Viral

“Makin Hilang Warak…?” Heliza Helmi Tervk Dkcam Netizen Selepas Tersebar Satu Video

Baru-baru ini, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi ada memuat naik video bersama suami tercinta.

Menerusi video itu, Heliza berkongsikan video melakukan parodi berlatar belakangkan suara usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Iqbal Zulkefli.

Perkongsian Heliza itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat telatah suami isteri itu. Malah, ramai yang memuji suami Heliza yang dilihat sporting melayan kerenah isterinya.

Bagaimanapun, lain pula di Facebook apabila ramai yang mengecam pasangan itu. Ada yang bertanyakan kenapa Heliza semakin hilang warak? Tidak kurang juga, yang meluahkan rasa meluat dan menyampah melihat pasangan itu.

Ada saja serba tak kena di mata netizen. Biasalah,lumrah hidup pasti ada yang puji dan keji. Semoga rumah tangga Heliza kekal bahagia.

 

Heliza Helmi Masih Tak Biasa Dengan Gelaran Datin Seri

Hampir dua bulan bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi mengakui sedang membiasakan diri dengan gelaran Datin Seri.

Menurut Heliza, dia masih lagi individu yang sama dan lebih selesa jika disapa dengan panggilan Kak Ja kerana merasakan lebih dekat dengan peminat dan masyarakat.

“Panggil Kak Ja saja. Saya masih sama. Itulah saya dari dulu. Kalau ada yang panggil Datin Seri, kita raikan tapi lepas tu saya cakap saya okay dan lebih selesa dipanggil Kak Ja.

“Untuk majlis formal atau rasmi kita ikutlah tapi untuk panggilan boleh sahaja Heliza atau Kak Ja,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupan berumah tangga Heliza berkata banyak lagi perkara mengenai alam perkahwinan yang perlu dipelajari. Malah, Heliza meluahkan rasa syukur rezekinya melimpah ruah selepas berkahwin.

“Sejujurnya banyak lagi kena belajar, iyalah benda baharu mesti ada yang kita tak biasa lagi, jadi saya sedang menyesuaikan diri, kiranya macam budak tadika yang baru nak masuk sekolah.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Soal kerjaya tak menganggu kerana sebelum ini pun dia tahu jadual saya agak padat tapi apa-apa pun kita akan berbincang dan dapatkan kata sepakat dahulu.

“Ya betul bila dah kahwin ni rezeki memang tak jangka, nikmat Allah sangat dasyat, kita pula rasa cuak sebab terkejut dengan apa yang Allah bagi, tak sangka, bersyukur sangat,” katanya.

Bersungguh-Sungguh Pujuk, Heliza Helmi Segan Mila Jirin Taja Majlis Resepsi

Penyanyi dan aktiviti kemanusiaan, Heliza Helmi sekali lagi mengadakan majlis resepsi. Namun kali ini ditaja oleh penyanyi dan usahawan Mila Jirin.

Menerusi satu perkongsian, Heliza berkata Mila bersungguh-sungguh memujuknya untuk menerima majlis resepsi yang disediakannya sebagai hadiah.

“Alhamdulillah lepas ijab qabul, sahabat dunia akhirat kakja @mila_jirin bagitau nak bagi hadiah. Sekali hadiah dia ialah majlis respsi!!

“Ya Allah. Sangat terkujat! Kakja segan sangat-sangat. takyah laaa @mila_jirin. Pastu @mila_jirin kata, aku memang dah niat dari dulu lagi nak hadiahkan mu majlis. @mila_jirin sngguh-sungguh pujuk nak buat majlis juga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Heliza berkata pada awalnya dia hanya merancang untuk mengadakan majlis akad nikah sahaja namun Allah menyusun jalan cerita yang sangat berbeza untuk mereka.

Sementara itu, Heliza turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai sahabat sebaik Mila dan mendoakan agar persahabatan yang dibina selama 15 tahun itu akan berterusan.

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *