Uncategorized

Bawa Rokok Sebelum Pukul 2 Petang Boleh Dikenakan Notis

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang mengeluarkan notis kepada umat Islam yang didapati membawa rokok sebelum jam 2 petang.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat, notis berkenaan bagaimanapun bukanlah kompaun atau denda, sebaliknya pendekatan berhemah mengekang perbuatan yang menjurus ke arah ponteng puasa.

“Lepas ini, kita akan buat pendekatan penguat kuasa operasi kita akan bagi notis untuk dia (pelaku) berikan notis untuk datang ke pejabat.

“Kita bukan nak saman dia, datang ke pejabat untuk kita beri pendekatan berhemah secara nasihat ini supaya ianya tidak berulang lagi.

“Mungkin juga kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk melaksanakan tindakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai operasi Operas Plastik Hitam Bersendawa di sini hari ini.

Operasi hampir dua jam itu disertai 10 anggota penguatkuasa JAIM itu diketuai Che Sukri bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka, Akmal Nadzim Abdullah.

Mengulas lanjut, Che Sukri berkata, pendekatan itu susulan pemeriksaan hari ini mendapati ramai individu diperiksa membawa rokok bersama walaupun mendakwa berpuasa dan tidak merokok ketika diperiksa.

“Bagaimanapun, tindakan mereka membawa rokok dan pemetik api sebelum jam 2 petang boleh menimbulkan syak dan wajar dielakkan,” katanya.

Sumber – Malaysiagazette

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *