Viral

Ramai Perasan Ada Benda Tak Kena Pada Ikbal Ketika DSV Buat Persembahan Flnal

Musim keempat program nyanyian Big Stage yang bermula sebelum ini telah melunaskan janjinya untuk memberikan kejutan.

Selain memperkenalkan dua kerusi baharu di meja juri iaitu Juri Juara yang diwakili oleh juara Gegar Vaganza musim ke 8, Alif Aziz dan Juri Pedas menerusi Mas Idayu, Big Stage 2022 juga nampaknya mengekalkan tugas Presiden Netizen dan kali ini, ia diwakili oleh usahawan popular yang baru saja terkesan dengan k.ontroversi dalam dunia hiburan, Dato’ Seri Vida.

Kemunculan DSV yang diumumkan oleh pengacara, Aliff Satar dan Sherry Alhadad merupakan rahsia besar yang disimpan oleh produksi Astro Ria sebagai penyeri bagi musim kali ini.

“Hi semua, Assalamualaikum. Saya Dato’ Seri Vida. Nak mula buku baharu, perjalanan baharu di Big Stage ini. Jadi untuk mulakan benda yang baik, saya nak mohon maaf saya perlukan kemaafan semua untuk saya bermula.

“Jadi, saya dengan rela hati memohon maaf andai ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia terkasar bahasa tersilap kata, maafkan saya.

“Dan saya harapkan dengan kehadiran saya dalam Big Stage ini boleh memberikan inspirasi kepada peserta-peserta dan penonton setia Big Stage. Akhir kata, terimalah saya seadanya.

Yang b.uruk itu daripada kek.hilafan saya, yang baik itu daripada Allah SWT. Terimalah saya Dato’ Seri Vida. Assalamualaikum wrh wbt,” pintanya sewaktu kemunculan tersebut.

Turut berada di meja panel pada musim kali ini ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai.

Ramai Perasan Dato Vida Bukan Menyanyi Live

Selepas menjadi bahan bualan beberapa minggu lalu menerusi single terbaharunya, Ku Ikhlaskan,
pengasas k.osmetik yang juga Presiden Netizen menyerlahkan bakat terpendamnya dengan menyanyikan lagu tersebut secara langsung di pentas akhir Big Stage 2022.

Sungguhpun Vida menerima banyak kec.aman, namun dia melihat penerbitan lagu tersebut sebagai satu inv.estment dan dijadikan sebagai medium untuk meraih derma sempena kedatang bulan Ramadan tidak lama lagi.

Dicipta oleh Amy Ukay’s dan lirik oleh Vida sendiri, lagu tersebut mendapat perhatian ramai termasuk barisan artis tanah air yang dilihat menyanyikan semula lagu berkenana mengikut rendisi tersendiri.

Reaksi Orang Ramai

Seni zaman ini murah sangat orang yang bukan ahlinya boleh jadi penyanyi.

Secara je live sora semua m.iming je lebih gaya over sgt. Iqbal siap gelak lagi.

Lagu sedap. Tapi m.iming DSV t.eruk sangat. Kena praktis lagi la DSV. Td pun nampak lupa lirik.

Klu ada jemputan mana2. Nyanyi live. R.osak, sbb dia lip s.ync saja.

Kredit : Mstar/Astro/FB

——————————————————————

“Memang Dah Agak Dia Juara..” – Keputusan Finalis ‘Big Stage’, Tahniah Buat Semua Peserta

 

Rancangan realiti televisyen, ‘Bigstage’ telah sampai ke penghujung pada malam ini. Pelbagai reaksi, tugasan, pengalaman yang dikecapi oleh peserta peserta.

Acara kemuncak ini berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dibarisi oleh para finalis penyanyi Tegar Septian, Aisha Retno, Yasmin Aziz, Danial Chuer dan juga Elica Paujin.

Seperti biasa, juri juri yang mengadili pertandingan ini adalah Dato Siti Nurhaliza, Ajai dan juga Aliff Aziz. Sebelum ini, sebanyak tujuh bintang yang tersingkir pada minggu sebelum nya. Mereka yang tersingkir adalah Ajoi Zainal, Lia Aziz, Syafiq Abdilah, Megat Rahim, Tuah Adzmi, Sofiaa Marieylla dan juga Iqbal Zulkefli.

Juara: Elica Paujin dengan jumlah markah 78.93% dan membawa pulang hadiah trofi & wang tunai RM100, 000

Naib Juara: Danial Chuer dengan jumlah markah 72.62% dan membawa pulang hadiah trofi & wang tunai RM50, 000

Tempat Ketiga: Aisha Retno dengan jumlah markah 71.04% dan membawa pulang hadiah trofi & wang tunai RM30, 000

Tempat Keempat: Yazmin Aziz dengan jumlah markah 59.35% dan membawa pulang hadiah trofi & wang tunai RM15, 000

Tempat Kelima: Tegar Septian dengan jumlah markah 59.13% dan membawa pulang hadiah trofi & wang tunai RM10, 000

 

Pengenalan Biodata Elica Paujin

Elica Paujin atau nama sebenarnya Angelica Paujin sebelum ini telah menyertai ujibakat pertandingan Mentor Milenia pada tahun 2017. Beliau berjaya menjadi protege dibawah tunjuk ajar penyanyi popular Akim Ahmad dan Elica berjaya mara ke final.

Hasil persembahan yang mantap daripada Elica, beliau dinobatkan sebagai juara Mentor Milenia 2017 sekaligus menewaskan nama nama hebat pada waktu itu seperti Usop, Along dan Syeera. Selain itu, Elica juga pernah menyertai Idola Kecil pada musim 3 dan juga juara Stariser Mencari Bintang Nusantara 2020.

Persembahan Elica Paujin:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

 

Pengenalan Biodata Danial Chuer

Peserta lelaki yang gah di pentas Big Stage musim ke empat kerana konsistensi dan kekuatan vokal sentiasa mendapat perhatian para juri dan juga masyarakat. Nama diberi Danial Chuer atau nama penuh nya Danial Chuer bin Hamasiah @ Samsudin berusia 20 tahun pada tahun ini.

Danial lahir pada tanggal 3 April 2001 di Tawau, Sabah. Danial juga merupakan pelajar jurusan muzik di UITM dan beliau masuk ke dunia hiburan pada tahun 2013.

Persembahan Danial Chuer:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

 

Pengenalan Biodata Tegar Septian

Sebut sahaja nama Tegar, pasti ramai mengenalinya dengan lagu yang berjudul Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Lagu tersebut telah mengangkat nama Tegar ke persada industri seni dan dikenali masyarakat di Malaysia, Indonesia, Brunei dan serata Asia.

Tegar juga telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak yang berusia lebih kurang 2 tahun. Beliau juga terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk menjadi anak seni yang berjaya.

Persembahan Tegar Septian:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

 

Pengenalan Biodata Aisha Retno

Aisha Retno atau nama sebenarnya Sharifah Aisha binti Sayed Sipulijam kini berusia 21 tahun, beliau lahir pada tanggal 1 Ogos 2000.

Aisha merupakan pelajar Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya dan beliau memulakan debut pada tahun 2018. Sebelum ini Aisha Retno telah membuat kejutan apabila muncul sebagai peserta rancangan TV3 Vokal Mania pada tahun 2020. Rancangan tersebut juga disertai oleh Daniel Chuer, Wafa 7 Hari Mencintaiku 2, Afieq Shazwan dan banyak lagi.

Persembahan Aisha Retno:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

 

Pengenalan Biodata Yazmin Aziz

Yasmin Aziz atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin binti Abdul Aziz lahir pada tanggal 10 September 2001 dan kini berumur 21 tahun. Yazmin berasal dari Kuala Lumpur dan anak pertama daripada tiga adik beradik.

Antara kelebihan Yazmin adalah beliau bukan sahaja fasih berbahasa Melayu, beliau juga boleh bahasa Tagalog dan Inggeris. Beliau juga meminati muzik sejak kecil dan banyak menulis lagu disaat umur 12 tahun.

Persembahan Yazmin Aziz:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

 

Walau apa pun, sekali lagi Tahniah diucapkan pada semua peserta ‘Bigstage’ musim ke-4 2022. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Wiki, IG Gempak, IG Daebakingz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.