi Lemak Tetek Kt Kg.Baru Je Lah.. Selera Ferrari Modal Kancil..Acamtu Lah

Rata2 Kaki Kambing Org Jual RM44 Kira Ok Dah Kalu RM50 Ni, Lagi Satu Kena Paham Dia Org Palentine Resepi Asai Dia Masak Bkn Tekak Melayu Lagu Kita…Pastu Guna Safron Mahai Jugak Tu….Naik Arab Lain, Nasik Beriani Lain Jgn Samakan, Nasik Kandaq Kenyang Tersandanq Pn Lain..Rilek Bro Hehe

Pelik Baru Sekarang Nak Bising,Siapa Yg Biasa Makan Nasi Arab Tahu Pure Rasanya.Mmg Akan Rasa Smoke Dan Ada Rempahnya Tersendiri.Lain Negara Lain Juga Method N Resepi.Rempah Ni Mmg Chef Buat Sendiri.Mana Bole Banding Baryani Gam N Kandar.Beza Sangat.Aduhaii..

Nasi Arab Ni Berasal Dari Hadramawt Yaman……Org Arab Yg Bukan Berasal Dari Hadramawt Masak Nasi Arab, Memang Kelaut La Rasa Nya… Umpama Org Melayu Selangor Masak Nasi Dagang(Kelantan, Terengganu)..

Tak Silap Dia Dari Palestin So Mungkin Ramuan Dan Cara Dia Masak Semua Asli Dari Mulut Lidah Dia Di Sana Kta Jangan La Sama Sama Kan Banding Kan ,Hm Kita Msk Pon Xtentu Sedap Bersih Orang Suka ,Biar La Dia Berniga Dengan Citarasa Di Kalau Banyak Bunyi Beli Masak Sendri Jangan Jatuh Kan Air Muka Org ,Bulan Puasa Da Kurang Pahala ,Positif Itu Kan Lebih Tenang Hati

 

Dulu Aku Giler Sngat…Sbb Duduk Kuantan…Bukan Main Susah Nk Dptkan…Last2 Ad Org Oder Trip Nasi Ni…Siap Beli 3bungkus….Harga Agak Koyak La…Makan2…Bukan Xsedap….Tp Biase2…Rasa Mcm Tu..Bg Aku Xpadan La Nk Beratur Sampai2 Panjang2…

Sedap Tu Kan Subjektif.. Citarasa Berbeza.. Lgpun Dye Pure Arab.. Masak Cara Arab La.. Yg Korang Compare Nasi Arab Dgn Nasi Briani Mmg Xsama La.. Bahan Pun Berbeza, Air Tangan Pun Berbeza.. Psl Harga, Org Yg Pnh Masak Nasi Arab Je Tau Brp Kos Utk Buat Nasi Arab.. Nk Buat Rempah Sje Pun Dh Brp Kos Dye.. Nk Beli, Silakan.. Xnk Beli Diam Je..

Chef Ammar ‘k0yak’ Dikcam Jual Mahal, Skali Chef Perjelas Situasi – “Semua ada proses, bukan cincai!”

Ramadan tahun, nama Cef Ammar meniti di bibir penggemar makanan. Semuanya kerana kelazatan juadah Nasi Arab air tangan cef selebriti ini sehingga menjadi viral di media sosial. Sampai pelanggan sanggup beratur panjang di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 semata-mata mahu menjamu menu istimewa tersebut.

Dengar khabar, gerai belum buka pun dah ramai yang berbaris. Luar biasa penangan Cef Ammar!

Baru-baru ini tular di Tlk tok mengenai harga makanan yang mahal namun dengan portion yang sangat sedikit, tidak setanding harganya.. “Jangan ajar saya macam mana nak meniaga…”

 

Susulan tularnya hal tersebut, Chef Ammar merupakan salah seorang empunya perniagaan yang terkesan dan tampil menjelaskan mengenai harga mahal makanan yang dijual bagi menjawab kecaman netizen.

Ujar Chef Ammar, beliau menegaskan bahawa cara-cara penyediaan yang dijalankan semasa memasak sangat sukar di samping bahan-bahan tinggi kualiti yang digunakan untuk memasak.

“Ini semua perlu proses..” Dalam pada itu, Chef Ammar turut menunjukkan segala bukti bahan-bahan kualiti tinggi yang digunakan dalam penyediaan makanan jualannya bagi meyakinkan netlzen bahawa harga mahal yang digembar-gemburkan setanding dengan bahan mentah.

“Apa susah, mahal jgn beli…” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netlzen setuju dengan penjelasan dari Chef Ammar berhubung isu tersebut di samping menyarankan pada orang ramai yang tidak puas hati, untuk tidak membeli dan hanya masak sendiri di

rumah.

“mahal tapi nampk sangat puas hati quality Dan sedap…bahan mentah pun mahal…skg.. sabar shed….”

“ye betol ni semua memang Mahal no wonderla…”

“sabaq chef.jgn koyak.nnti chef jual harga kampong”

“tante lala pernah berkata (klau mahal jagn beli setangg ini untuk orng yg mampu saja )”

“korg terase mahal masak lah sendiri…guna bahan2 beli sendiri..pastu pikir sendiri ..pikir2 lah…bende bukan murah..janji sedap berkualiti.”

“jangan koyak chef. biasa la Tu. bersih je dapurnye”

“Memang nasi arab dia style mahal, tak mampu jangan beli…”

Sumber Gempak/RJ

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *