Uncategorized

Zed Zaidi Menga muk Siap Bawa Pemotong Besi. Rupanya Ini Yang Berlaku Yang Buat Zed Zaidi Hilang Sabar

KECOH di media sosial apabila muncul video tular yang memaparkan pelakon, Zed Zaidi bertekak dengan seorang lelaki dipercayai berkaitan dengan sebuah pintu besi yang dipagar.

Di dalam video yang berlaku di sebuah kondominium di Damansara Perdana, Selangor itu, Zed dilihat memegang alat pemotong mangga dan cuba memotong mangga yang dilihat menyekat laluan masuk dari luar bangunan.

Video Berada Di Bawah Artikel

Menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, kejadian itu berlaku pada Jumaat dan laporan polis juga telah buat olehnya.

“Sebenarnya apa yang berlaku ialah terdapat penambahan pagar baharu yang tidak dimaklumkan, sekali gus menyukarkan laluan orang luar untuk masuk ke restoran saya.

“Sebelum ini, tidak ada pun pagar tersebut dan alasan yang diberikan atas pemasangan itu adalah kerana faktor keselamatan.

“Memang ini bangunan residensi tetapi terdapat kedai yang juga kawasan komersial. Bila ada pintu pagar di situ dan dikunci, pelanggan saya sukar nak masuk dan terpaksa berpusing jauh untuk ke restoran saya.

“Mereka juga terpaksa melalui pondok pengawal untuk masuk dan ini akan menyukarkan pelanggan sekali gus memberi kesan kepada perniagaan saya,” katanya kepada Majoriti.

Menurut Zed, dia sudah berbincang sebelum ini dengan pihak pengurusan dan segala surat aduan dan bantahan seperti yang diminta juga sudah dihantar.

Malah, katanya, satu laporan polis juga telah dibuat dan akhirnya pintu itu dibuka pada minggu lepas.

Namun, pada Jumaat, kata Zed, pintu itu dikunci semula tanpa sebarang notis dan itu yang membuatkan terpaksa mengambil tindakan untuk memotong mangga tersebut.

“Sebenarnya boleh selesai dengan baik. Saya siap beri cadangan lagi bila pintu itu sesuai untuk dibuka dan ditutup semula. Tetapi mereka kunci juga.

“Lepas itu saya minta mereka tunjukkan surat persetujuan penduduk yang inginkan pintu pagar itu dibuat pun mereka tidak boleh tunjuk.

“Jadi saya terpaksa ambil tindakan dan saya juga sudah berhubung dengan peguam sivil dan jenayah untuk tindakan susulan,” katanya.

Video :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.