Uncategorized

Hina 0KU, SKMM Sahkan Terima Laporan Polis Terhadap ‘Kak Long Kosmetik’

Sejak insiden memarahi pekerja 7E tular tak lama dahulu, nama Kak Long seperti sudah sinonim dengan kontroversi.

Malah baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesahkan bahawa pihaknya dan pihak polis telah menerima 20 aduan mengenai wanita bernama Wan Nor Baizura ini.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, laporan-laporan ini dibuat ke atas videonya menghina golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dimuat naik di media sosial.

187107554 4050644798353709 7413960764405637393 N

Disebabkan ini, pihak SKMM dan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan aduan-aduan yang telah pun diterima, lapor Malaysia Gazette.

Selain itu, Zahidi turut memberi peringatan kepada orang ramai bahawa menghina kehormatan seseorang termasuk membuat jenaka mengenai keadaan fizikal seseorang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 509 dan 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1)(b) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, satu video tular di media sosial menunjukkan Kak Long menangis ekoran perniagaannya diboikot serta meminta agar orang ramai memaafkannya dan memberikan dia satu lagi peluang.

 

 

Harapnya Kak Long sedar dengan kesilapan yang dia lakukan dan benda ni menjadi pengajaran untuk orang lain supaya berpada-pada bila menggunakan media sosial.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :lobakmerah
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

 

“Rasanya Dah Boleh Pencen Kot” Netizen Samakan Level ‘Drama Air Mata’ Kak Long Dengan Wan Maimunah?

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E tampil membuat permohonan m4af menerusi sebuah video.

Tindakan itu dibuat selepas akaun media sosialnya dinyahaktif selain turut dib0ikot sesetengah pihak.

Jelas Kak Long, jika tidak mempunyai anak kecil untuk ditanggung, dia pernah terfikir untuk terjun daripada bangunan tinggi.

Susulan itu, Kak Long dilihat begitu seb4k hingga mengalirkan air mata menerusi video berkenaan.

Video

Biarpun ada yang bersimpati dengan nasib menimpa Kak Long, namun rata-rata netizen seakan ‘lali’ dengan gaya permohonan maaf berkenaan.

Biarpun ada yang bersimpati dengan nasib menimpa Kak Long, namun rata-rata netizen seakan ‘lali’ dengan gaya permohonan maaf berkenaan.

Malah, ada juga menyamakan level ‘kesedlhan’ Kak Long dengan babak lakonan pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz.

“Wan juga namanya, tapi bukan Wan Maimunah la”.

“Rasanya Wan Maimunah boleh pencen kot jadi drama air mata”.

“Selalu sangat sekarang lepas buat salah minta maaf, persoalannya berapa kali nak mintak maaf men4ngis,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, dalam sesi siaran langsung itu seorang jejaka dan wanita yang turut menjelaskan situasi sebenar Kak Long ketika ini.

“Ini orang Islam dan saya bukan sesiapa. Takkan korang nak dia terjun bangunan baru puas hati?

“Ini buIi siber, tolong berhenti. Saya kasihan dia tak boleh nak cari makan, tak boleh berniaga, tak boleh buat reviu.

“Dia pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi berniaga. Empat hari ni dia sampai dah kering air mata, setiap kali cerita dia men4ngis.

“Kak Long sampai d3presi, sampai makan ubat. Kita dah cakap, Kak Long ni bagus. Stop jadi batu api. Saya minta semua berhenti,” rayunya.

NAMA Kak Long atau Wan Nor Baizura yang tular dek amukan di kedai serbaneka 7Eleven baru-baru ini bagaikan tak lekang dengan kontroversi.

Terbaharu, tindakan Kak Long yang membuat video dengan gaya Orang Kelainan Upaya (OKU) turut mencetuskan kemarahan netizen.

Polis akan merujuk kertas siasatan berkaitan kes wanita berusia 33 tahun itu yang didakwa menghina dan memperlekehkan orang kurang upaya (OKU).

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan kita akan rujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” ujarnya pada Jumaat.

Pada Rabu, polis merekod keterangan Wan Noor Baizura berhubung siasatan didakwa menghina dan memperlekehkan OKU dengan memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya.

Keterangan wanita itu direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada jam 12.30 tengah hari.

Video berdurasi 31 saat itu menyebabkan Wan Nor Baizura sekali lagi menerima kecaman hebat netizen selepas rakaman video perbuatan kecohnya di sebuah kedai serbaneka 24 jam tersebar di laman sosial sebelum itu.

KakLong mintak maaf….dah jadi kes POLIS KakLong dah xleh buat apa lagi dah…pasni rilex2 sudah ..FB dia pun dah kembali aktif…

Menurut Kak Long, dia sudah tiada pendapatan sekarang ini

 

TV AlHijrah tak pilih bulu, sesiapa pun layak jadi tetamu macam Kak Long 7E… Cumanya kisah sebelum ini tak viral!

SELEPAS kontroversi menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long 7E menjadi tetamu rancangan Trending, ada netizen mengkritik tindakan stesen TV AlHijrah yang dilihat hanya mengundang individu kontroversi dalam program mereka.

Tampil menjawab persoalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah iaitu Namanzee Harris berkata stesen berkenaan terbuka mengundang sesiapa sahaja personaliti yang bersesuaian untuk menjadi tetamu program berkenaan.

“Kita melihat isu Kak Long sebelum ini sebagai proses kematangan dalam penerbitan program kami dan kita akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Kita memang tak pernah memilih bulu menjemput sesiapa, ramai personaliti media sosial dan influencer yang dah diundang sebelum ini, cuma ada antara mereka yang belum sampai masanya dan belum ada program yang sesuai.

“Kita sentiasa beri ruang kepada semua, kalau mereka ada cerita perjalanan penghijrahan dan mahu berkongsi kisah dakwah mereka kita terbuka untuk menjemput,” katanya kepada mStar.

Kak Long (tengah) bersama PU Amin (kanan) dan Ustazah Isfadiah.

Namanzee ditemui semasa majlis pelancaran kempen Ramadan Syawal 1443H dan aplikasi terbaharu TV AlHijrah yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, stesen TV AlHijrah dikecam netizen kerana menjemput Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, sebagai tetamu program berkenaan.

Sebelum ini pun kita sudah mengangkat unsung heroes cuma tidak tular seperti petugas barisan hadapan, pegawai bomba dan ramai lagi

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Bagaimanapun tidak lama kemudian, pihak stesen TV berkenaan tampil dengan kenyataan rasmi menjelaskan isi kandungan program tersebut dan menafikan dakwaan mengangkat Kak Long sebagai seorang ikon.

Kontroversi berkenaan turut menarik perhatian seorang jutawan internet yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Irfan Khairi.

Teguran jutawan berusia 45 tahun itu terhadap TV AlHijrah disampaikan dalam nada humor namun mempunyai maksud yang mendalam.

Rata-rata netizen bersetuju dengan ‘teguran’ yang disampaikan Irfan malah mereka berpandangan adalah lebih bermanfaat sekiranya menjemput individu yang berjaya sebagai tetamu program.

Nama Kak Long kembali jadi perbualan hangat netizen selepas tular video berlakon seperti OKU.

Meskipun dikecam teruk, Namanzee berkata AlHijrah sentiasa berlapang dada dan terbuka menerima pandangan orang ramai mengenai program terbitan mereka.

“Kita sentiasa terbuka dengan maklum balas orang ramai. Program Trending tidak diharamkan atau ditangguhkan. Episod membabitkan individu itu sahaja kita put on hold. InsyaAllah kalau waktu dah sesuai kita nilaikan semula keperluan menyiarkan episod berkenaan.

“Program Trending akan diteruskan dengan pengisian berbeza. Rancangan ini berbeza dengan program televisyen lain kerana kita mengangkat isu tular dan bagaimana seorang Muslim sepatutnya berinteraksi terhadap isu tular.

“Sebelum ini pun kita sudah mengangkat unsung heroes cuma tidak tular seperti petugas barisan hadapan, pegawai bomba dan ramai lagi. Kami berlapang dada. Apa yang disebarkan di media sosial secara tak baik itu kita ambil pengajaran,” ujarnya.

Trending turut menampilkan penceramah iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki serta Pencetus Ummah (PU) Amin yang bertindak sebagai pengacara.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.