Uncategorized

[VIDEO] Netizen Geram Gadis Ini Tumpahkan Air Dalam Lif

Common sense’ merupakan sesuatu yang perlu diterap dan diamalkan dalam diri setiap orang. Tak kiralah dekat mana kita pergi atau lawat, ‘common sense’ ni penting supaya kita memudahkan urusan lain dan dalam pada masa yang sama tak bebankan orang lain. Korang setuju tak?

Sebenarnya, ramai antara kita yang kadang-kadang terlepas pandang perkara ni mungkin kerana sikap yang cuai, rasa diri ni selalu betul dan tak boleh terima teguran. Merisaukan ya!

Contoh ‘common sense’ yang selalu dipraktikkan adalah ucap terima kasih, bayar hutang orang secepat mungkin, tak buat ‘double park’, beratur tunggu giliran dan banyak lagilah.

Menerusi perkongsian seorang TikTokers @wanita8687 yang turut dikenali sebagai Mohamad Azuan ini, dalam video tersebut dapat dilihat sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan seorang gadis yang meluru masuk dalam lif.

 

 

Kalau korang lihat dengan lebih teliti video yang telah mendapat sebanyak 1.2 juta views ini, lif yang hampir tertutup menyebabkan gadis ini hilang sedikit imbangan lalu tertumpahkan air yang dipegangnya dalam kuantiti banyak dekat lantai lif.

Walaupun air yang dipegang gadis tu tumpah dengan banyaknya, gadis tersebut langsung tak kutip balik cawan kat lantai dan hanya selamba tekan butang lif untuk pergi ke aras lain.

 

 

Meninjau di ruangan komen TikTok, kebanyakan netizen geram dengan perbuatan gadis ni dan ada juga yang menyuruh gadis tu untuk kutip semula cawan yang jatuh.

“Sekurang-kurangnya kutiplah cawan tu” – Komen netizen 

“Dari situ kita sudah tahu apa sikapnya, macam mana orangnya” – Komen netizen

 

Ada juga warganet yang komen bahawa dorang kesian dekat cleaner yang akan bersihkan tumpahan air tu dan ada jugak yang cakap sikap seseorang tu melambangkan keperibadian diri mereka sendiri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : lobakmerah
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published.