Uncategorized

[VIDEO] Puasa Sah Tak Kalau Tak Sempat Mandi Wajib? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Umumnya mengetahui sekarang umat Islam sedang menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadan. Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan netizen adakah puasa seseorang itu dikira sah walaupun dia belum mandi wajib.

Susulan daripada itu pendakwah terkenal berasal dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut.

Apakah hukumnya?

 

Menerusi soalan yang diterima bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus  apakah hukum puasa jika seseorang itu tidak mandi wajib sebelum masuk waktu Imsak. Ujar ustaz, puasa tersebut dikira sah bagi perempuan jika darah haidnya berhenti sebelum waktu Subuh.

Perempuan yang berhenti haid sebelum masuk waktu Subuh pukul 6 pagi, haidnya berhenti 5.59 dan tak sempat nak mandi masuk waktu Subuh dulu. Sah puasa dia. Syarat sah puasa tidak mesti mandi wajib dahulu, tapi mesti kering darah dahulu dari masuk waktu Subuh. Tapi, jika ia hadas Janabah keluar mani atau hadas Jimak maka tidak ada masalah. Malamnya bersama suami isteri, pasangan tersebut perlu mandi sebelum menunaikan waktu solat Subuh. Hadas Junub tidak ‘merosakkan’ puasa yang merosakkan puasa adalah haid dan nifas. Walaupun terkeluar air mani ketika di siang hari, puasa tersebut dikira masih sah dan seseorang itu perlu mandi bagi menunaikan solat Zohor mahupun Asar.

 

sumber : ohbulan

 

artikel selanjutnya

Mu sanggup tak bayar tiket RM5,000?, Ada RM5,000 beri sedekah buat beli van jenazah la – UAI

Konsert jelajah Justice World Tour mendapat sambutan hangat selepas tiket konsert habis terjual dalam masa lima jam. Untuk pengetahuan semua, harga tiket bermula dari RM288 hingga RM2,088.

Biarpun lagi enam bulan Justin Bieber akan datang ke Malaysia namun berita kedatangan penyanyi kelahiran Kanada itu membuatkan segelintir individu kurang senang hati.

 

Islam tak larang berhibur

 

Menerusi potongan video di media sosial, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus berpendapat adalah lebih baik duit yang dibayar untuk tiket Justin Bieber dijadikan sedekah.

 

Kata Azhar, 58, Islam tidak melarang untuk berhibur tetapi kena berpada-pada.

 

Siapa kenal Justin Bieber? Penyanyi ini daripada Amerika. Mu (kamu) sanggup tak bayar RM5,000? Ada RM5,000 beri sedekah buat beli van jenazah la.

Soal harta akan ditanya

Dalam pada itu, tegas Azhar, umat Islam akan disoal di akhirat kelak tentang semua harta yang dimiliki.

 

Kerana duit kita akan ditanya di akhirat. Harta mu (kamu) itu ambil di mana. Kena jawab tau. Kemudian, mu (kamu) buat beli apa? Kita beli tiket Justin Bieber harga RM4,000.

Baik mu (kamu) bagi dekat adik beradik yang susah daripada tengok Justin Bieber. Sedekah pada dia. Apa pula bazir benda macam itu!

 

Justin bieber menjadi artis pertama yang bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 Oktober ini selepas dunia dilanda pandemik Covid-19.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Sebelum ini, tindakan Iddin Ramli membuat perbandingan antara konsert Justin Bieber dengan kelas agama telah mendapat kecaman.

Baru-baru ini pula, Ustazah Asma’ Harun meluahkan kebimbangan melihat fenomena Justin Bieber yang mendapat sambutan rancak daripada anak muda.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Sumber: TikTok & ohbulan.com

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.