Viral

Wanita Ini Nampak kelibat Kak Long 7E di kedai makan, Tapi Netizen Perasan Sesuatu..

Nama Kak Long 7E tidak asing lagi di negara kita yang pernah tular sebeum ini dengan sikap ‘mengamuk’ dan kelantangan suaranya.

Terbaru, tuar satu video menunjukkan satu keluarga Kak Long atau pemilik nama Wan Noor Baizura sedang memesan makanan di sebuah kedai makan, menarik perhatian netizen.

“Saat2 mendebarkan, harap cukup la air batu…”

Perkongsian @cik_tengku91 di Tiktok menarik perhatian ramai yang teruja melihat kelibat Kak Long satu keluarga yang dipercayai ingin menjamu selera di kedai makan tersebut.

Walaubagaimanapun, ramai yang mula berseloroh khuatir akan ada babak mengamuk lagi berdasarkan sikapnya yang begitu pada waktu dahulu.

“Adik ambik order mesti ketar2, takut jadi mangsa…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula risau akan ‘nasib’ kedai makan tersebut jika menjadi ‘mangsa’ seterusnya Kak Long.

Namun begitu, bukanlah mahu menyebelahi sesiapa, tetapi ada baiknya jika kita bersangka baik dan jangan terlalu cepat menghukum.

“Anak dia memang tak reti duduk diam ek…”

“Harap2 cukup la butir nasi yang dia order tu..”

“Suruh dia makan katrumah je…”

“Confirm mintak tukang masak siapkan dulu juadah dia…”

“Kak Long Nak Berehat, Lupakan Kak Long” – Tak Larat Kena Kecam, Kak Long Nekad Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial

Wanita yang tular dengan panggilan Kak Long 7E, Wan Noor Baizura tampil menjelaskan sekeras-kerasnya tidak berniat untuk mengejek orang kurang upaya (OKU) ketika sesi siaran langsung Facebook baru-baru ini.

Jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook, dia akui setiap tindakannya ketika ini sentiasa diperhatikan masyarakat dan membuka ruang untuk mencari kesilapan.

“Kaklong tak ada ejek OKU. Kaklong tahu satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah.

“Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang.

“Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya,” tulisnya.

Malah, kata Kak Long, dia memahami situasi dan kepayahan yang dilalui oleh OKU setiap hari.

“Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia.

“Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar.

“Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan,” tambahnya.

Justeru, disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya sejak beberapa minggu lalu, Kak Long nekad untuk mengurangkan aktiviti di media sosial selepas ini.

“Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di media sosial ni. Terlalu ramai orang negatif. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.

“Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu. Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa,” coretnya.

Tidak cukup dengan itu, kehadiran Kak Long di sebuah stesen televisyen untuk program berbentuk Islamik dikecam teruk oleh netizen.

Belum cukup 24 jam, Kak Long sekali lagi menjadi mangsa peluru netizen apabila dipercayai seakan-akan cuba mengejek netizen dengan perbuatan seperti OKU ketika sesi siaran langsung Facebook.

SUMBER: Tiktok – Cik_tengku91, redaksi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.