Viral

Netizen Jumpa Identiti Penunggang Motosikal Dan Wanita 0KU Dibawa Motor Roda Tiga. Tetapi Ini Yang Permintaannya….

RAKAMANmemaparkan seorang wanita berusia yang terbaring dalam ruang tepi sebuah motosikal roda tiga meraih perhatian ramai pada Ahad.

Netizen menzahirkan rasa pilu akan kesusahan yang dihadapi wanita itu apabila dia terpaksa berpanas di bawah terik mentari ketika menaiki motosikal berkenaan.

Malah, penunggang motosikal tersebut turut diberi pujian kerana menggunakan sebuah beg kecil untuk melindungi wajah wanita berusia itu daripada terkena cahaya matahari.

Hari ini, penunggang motosikal dalam video viral itu tampil bersuara untuk memberi penjelasan sebenar mengenai video tular tersebut.

Dia yang turut dikenali sebagai Hijrah Soleh menerusi TikTok mendedahkan wanita berusia dalam video berkenaan merupakan ibu saudaranya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Penjelasan itu sekaligus menoktahkan spelukasi netizen pada Ahad yang menyangka dia menaiki motosikal bersama ibu kandungnya.

“Saya bangun pagi tadi, sambil nak buka telefon tengok order aiskrim, saya sempat tengok status yang customer share. Jadi saya terpandang satu status, saya nampak macam gambar saya.

“Saya kata, Allah… sebab semalam saya baru balik dari hantar aiskrim dan pergi ke Amway untuk membeli barang customer order. Jadi itu yang saya lalu dekat traffic light nak naik ke Jambatan angkat.

Aiskrim potong yang dijual Soleh.

“Sebenarnya yang saya bawa tu mak saudara saya. Dia lahir tahun 1957. Dan dia Alhamdulillah tiada (masalah) kesihatan apa-apa lah, dia memang Orang Kelainan Upaya (OKU) sejak lahir.

“Dan dia mak saudara saya, bukan ibu saya. Alhamdulillah mak dengan ayah saya sihat. Tapi kalau siapa jumpa, bolehlah tegur, InsyaAllah tiada masalah,” ujarnya.

Saya pun minta maaf, saya tak boleh terima bantuan sebab ada lagi yang lebih layak daripada saya. Saya bukan sombong.

HIJRAH SOLEH

Menurut wanita yang senang disapa Soleh itu, dia berharap penularan video tersebut dapat dihentikan memandangkan maklumat peribadinya turut tersebar secara meluas.

“Jadi saya memang betul-betul harapkan netizen untuk stop sharing benda ni sebab dah melibatkan nama penuh saya, alamat dan juga kad pengenalan saya,” ujarnya yang turut menjalankan perniagaan aiskrim potong.

Tambah Soleh, dia peka dengan usaha murni netizen yang mahu menyalurkan bantuan, namun meminta agar ia diberikan kepada insan-insan lain yang lebih memerlukan.

“Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi tu, syukur Alhamdulillah cukup untuk saya dan mak saudara saya. Dan saya minta kalau ada lebihan kewangan tu, carilah orang yang betul-betul memerlukan.

“Cuma kalau nak support saya, saya minta support perniagaan saya. Buat masa ni saya aktif di TikTok, TikTok Hijrah Soleh 1. Jadi kat situ ada link untuk WhatsApp order. Sebab bulan puasa ni kita tak boleh nak menjaja jadi kita buka untuk pakej infaq.

Netizen sayu melihat video yang tular pada Ahad.

“Jadi sesiapa yang nak infaq, sebab saya pun ada beberapa tempat asrama anak yatim dan pusat tahfiz, tempat-tempat NGO yang memerlukan, terbuka untuk menerima sumbangan berbuka aiskrim, jadi boleh contactlah untuk kita infaq.

“Saya pun minta maaf, saya tak boleh terima bantuan sebab ada lagi yang lebih layak daripada saya. Saya bukan sombong. Saya memang berterima kasih untuk semua netizen yang cakna, ambil berat, memang bagus semualah. Ramai yang contact saya.

“Cuma saya minta bantuan tu, cari orang yang betul-betul memerlukan. Ramai lagi, InsyaAllah bulan puasa, ramai lagi yang memerlukan, masih terkesan dengan Covid-19, masih belum dapat kerjaya yang stabil, yang banjir, itu saja yang saya minta.” ujarnya.

Video penjelasan Soleh mengenai penularan kisah dia ibu saudaranya dikongsi menerusi media sosial dan turut menerima pujian netizen.

“Alhamdulillah, seorang yang jujur, baik hati dan ikhlas. Semoga dimurahkan rezeki untuk akak tersebut.

“Berair mata saya dengar keikhlasan dia. Hebat kakak ni, tak pentingkan diri langsung.

“Cara dia bercakap memang lemah lembut, sopan je,” tulis beberapa netizen.

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah 👇🏻 ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.