Uncategorized

“Salam Ramadan Sayang…,” – Puasa Tanpa Isteri Di Sisi, Video Shuib Ziarah Pusara Siti Sarah Jentik Jiwa

Selebriti terkenal, Shuib dilihat menziarahi pusara isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sebelum menyambut bulan Ramadan tahun ini.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkongsi momen tersebut dengan memuat naik sepotong video di Instagram miliknya.

Video:

 

 

 

Kali pertama menyambut bulan Ramadan tanpa isteri, bintang berusia 37 tahun ini jmenzahirkan rasa sayu dan hiba bersama peminat.

“Menangislah kerna hanya kamu dan Dia yang benar faham. Salam Ramadhan Sayang,” tulisnya ringkas pada di ruangan kapsyen.

Imbas kembali, Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif Covid-19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

 

Antara Komen2 netizen

Faham sgt sebb sy kehilangan mak seblm arwh siti sarah. Thn ni thn pertamaa ramadhan tanpa mak. Fhm kesedihann itu

 

Bila tiba bulan puasa dan hari raya lah paling terkesan dan sedih dengan kehilangan insan tersayang, hmm semoga shuib dan keluarga tabah, semoga arwah tenang dan bahagia disana

Rindu yg tiada penghujungnya. Ramadhan kareem to shuib sekeluarga

Sedih , first ramadhan suami tanpa isteri. First raya anak2 tanpa ibu. Ibu slalu busy pagi2 siapkn anak.. Tahun ni sepi… Tiada lagi jeritan seorang ibu.

Stay strong Shuib..hanya org yg alami , kehilangan org trsayang shj yg tahu bagaimana perasaan itu..Al-Fatehah utk Sarah..moga damai dia di sana

Arwah kak sara salah seorang hamba Allah yg buat sy makin dekat kan diri dengan Allah Dengan cara lembut dia..Lawak dia ..Allahhuakbar rindu…Kak sarah cerita semua kebaikan je, Semoga menjadi asbab kebaikan beliau..semoga kita semua akan bertemu di Syurga Allah InsyAllah

 

Arwah kak sara salah seorang hamba Allah yg buat sy makin dekat kan diri dengan Allah Dengan cara lembut dia..Lawak dia ..Allahhuakbar rindu…Kak sarah cerita semua kebaikan je, Semoga menjadi asbab kebaikan beliau..semoga kita semua akan bertemu di Syurga Allah InsyAllah

Seseorang yang sentiasa menghargai insan yang disayangi ketika masih hidup dan ketika sudah tiada

Menangis lah jika ia bolh mengurangkan rasa rindu pada bidadari syurga mu disana bidadari mu

Sentiasa tersenyum kerana memiliki seorang suami yg penyayang dan sllu mengirimkan doa semoga bidadari abg ditempatkan di kalangan orang² beriman dan tenang di negeri abadi aamiin

Foto: Instagram Shuib/ RJ

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.