Viral

Ya Allah, Pohon Doa. Lepas Diuji Sakit Misteri, Ini Keadaan Terkini Anak Perempuan Pelakon Amyra Rosli

PETALING JAYA – Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri pada minggu lalu, emosi pelakon Amyra Rosli kembali terganggu apabila anak keduanya, Ayra Aryssa mengalami demam panas sehingga suhu badannya mencecah lebih 40 darjah Celsius.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Amyra berkongsi foto keadaan Aryssa yang kini berusia dua tahun ketika dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Aryssa demam panas. Suhu badan 40 hingga 41 darjah Celsius tidak turun-turun. Sudah dua hari. Cepat sembuh anakku sayang,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran berbeza dalam InstagStory miliknya, pelakon drama Sang Pewaris itu turut meluahkan rasa berat hati untuk bekerja memandangkan anaknya kini berada di hospital.

Beratnya hati hendak pergi kerja,” ujarnya.

Perkongsian Amyra turut mendapat perhatian dan simpati daripada rakan-rakan selebriti apabila mereka turut mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan anaknya.

“Sayang. Semoga cepat sembuh supaya ibu dan ayah senang hati. Supaya boleh jumpa abang (Aqeef Anaqi),” kata pelakon Nad Zainal.

“Semoga cepat sembuh si comel. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan,” tulis penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya.

“Allahuakhbar. Semoga diberikan kesembuhan pada anak yang baik ini ya Allah,” pinta pelawak Shuib.

Pada minggu lalu, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 30 terpaksa mengambil cuti selama beberapa hari selepas menderita ‘penyakit misteri’ apabila mengalami sakit sendi seluruh badan, selain kakinya bengkak dan lebam-lebam.

Amyra juga sukar untuk menggambarkan kondisi sebenarnya kondisi kesihatannya yang seolah-olah ‘tidak sakit tetapi sakit’.

Kata isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, selain mencuba perubatan homeopati, dia juga berusaha mencari penyelesaian menerusi rawatan islamik bersama seorang ustaz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

 

Ini Kata Kata Ustaz Yang Mrawat AmyraRosli, Kmungklnan Dia Saklt Ats Sbab Brikut…

Petaling Jaya – Pelakon, Amar Baharin menyatakan kerisauannya terhadap keadaan kes.ihatan isterinya yang juga merupakan pelakon jelita, Amyra Amyra Rosli yang kini dikatakan mengalami beberapa s.imptom p.elik seperti s.akit-s.akit badan dan batuk berpanjangan.

Menurut Amar, s.imptom-si.mptom tersebut sebenarnya telah berlarutan semenjak isterinya disahkan positif C.0vid19 sejak awal Mac yang lalu.

Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut mend.edahkan pihak doktor juga dikatakan g.agal untuk mengesan p.enyakit yang dialami oleh isterinya itu.

Tanpa mengetahui sebab, pelakon Amyra Rosli mende.rita p.enyakit mi.steri apabila mengalami s.akit sendi seluruh badan, selain kakinya bengkak dan lebam-lebam sejak seminggu lalu.

Ujar Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 30, ketika dihubungi, sukar untuk menggambarkan keadaan dirinya ketika ini kerana mend.akwa dia tidak s.akit tetapi s.akit.

“Susah untuk saya cakap. Saya boleh bergelak ketawa dan berlakon seperti biasa mengikut kehendak babak. Tetapi hakikatnya saya alami s.akit sendi satu badan dan l.ebam kaki sampai tak boleh bergerak.

“Paling t.eruk, s.akit yang dialami ini meny.erang bahagian anggota badan yang saya gunakan untuk bekerja iaitu pergelangan tangan dan kaki.

“Kesannya t.eruk sampai saya tak boleh nak bekerja. Kalau waktu tidur malam, nak angkat selimut yang nipis pun saya tak larat. Kalau nak angkat telefon pula, rasa berat macam angkat batu,” katanya.

Ujar Amyra, dia sendiri tidak berani untuk mengaitkan s.akit yang dialaminya ada kaitan dengan sejarah ja.ngkitan C.0vid 19 pada 6 Mac lalu.

“Selepas mengalami s.akit ini, saya sudah pergi buat ujian makmal sebanyak dua kali di ho.spital, tapi kesudahannya doktor sendiri pun tak tahu punca atau pen.yakit apa yang saya sedang alami sekarang.

“Bacaan jantung, paru-paru dan d.arah sangat baik tak ada m.asalah. Bacaan sangat sempurna, jadi keadaan ini buatkan saya tertanya-tanya,” katanya yang turut berikhtiar dengan cara rawatan homeopati.

Ustaz Beritahu Kemungkinan

Kata isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, selain mencuba homeopati, dia juga berusaha mencari penyelesaian menerusi rawatan islamik bersama seorang ustaz sejak semalam.

“Semalam cuma sempat buat panggilan video dengan ustaz, baru hari ini dia boleh datang rumah untuk berubat.

“Seperti dinasihatkan ustaz, saya sendiri pun tak ada fikir bukan-bukan atau tuju kepada sesiapa perihal s.akit ini. Cuma ustaz kata, berkemungkinan disebabkan saya jalani penggambaran di bermacam tempat seperti hutan, kawasan perkampungan dan h.ospital.

“Saya fikir positif saja, mungkin terlanggar atau terpijak sesuatu memandangkan waktu mula-mula sakit, saya sedang datang h.aid,” kata Amyra.

Buat masa ini, Amyra terpaksa berehat dan cuti bekerja sementelah dalam beberapa hari ini, dia tidak terlibat dengan jadual penggambaran drama terbaharu lakonannya bersama Remy Ishak, Jangan Menangis Cinta.

Kredit : Kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE,

KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *