Viral

Laporan ‘Siasatan Dalaman’ Uitm Isu Pensyarah B40 Tersebar, Rupanya Ini Yang Mereka Jumpa…..

BELUM reda seorang pensyarah kontrak Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghina seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba menerusi kelas dalam talian, tular mengenai laporan ‘siasatan dalaman’ mengenai isu yang hangat diperkatakan.

Sejak awal pagi Khamis, tular mengenai laporan kronologi yang dipercayai dibuat oleh pihak UiTM secara dalaman berhubung isu video tular membabitkan seorang pensyarah yang bergelar profesor bagi cawangan Perak.

Menerusi laporan kronologi itu, proses kenal pasti kumpulan pelajar dan kesahihan video telah diadakan pada pagi Khamis di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak.

Seramai lima pelajar yang dipanggil dan hasil temubual mengesahkan video tersebut berlaku semasa kuliah minggu ke-8 pada Semester Oktober 2021-Februari 2022 bagi subjek yang diajar oleh pensyarah berkenaan.

Laporan itu turut memaklumkan satu pertemuan telah diaturkan bersama pensyarah terbabit, di sebuah bilik mesyuarat pada tengah hari Khamis.

Pelajar B40 yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu dilaporkan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Pembinaan.

Turut didedahkan adalah latar belakang keluarga pelajar berkenaan, di mana bapanya tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, ibunya masih hidup dan bukan sudah meninggal dunia sebagaimana yang didakwa menerusi video yang tular.

“Ibunya masih ada dan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

“(Pelajar) mempunyai tiga adik-beradik (kakaknya baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan manakala adik sedang menuntut di UiTM Rembau.

“Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN,” menurut laporan itu.

kronologi uitm 1 B

Laporan kronologi didakwa berkenaan isu video tular membabitkan pensyarah UiTM.

Tambah laporan itu, pelajar tersebut didapati menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah dalam talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.

“Pelajar ini telah lulus dalam peperiksaan akhir yang lepas dan ini termasuk bagi kod kursus tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa video yang tular bukan dirakam dan disebarkan oleh pelajar berkenaan, sebaliknya dikongsikan oleh pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial.

“Pelajar tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video ini ditularkan,” menurutnya.

Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN

Menurut laporan itu juga, tindakan pengurusan UiTM melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UITM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan sama ada tidak mengambil apa-apa tindakan kerana pensyarah dan pelajar yang terlibat telah bertemu dan berbincang dan mengambil keputusan untuk mengharmonikan keadaan.

“Atau menamatkan kontrak pensyarah ini yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan tantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran.

“Namun keputusan UITM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi,” demikian menurut laporan tersebut.

kronologi uitm 2 C

Latar belakang keluarga seorang pelajar B40.

Susulan itu, mStar telah menghubungi Komunikasi Korporat UiTM bagi mendapatkan pengesahan berhubung laporan tersebut dan masih menunggu maklum balas.

Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat tular memaparkan pensyarah wanita itu memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.

Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas bagi membeli komputer riba untuknya.

Dalam pada itu, UiTM akan mengambil tindakan ke atas seorang pensyarah wanita selepas tularnya satu video sejak Selasa malam.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor dilaporkan berkata, pihaknya sedang meneliti kes berkenaan yang mana pensyarah tersebut memarahi pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer.

Terdahulu,

Uitm Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah Perlekeh Pelajar B40, Tak Sangka Rupanya Ini Status Dia Di Uitm Sri Iskandar

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).

“Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.

“Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, wanita berkenaan adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan.

“Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil.

“Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya.

Beliau berkata, UiTM juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat yang memaparkan pensyarah wanita terbabit memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.

Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar itu menyuruh kakaknya menjual gelas emas bagi membeli komputer riba untuknya.

MPP UiTM minta siasatan dan tindakan kepada pensyarah

RAKAMAN yang tular. FOTO tular

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia menyelar tindakan seorang pensyarah universiti itu yang disifatkan menghina pelajar.

Yang Dipertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor dalam video tular itu adalah satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.

Menurutnya, sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.

Katanya, kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat mana-mana pihak.

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah berkenaan sudah merosakkan imej universiti keramat ini.

“Pensyarah berkenaan perlu memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah berkenaan dan juga kepada mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini.

Satu video tular di media sosial sejak pagi tadi memaparkan seorang pensyarah wanita memarahi pelajar lelakinya yang tidak mempunyai komputer sebaliknya masuk ke kelas dalam talian menggunakan telefon pintar.

Pensyarah Yang Tular Bercakap Mengenai B40 Bukan Calang2 Rupanya, Ini Biodata Pensyarah Tersebut

Dr Roshana Takim Ialah Profesor Madya Di Pusat Pengajian Pembinaan, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (Fspu), Universiti Teknologi Mara (Uitm), Shah Alam

Dia telah berkhidmat selama hampir 35 tahun. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan di Bahagian Pengurusan UiTM, menguruskan keseluruhan pembangunan fizikal UiTM selama 15 tahun.

Beliau merupakan Ketua Pusat Pengajian Lepasan Ijazah di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ShahAlam, Selangor dan telah berkhidmat di Fakulti sejak 1997.

Beliau berkelulusan dari Universiti Heriot-Watt, United Kingdom pada tahun 1987 dengan BSc. (Hons.)Bangunan. Pada tahun 1996, beliau menerima MSc. Pengurusan Projek Pembinaan diLoughborough University, UK dan PhD beliau di Glasgow Caledonian University, UK pada tahun 2005.

Beliau telah membentangkan lebih daripada 30 kertas persidangan di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk di United Kingdom, Dubai, China, Hong Kong dan Thailand. Minat penyelidikan beliau sekarang termasuk prestasi projek, pemindahan teknologi, pengurusan pengetahuan, perkongsian awam-swasta, pengurusan nilai bersepadu dan anti-rasuah.

Selain itu, beliau sangat berpengalaman dalam mengajar Pengurusan Kewangan dan Pembiayaan Projek. Pengetahuan teknikal yang luas dan pengalaman dalam industri pembinaan telah membolehkan beliau menjalankan banyak program latihan di peringkat pekerja dan pengurusan bagi organisasi kerajaan dan separa kerajaan di Malaysia.

Sumber Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.