Viral

Kec0h DJ Radio Tersilap Pasang Azan Terlalu Awal, Sekali Ini Resp0n Bkas Menteri Agama Bagi Hkum Puasa Itu

PUTRAJAYA: Umat Islam yang berbuka puasa lebih awal kerana azan Maghrib dari kesilapan stesen radio tempatan dianggap terbatal puasanya dan perlu diganti balik selepas Ramadan.

Demikian penjelasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai mengulas insiden yang mungkin ada terjadi di negara ini.

“Tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah pun tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam. Wajib diqada semula menurut jumhur ulama,” terang beliau ringkas.

Hantaran berbentuk infografik tersebut disiarkan menerusi laman sosial rasmi tokoh agama itu sebagai merujuk soalan adakah sah puasa jika juruhebahnya terkhilaf memasang azan awal.

Meskipun beliau tidak menyatakan secara spesifik, jawapan itu jelas merujuk laporan tular media tempatan mengenai kes stesen Tawau FM di Sabah tersilap menyiarkan azan Maghrib.

Penyampainya, Mohd. Safwan Junit yang bertanggungjawab mengendalikan siaran Syoknya Hujung Minggu ketika insiden tersebut semalam turut tampil memohon maaf secara terbuka.

Kesilapan teknikal tidak dijangka pada hari pertama Ramadan itu menyaksikan dia memasang azan itu dua kali iaitu pada 6.16 petang sebelum diulang ketika waktu sebenar 6.20 petang.

Tawau FM yang ditubuhkan pada 1964 lalu dapat diikuti para pendengar sekitar Semporna, Lahad Datu, Gugusan Felda Sahabat dan Daerah Tawau sendiri selain negara jiran, Indonesia.

 Mengulas lanjut, Zulkifli yang kini merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Universiti Sains Islam Malaysia menambah, dalil kepada isu itu merujuk pelbagai sumber fiqh yang muktabar.

 Bahkan isu ini pernah dibangkitkan beliau sendiri ketika berkhidmat sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dengan kenyataannya itu disiarkan menerusi laman rasmi pejabatnya pada 2017.

Melalui slot Bayan Linnas Siri Ke-97, dinyatakan bahawa ulama dari kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie serta majoriti besar dari Hambali menyatakan batal puasa dan wajib qada.

“Pihak stesen penyiaran perlu lebih teliti supaya kejadian seperti ini tidak lagi berlaku,” nasihat beliau yang disiarkan laman itu seminggu sebelum Hari Raya Puasa pada tahun berkenaan.

Zulkifli menegaskan bahawa dalam era serba moden, adalah mustahil tiada jam, jadual takwim atau aplikasi telefon pintar yang menyatakan waktu azan sebagai rujukan sebelum berbuka.

Justeru ujar beliau lagi, sewajarnya umat Islam dapat lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru berbuka lebih awal sebelum disahkan dengan penuh yakin walaupun bezanya beberapa minit.

Azan Maghrib 4 minit awal

Gara-gara menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, seorang penyampai stesen radio tempatan di sini, tampil memohon maaf susulan kesilapan teknikal itu.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, penyampai radio terbabit menjelaskan berlaku kesilapan teknikal apabila azan Maghrib disiarkan dua kali iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.

“Saya, Mohd. Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya sambil menjelaskan perkara itu disebabkan oleh kesilapan teknikal dan kesilapan dirinya sendiri.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak diduga itu.

“Kesilapan ini, adalah kesilapan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM.

“Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Mohon ‘share’ permohonan maaf ini,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan di ruang komen mendapati warganet memberikan pelbagai reaksi termasuk ada yang menasihati penyampai radio berkenaan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Selain itu, tidak kurang juga yang memuji tindakannya yang mengakui kesilapan dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Terbaik bro cepat mengaku kesilapan. Semoga dijadikan ikitibar kepada kita semua kerana kita manusia tidak lari daripada membuat kesilapan. Semoga dipermudahkan bro,” komen seorang netizen.

Sumber: Utusan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.